Tafsir asas quran nota 9(244)15
Sebenarnya bahagian yang bergaris atau kurungan[..] di dalam ayat 106 Surah al-Maa'idah itu sahaja
yang menjadi kontroversi di kalanganpara ahli Tafsir. Mereka terbahagi kepada dua kumpulan dalam mentafsirkannya:
(a) Golongan yang mentafsirkannya dengan: آخَرَانِ مِنْ غَيْرِ مِلَتِكُمْ iaitu dua orang lain yang bukan seagama dengan kamu. Inilah tafsiran yang dinukilkan daripada Sa'id bin
al-Musaiyyab, Muhammad bin Sirin, Sa'id bin Jubair, asy-Sya'bi, Sulaiman at-Taimi dan lain-lain.
Terjemahan yang diberikan di atas adalah berdasarkan tafsiran ini. Ia menjadi pilihan kebanyakan penterjemah al-Qur'an dalam bahasa Melayu. Tafsiran ini jugalah yang dijadikan asas oleh dua orang pentafsir terkenal dalarn bahasa Urdu,Maulana Asyraf 'Ali Thanwi di dalam Bayan al-Qur'annya dan Maulana Syabbir Ahmad' Utsmani di dalam Tafsir' Utsmaninya.
Tiga orang imam besar umat Islam, Abu Hanifah, Malik dan asy-Syafi'e mengaitkan firman Allah "dua orang lain yang bukan seagama dengan kamu" itu dengan orang-orang bukan Islam, baik ia dari kalangan Ahli Kitab atau bukan Ahli Kitab. Ia umum untuk semua bukan Islam (orang kafir). Kerana lafaz yang digunakan oleh Allah di situ memang memberi erti umum.
Imam Ahmad pula kerana mengambil kira latar belakang dan sebab turun ayat berkenaan mengkhususkannya dengan bukan Islam dari kalangan Ahli Kitab sahaja.
Bertolak dari kefahaman itulah Imam Ahmad berpendapat, kesaksian Ahli Kitab yang merupakan rakyat negara Islam atau kafir dzimmi dalam perkara wasiat sahaja boleh
diterima. Itupun dengan syarat apabila tidak ada orang Islam yang dapat dijadikan saksi. Bagi beliau ayat 106 di dalam Surah al-Maa'idah itu tidak mansukh.
Itulah yang diisyaratkan oleh Shah Waliyyullah di dalam al-Fauzu al-Kabir dengan kata beliau: قلت قال أحمد بظاهر الآية Bermaksud: Imam Ahmad berpegang dengan zahir
ayat berkenaan.
Ibnu al-Mundzir berdasarkan apa yang dinukilkan oleh Ibnu Qudaamah al-Hambali(m.620H) telah berkata, inilah juga mazhab Qadhi Syuraih, Ibrahim an-Nakha'i, al-Auzaa'i dan Yahya bin Hamzah. Beliau juga telah berkata, berdasarkan pendapat inilah Ibnu Mas'ud dan Abu Musa al-Asy'ari memutuskan kes yang dibawakan ke hadapan mereka. (Lihat Ibnu Qudaamah - al-Mughni j.10 m/s 180). Ibnu 'Abbaas juga dinukilkan berpendapat demikian. Al-Qurthubi adalah antara tokoh mufassir
244
Tiada ulasan:
Catat Ulasan