Tafsir asas quran nota 9(248)15
akan ada ruang masa selama itu jika kedua-duanya diturunkan dalam peristiwa yang sama. Apa yang berlaku sebenarnya ialah ayat 65 menceritakan keadaan orang-orang mu'min ketika mereka kuat, tidak kira pada bila-bila masa pun. Pada ketika itu 20 orang daripada mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh dan 100 orang mu'min pula akan dapat mengalahkan 1000 orang musuh. Ertinya dalam nisbah 1lawan 10 (1:10). Dalam keadaan mereka lemah pula, mereka diwajib menghadapi musuh dan tidak boleh meninggalkan medan peperangan apabila mereka berjumlah 100 orang dan musuh 200 orang atau mereka berjumlah 1000 orang, sedang pihak musuh pula berjumlah 2000 orang, ertinya dengan nisbah 1 lawan 2 (1:2). Begitulah sepatutnya orang-orang mu'min. mereka dalam keadaan bagaimana sekalipun dikehendaki
menghadapi pihak musuh dengan penuh kecekalan walaupun bilangan mereka lebih kecil berbanding bilangan pihak musuh. Dan memang itupun yang telah berlaku
dalam sejarah awal umat ini. (Lihat Tafsir al-Manaar j.10 m/s 69-70).
248
Tiada ulasan:
Catat Ulasan