Tafsir asas quran nota 9(247)15
Ibnu 'Abbaas adalah salah seorang tokoh sahabat yang mengatakan ayat 65 Surah al-Anfaal itu dimansukhkan oleh ayat 66 Surah yang sama. An-Nahhaas dengan
sanadnya telah meriwayatkan dengan lafaz yang terang daripada 'Athaa' (al-Khurasani) bahawa Ibnu 'Abbaas mengatakan ayat 65 Surah al-Anfaal itu dimansukhkan oleh ayat 66 daripada Surah yang sama. Sementara dalam riwayat Bukhari daripada Ibnu 'Abbaas menerusi az-Zubair bin Khirrit daripada 'Ikrimah pula beliau (Ibnu 'Abbaas) rnenggunakan lafaz takhfif sahaja untuknya, bukan lafaz
nasakh. (Lihat an-Nahhaas - an-Naasikh Wa al-Mansukh m/s 470, al-Bukhari - Sahih al-Bukhari i.14 m/s 206).
Shah Waliyyullah seperli Jalaluddin as-Suyuthi, Ibnu al-'Arabi dan kebanyakan 'ulama' Tafsir yang lain menerima ayat 65 Surah al-Anfaal itu dimansukhkan dengan
ayat 66 Surah yang sama.
Abu Ja'far an-Nahhaas bagaimanapun berpendapat, apa yang berlaku dalarn masalah ini ialah takhfif bukan nasakh. Sebagaimana orang musafir yang dirukhsahkan
(dibenarkan) berbuka (tidak berpuasa atau tidak meneruskan puasa) sebagai takhfif(keringanan) untuknya. Sedangkan jika ia tetap berpuasa, maka itu lebih afdhal
baginya. Kalau rukhsah takhfif seperti itu tidak tepat dikatakan nasakh, maka begitulah juga dengan takhfif yang tersebut di dalam ayat 66 Surah al-Anfaal itu tidak
tepat dikatakan sebagai naasikh bagi ayat 55 sebelumnya. Sekiranya seseorang tetap memakai apa yang tersebut di dalarn ayat 66 dan ia menghadapi musuh dengan nisbah
bilangan 1 lawan 10 (1:10) kerana yakin dengan kemampuannya, tetap juga ia akan mendapat pahala dan ganjaran yang lebih. Ia sama sekali tidak akan berdosa
kerananya. Bagaimanapun itu bukanlah suatu kewajipan ke atasnya. Oleh sebab itu istilah yang tepat untuknya ialah takhfif seperti yang digunakan oleh Allah di dalam
ayat 66 Surah al-Anfaal, bukan nasakh. (Lihat an-Nahhaas - an-Naasikh Wa al-Mansukh mls 470).
Demikian juga kata al-'Allamah Rasyid Ridha di dalam Tafsirnya al-Manaar. Bagi beliau di sini juga tidak berlaku sebarang nasakh, kerana kedua-dua ayat itu diturunkan hampir serentak sebelum perang Badar, bukan ayat 66 diturunkan sekian lama selepas turunnya ayat 65 dalam peristi',va yang berlainan. Untuk berlakunya nasakh semestinya ayat yang dikatakan mansukh itu telah berlalu dalam satu jangka masa di mana ia dapat diamalkan sekurang-kurangnya satu kali. Soalnya bagaimana
247
Tiada ulasan:
Catat Ulasan