Sabtu, Februari 27, 2021

K884.Ibu Ayah Mahu Tenang Walau Keadaan Sekeliling Serabut?

K884.Ibu Ayah Mahu Tenang Walau Keadaan Sekeliling Serabut?

Ini antara aktiviti atau amalan yang boleh dilakukan.

Fahami konsepnya dan boleh sesuaikan, ya 😉😊.
.

Saya menyedari ini pagi tadi semasa melakukan senaman harian saya, iaitu berjalan kaki sejauh 1.6 km iaitu 20 minit saja.

Ia make sense atau logik!,
Ia tak susah, mudah, asal lakukan dengan kerap (amalkan, sedikit tetapi konsisten),
InsyaAllah akan berhasil.
.
Caranya :

✅ Lakukan aktiviti fizikal dengan pergerakan yang laju,

✅ Namun ianya diserentakkan dengan pernafasan dalam atau perlahan, hingga ke perut.

*Cuba bayangkan saja, anda berjalan laju nak kejar kapal terbang / bas zaman budak sekolah dulu.

Nafas semput,
kemungkinan besar nafas tu sampai dada aja.
Hmm anda tahu kan, dalam terapi pernafasan, pernafasan yang terbaik ialah ke perut dan tiada tanda dada naik pun, hehe.
.

So semasa anda lakukan aktiviti fizikal dengan pergerakan yang laju tu,
Serentakkan dengan pernafasan perlahan.

Nak mudah observe kejadiannya dan berjaya, 

Berjalanlah kaki saja secara laju (kaedah betul, tumit cecah dulu, dan kasut bersesuaian ya) 

Sebab apa berjalan kaki laju adalah contoh senaman yang baik, sebab ia fokus satu pergerakan iaitu berjalan saja tanpa perlu fikir banyak (berbanding mungkin anda pilih kemas rumah nak kena strategise susun atur kategori semua). 

.
✔Pilih 1 aja aktiviti yang laju dan berulang, (contoh selain jalan kaki ialah cuci lantai, mengemop, berus dinding bilik air, cuci pinggan/berus kuali),

✔Sambil buat aktiviti tu semua, anda amalkan bernafas panjang, dalam, ke perut, mulut tutup.
Nikmati oksigen itu. Bernafas In di hidung (👃) dan Out juga di hidung (👃).

* Lawan atau kontrakan dengan pergerakan fizikal.

Nah, Nanti, anda akan dapati perubahan ketara, walau havoc atau kecoh macam mana pun persekitaran anda, anak anak anda, suasana sekeliling anda, anda tetap kool / relaks / tenang aja hehehe. 😉😁😁😁
.

Tenang penting kan?
Ia ultimate emosi yang nak dicapai ramai manusia.
.

p/s Bila oksigen yang masuk cukup banyak, 
otak pun boleh generate idea yang bernas dan baik. 
Penting sekali, anda berupaya berfikiran positif dan beremosi positif kepada orang keliling anda, terutama anak anak dan pasangan.
.
Care ❤,
Maznah Ibrahim


Resepi mudah emosi positif.
Bebaskan emosi tak ok.

1.niatkan yang baik ,positif =prasangka baik=ikat dengan rasa kasih dan sayang 

2.senyum selebarnya.

3.walk away (pergi dari situ)sebentar buat aktiviti lain.

4. Jaga pernafasa/ bernafas dalam walau sekali=3 saat.

5.fikir sayang  diri,kasihani diri,lepaskan emosi negatif berlalu pergi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan