Selasa, Mac 16, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 20(52)nota 14(330-332)s

Daurah tafsir 2019 sesi 20(52)nota 14(330-332)s

052.Surah At tur
Pengesahan adanya qiamat , Allah bersumpah dengan dalil naqli نقلي( bukti dari nukilan ,tulisan,perkataan dalam Quran,juga termasuk kitab2, nabi2,ahlil kitab ,jin-jin,malaikat, haiwani)

Surah At tur
Tertib surah 52
Bilangan ayatnya 49
Bilangan rukuk 2
Surah makkiyah
Tertib turunnya yg ke 76
Bilangan paragrafnya ada 3
Paragraf 1 ayat 1-28
Ayat 1-3 Dalil نقلي tentang adanya azab
Ayat 4-8 Dalil ٱفاقي ( bukti diluar diri manusia itu yakni daripada segenap ufuk pada alam semesta) tentang adanya azab 
Ayat 9-16 Balasan buruk kepada orang2 yg mendustakan azab Allah
Ayat 17-28 Balasan baik kepada orang2 yg takutkan azab Allah.
Paragraf 2 ayat 29-43 
Ayat 29 Perintah membersihkan diri ,penghiburan.
Ayat 30-34 Pelbagai tuduhan kepada Rasullah .
Ayat 35-36 Beberapa pencapaian tentang خالقdan مخلوق
Ayat 37 Persoalan tentang harta dan kuasa.
Ayat 38 Persoalan tentang ilmu
Ayat 39 Persoalan untuk membatalkan kesyirikan.
Ayat 40 Persoalan untuk keikhlasan Rasul.
Ayat 41 Persoalan tentang ilmu ghaib.
Ayat 42 Persoalan tentang perancangan jahat.
Ayat 43 Persoalan tentang pengakuan tauhid
Paragraf 3 ayat 44-49
Ayat 44 Sangkaan baik terhadap azab yg akan menimpa.
Ayat 45-49 Arahan kepada pendakwah  supaya bersembahyang,bersabar dan bertenang

Mesej utama.
    إِنَّ عَذَابِ رَبِكَ لَوَاقِع
Azab pasti akan menimpa orang2 yg tidak percayakan hari kiamat.

Zaman Diturunkan
Surah at-Thur seperti Surah al-Haaqqah diturunkan selepas da'wah secara terbuka dilancarkan oleh Rasulullah di peringkat kedua kehidupan Baginda di Mekah iaitu sekitar tahun ke-4 hingga ke-5 Kenabian. Peringkat kehidupan Rasulullah itu juga disebut sebagai peringkat تذكري (memberi peringatan) dan peringkat pelbagai tuduhan seperti gila, penyair, tukang tenun, orang yang mengada- adakan cerita dan lain-lain dilemparkan kepada Baginda.(Ayat: 29-30)فَذَكِّرْ فَمَآ أَنتَ بِنِعْمَتِ رَبِّكَ بِكَاهِنٍ وَلَا مَجْنُونٍ.أَمْ يَقُولُونَ شَاعِرٌ  .(Ayat: 33).أَمْ يَقُولُونَ شَاعِرٌ 
 
Di dalam Surah al-Haaqqah juga tersebut Rasulullah s.a.w. dituduh mengada-adakan cerita (تَقَوَّل).

At-Tur 52:29
فَذَكِّرْ فَمَآ أَنتَ بِنِعْمَتِ رَبِّكَ بِكَاهِنٍ وَلَا مَجْنُونٍ 
Maka peringatkanlah, karena dengan nikmat Tuhanmu engkau (Muhammad) bukanlah seorang tukang tenung dan bukan pula orang gila.

At-Tur 52:30
أَمْ يَقُولُونَ شَاعِرٌ نَّتَرَبَّصُ بِهِۦ رَيْبَ ٱلْمَنُونِ 
Bahkan mereka berkata, “Dia adalah seorang penyair yang kami tunggu-tunggu kecelakaan menimpanya.”

At-Tur 52:33
أَمْ يَقُولُونَ تَقَوَّلَهُۥۚ بَل لَّا يُؤْمِنُونَ 
Ataukah mereka berkata, “Dia (Muhammad) mereka-rekanya.” Tidak! Merekalah yang tidak beriman.


