Khamis, Mac 04, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 19(50)nota 14(321)

Daurah tafsir 2019 sesi 19(50)nota 14(321)

Zaman Diturunkan
Surah Qaf adalah satu Surah Makkiyyah, ia mungkin sekali diturunkan selepas perintah berda'wah secara terbuka di akhir tahun ke-5 Kenabian selepas berlaku hijrah ke Habsyah. Zaman itu dipanggil zaman تذكير iaitu zaman mengingatkan dan memaklumkan kepada masyarakat tentang pokok-pokok ajaran agama Islam, ketika itu belum lagi berlaku penganiayaan dan kezaliman terhadap orang-orang Islam, walau bagaimanapun suara-suara mendustakan Rasulullah s.a.w. sudah mula kedengaran. Surah ini dilihat dari segi kandungan dan gaya bahasanya menyerupai Surah al-Mulk.

Kelebihan Surah Qaf
1. Rasulullah s.a.w. selalu membacanya dalam sembahyang 2 Hari Raya, sembahyang Juma'at dan juga
sembahyang Maghrib. Sayyidina 'Umar pernah bertanya Abu Waqid al-Laitsi tetang surah-surah apakah yang selalu Rasulullah s.a.w. baca dalam sembahyang2 Hari Raya, jawab Abu Waqid
 كَانَ يَقْرَأُ فِيهِمَا بِق وَالْقُرْآنِ الْمَجِيدِ وَاقْتَرَبَتْ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ
Bermaksud: 'Nabi s.a.w. selalu membaca di dalam
sembahyang 2 hari raya Surah Qaf dan Surah al-Qamar". Hadits riwayat Shahih Muslim, Kitab Sembahyang 2 Hari Raya, Hadits 2,096.

2. Rasulullah s.a.w. juga selalu membaca Surah Qaf dalam sembahyang Subuh supaya ia diingati (dihafal) oleh para sahabat dan dihayati pula kandungannya. Qutbah bin Malik meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. membaca Surah Qaf di dalam sembahyang Subuh سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْفَجْرِ { وَالنَّخْلَ بَاسِقَاتٍ لَهَا طَلْعٌ نَضِيدٌ }
Sahih Muslim, Kitab Shalat, Bab Bacaan dalam
sembahyang Subuh, hadits 1,053.

3. Jabir bin 'Abdillah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. juga membaca Surah Qaf di dalam sembahyang Maghrib dan surah-surah lain seumpamanya
 كَانَ يَقْرَأُ فِي الْفَجْرِ بِق وَالْقُرْآنِ وَنَحْوِهَا. 
Sahih Muslim, Kitab Shalat, Bab Bacaan pada sembahyang Subuh, hadits 1,056.

Perkaitan Surah Qaf Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. 3 Surah sebelum ini adalah surah-surah Madaniyyah iaitu Surah Muhammad, Surah al-Fath dan Surah al-Hujuraat, 7 surah bermula dari Surah Qaf dan surah-surah seterusnya adalah Surah Makkiyyah. Tema utama surah-surah itu ialah hal ehwal akhirat dan dalil-dalil yang membuktikan kebenaran wujudnya hari akhirat.

2. Perintah jihad yang terdapat di dalam Surah Muhammad, berita gembira tentang kemenangan orang-orang Islam yang terdapat di dalam Surah al-Fath dan hak-hak yang tersebut di dalam Surah al-Hujuraat semuanya disyaratkan dengan adanya kepercayaan kepada hari akhirat yang tersebut di dalam Surah Qaf dan surah-surah selepasnya.

321

Tiada ulasan:

Catat Ulasan