Jumaat, Februari 12, 2021

Tafsir asas quran nota 9(241)15

Tafsir asas quran nota 9(241)15

menyuruh mereka meruju' kepada kitab suci mereka dalam kes-kes jenayah sama sekali bukan untuk mendaulatkan hukum bukan Islam. Sebaliknya untuk mencelikkan
mata mereka terhadap keadilan hukum Islam. Dengan menyuruh mereka meruju' kepada Bible, Nabi s.a.w. seolah-olahnya hendak membuktikan kebenaran hukum
rejam yang terdapat dalam Islam, kerana ia juga terdapat di dalam Bible (Lihat Sifir Istitsna' Bab 22 Ayat 23-24), kitab suci mereka. Jadi apa lagi alasan mereka untuk menolak hukuman had yang terdapat dalam Islam?

Sesetengah 'ulama'  yang tidak menerima ayat 42 dimansukhkan oleh ayat 49 berpendapat, ayat 42 yang memberi pilihan kepada Nabi s.a.w. sama ada hendak
menghukum di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah) atau berpaling dari mereka, dan apa yang ditekankan oleh Allah ialah menghukum diantara mereka dengan adil itu berkaitan dengan orang-orang kafir mu'aahad. Tidakmenjadi tanggungjawab Rasulullah sebagai ketua negara Islam menyelesaikan kes yang berlaku di antara mereka di negeri mereka sendiri.

Terpulanglah kepadaRasulullah s.a.w. sama ada hendak menyelesaikan kes yang dikemukakan olehmereka kepada Baginda atau tidak. Sementara ayat 49 pula berkenaan dengan kaflr dzimmi. Mereka juga terikat dengan sebahagian hukurn-hakam Islam, baik dalam kes-kes sivil, pesaka, jual beli, jenayah dan lain-lain. Dalam kes jual beli arak, babi dansebagainya, mereka tidak terikat dengan hukum Islam. Demikian juga dalam kes jenayah perzinaan misalnya, meskipun mereka juga ditegah melakukannya dan boleh dikenakan hukurnan-hukuman tertentu apabila terbukti telah rnelakukannya, namunmereka tidak akan direjam. Kerana menurut sesetengah 'ulama' (seperti Imam AbuHanifah, Malik dan lain-lain) salah satu syarat untuk dilaksanakan hukuman rejamialah Islam. Pelakunya mestilah seorang muslim. (Lihat Ahrnad bin Mustafa al-
Maraghi - Tatsir al-Maraghi j.6 rn/s 121, Muhammad Rasyid Ridha - Tafsir al-Manaar j.6 mls325-326, Dr Wahbah az-Zuhaili - at-Tafsir al-Munir i.6 m/s 196-197.

(13) Firman Allah di dalam Surah al-Maa'idah di bawah ini juga dikatakan mansukh oleh sekumpulan 'ulama':

Al-Ma'idah 5:106
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ شَهَٰدَةُ بَيْنِكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ حِينَ ٱلْوَصِيَّةِ ٱثْنَانِ ذَوَا عَدْلٍ مِّنكُمْ أَوْ ءَاخَرَانِ مِنْ غَيْرِكُمْ إِنْ أَنتُمْ ضَرَبْتُمْ فِى ٱلْأَرْضِ فَأَصَٰبَتْكُم مُّصِيبَةُ ٱلْمَوْتِۚ تَحْبِسُونَهُمَا مِنۢ بَعْدِ ٱلصَّلَوٰةِ فَيُقْسِمَانِ بِٱللَّهِ إِنِ ٱرْتَبْتُمْ لَا نَشْتَرِى بِهِۦ ثَمَنًا وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَىٰۙ وَلَا نَكْتُمُ شَهَٰدَةَ ٱللَّهِ إِنَّآ إِذًا لَّمِنَ ٱلْءَاثِمِينَ 


241

Tiada ulasan:

Catat Ulasan