Perkaitan Surah At-Thur Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Surah at-Thur juga seperti Surah az-Dzariyaat sebelumnya mengandungi tema hari akhirat. Di dalam
Surah az-Dzaiyaat tersebut وَإِنَّ ٱلدِّينَ لَوَٰقِعٌ (Ayat:6). 
Firman Allah ini membuktikan pasti akan berlakunya
hari kiamat. Di dalam Surah at-Thur ini pula tersebut tit! إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ لَوَٰقِعٌ (Ayat: 7). Firman Allah ini juga membuktikan perkara yang sama.

Adh-Dhariyat 51:6
وَإِنَّ ٱلدِّينَ لَوَٰقِعٌ 
dan sungguh, (hari) pembalasan pasti terjadi.

At-Tur 52:7
إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ لَوَٰقِعٌ 
sungguh, azab Tuhanmu pasti terjadi,


2. Di dalam Surah at-Thur ini, soalan demi soalan ditujukan kepada hati sanubari manusia untuk menyedarkannya supaya ia menerima dan percaya akan adanya hari kiamat dan hari kemudian.

3. Di dalam Surah az-Dzaiyaat ayat ke-53, pemimpin- pemimpin musyrikin Mekah digelarkan dengan قوم طاغون (kaum yang melampaui batas), di dalam Surah at-Thur ini juga pada ayat ke-32 mereka diberi gelaran yang sama iaitu قوم طاغون

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
l. Melalui firman Allah (Ayat: 12):ٱلَّذِينَ هُمْ فِى خَوْضٍ يَلْعَبُونَ 
Sikap orang-orang musyrikin Mekah yang begitu tidak serius dan tidak mempedulikan seruan al-Qur'an
dan juga seruan tauhid didedahkan.

At-Tur 52:12
ٱلَّذِينَ هُمْ فِى خَوْضٍ يَلْعَبُونَ 
Orang-orang yang bermain-main dalam kebatilan (perbuatan dosa),


2. Melalui firman Allah (Ayat:21):
وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَٰنٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ
Diberitahu bahawa ibu bapa yang beriman akan dipertemukan dengan anak-anaknya yar'g beriman biar
bagaimanapun keadaan mereka di hari akhirat nanti.

At-Tur 52:21
وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَٰنٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَآ أَلَتْنَٰهُم مِّنْ عَمَلِهِم مِّن شَىْءٍۚ كُلُّ ٱمْرِئٍۭ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ 
Dan orang-orang yang beriman, beserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka (di dalam surga), dan Kami tidak mengurangi sedikit pun pahala amal (kebajikan) mereka. Setiap orang terikat dengan apa yang dikerjakannya.


3. Melalui firman Allah (Ayat:29):فَذَكِّرْ فَمَآ أَنتَ بِنِعْمَتِ رَبِّكَ بِكَاهِنٍ وَلَا مَجْنُونٍ 

At-Tur 52:29
فَذَكِّرْ فَمَآ أَنتَ بِنِعْمَتِ رَبِّكَ بِكَاهِنٍ وَلَا مَجْنُونٍ 
Maka peringatkanlah, karena dengan nikmat Tuhanmu engkau (Muhammad) bukanlah seorang tukang tenung dan bukan pula orang gila.

Orang-orang musyrikin diberi peringatan dan Rasulullah pula diberikan ketenangan bahawa meskipun dalam keadaan yang mencabar itu Baginda dituduh sebagai كَاهِنٍ (tukang tenung) dan مَجْنُونٍ (gila), teruskan saja kerja menasihati mereka dan menyeru mereka kepada ajaran tauhid.

4. Di dalam surah ini dalil-dalil عقلي kebenaran ajaran tauhid dikemukakan dalam bentuk soalan-soalan (Ayat:43):

At-Tur 52:43
أَمْ لَهُمْ إِلَٰهٌ غَيْرُ ٱللَّهِۚ سُبْحَٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ 
Ataukah mereka mempunyai tuhan selain Allah? Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Ini adalah soalan yang terakhir daripada rangkaian- rangkaian soalan, maksudnya ialah jika kamu berusaha mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan tersebut dengan hati keci'l mu nescaya akhirnya kamu akan menerima juga ajaran tauhid dan menolak ajaran syirik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan