Sabtu, Februari 27, 2021

K883.Kita(Ibubapa)lah penulisnya....Kepada 'skrip kehidupan' si anak...

K883.Kita(ibubapa)lah penulisnya....
Kepada 'skrip kehidupan' si anak...

Kitalah pengarahnya... yang mengarah situasi, momen, peristiwa melalui setiap perbuatan atau perilaku kita sendiri sehari-hari.

Kitalah pelakon utamanya juga... yang beraksi dan menghidupkan suasana di hadapan.

Kitalah pelakon sampingannya... kepada pelakon utama anak bila anak pula beraksi - gembira teruja, mahupun tantrum.....
.
.
Tuhan,
Bantu kami agar mampu mengawal segala tindakan kami, anggota badan kami, mulut, tangan, kaki, hati dan fikiran kami.....

Agar sedar, bijak dan kuat memilih... yang baik dan mampu mendokong amanah ini,
kerana karektor anak ini di tangan kami yang mencoraknya dan menulisnya, dan menjadinya mereka seperti menurut mahuMu ya Allah.

Moga jiwa si anak adalah jiwa manusia-insani yang empati dan berlaku ihsan selalu,
dengan kami yang sentiasa berusaha memahami dan mengasihani mereka. 

Maznah Ibrahim


Tiada ulasan:

Catat Ulasan