Tafsir asas quran nota 9(250)16
yang apabila mereka datang kepadamu, supaya kamu memberi mereka kenderaan, kamu berkata: "Aku tidak memperoleh kenderaan untuk membawamu". Lalu mereka
kembali, sedang mata mereka bercucuran air mata kerana kesedihan, lantaran tidak memperoleh apa yang akan dibelanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah).(92).
(at-Taubah:91-92).
Ayat ke-122 di dalam Surah at-Taubah juga merupakan nasikh (ayat yang memansukhkan) bagi ayat ke-41 Surah at-Taubah menurut orang-orang yang menerimanya sebagai ayat yang dimansukhkan. Lihatlah pula ayat ke-122 di dalam Surah at-Taubah berkenaan:
At-Taubah 9:122
وَمَا كَانَ ٱلْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا۟ كَآفَّةًۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآئِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا۟ فِى ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُوا۟ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوٓا۟ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
Bermaksud: Tidak sepatutnya orang-orang yang beriman keluar semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang
untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka
itu berwaspada. (at-Taubah:122).
Perkataan خفافا dan ثقالا adalah dua perkataan yang berlawanan ertinya. Pada asalnya perkataan خفافا - bererti dalam keadaan kamu ringan dan perkataan ثقالا pula bererti dalam keadaan kamu berat. Beberapa tafsiran telah dinukilkan oleh Ibnu Jarir at-Thabari daripada ahli-ahli tafsir Salaf tentang ma'na sebenar yang dikehendaki
daripada dua perkataan itu. Sebagai contohnya "sama ada kamu muda atau tua" , خِفَّة dipakai dengan erti muda dan ثِقَل dipakai dengan erti tua. Antara tokoh tafsir Salaf
yang berpendapat demikian ialah Hasan al-Bahsri, Mujahid, 'Ikrimah, muqatil dan lain-lain. Ada yang memakainya dengan erti "dalam keadaan kamu sibuk atau lapang
dan senang". Perkataan خفة dipakai mereka dengan erti kelapangan dan ketiadaan kerja. Perkataan ثقل pula dipakai dengan erti sibuk dan ada kerja. Antara tokoh tafsir
Salaf yang berpendapat demikian ialah Zaidbin 'Ali dan al-Hakam bin 'Utaibah. Ada yang memakainya dengan erti "dalam keadaan kamu kaya atau miskin". Perkataan خفة
dipakai mereka dengan erti kekayaan dan perkataan ثقل pula dipakai dengan erti kemiskinan. Antara tokoh tafsir Salaf yang berpendapat demikian ialah Mujahid dan
250
Tiada ulasan:
Catat Ulasan