Rabu, Mac 24, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 20(54)nota 14(337-340)s

Daurah tafsir 2019 sesi 20(54)nota 14(337-340)s

054 Surah Al Qamar
Tertib surah 54
Bilangan ayatnya 55
Bilangan rukuk 3
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 37
Bilangan paragrafnya ada 7
Paragraf 1ayat 1-8 Pendustaan oleh orang2 musyrikin Mekah
Paragraf 2 ayat 9-17  Pendustaan oleh kaum Nuh
Paragraf 3 ayat 18-22 Pendustaan oleh kaum Aad
Paragraf 4 ayat 23-32 Pendustaan oleh kaum Tsamud
Paragraf 5 ayat 33-40 Pendustaan oleh kaum Luth
Paragraf 6 ayat 41-42 Pendustaan oleh Firaun dan kakitangannya
Paragraf 7 ayat 43-55 Akibat yg akan diterima oleh pendusta-pendusta dan penjahat-penjahat tidak sama dengan yang akan diterima oleh orang-orang yang membenarkan ajaran Allah dan orang-orang yang bertaqwa.

Mesej utama
1.Ramalan tentang kekalahan dan kegagalan pasukan bersekutu orang-orang kafir.
2.Ancaman terhadap orang2 musyrikin  Mekah yang mendustakan ajaran Rasullah .
3.Ancaman kebinasaan telah diberikan kepada lima kaum yang mendustakan rasul-rasul mereka.
4.Janganlah kamu mendustakan Rasullah dan al-quran  , sebaliknya manusia dinasihati agar membenarkannya.


Zaman Diturunkan
Surah al-Qamar adalah antara surah yang diturunkan di peringkat awal kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah, ketika itu pun sudah ada tuduhan-tuduhan seperti tukang sihir kepada Rasulullah s.a.w.

Peristiwa شق القمر (bulan terbelah) yang tersebut di ayat pertama surah ini diturunkan di Mina kepada Rasulullah s.a.w. Ia merupakan dalil kepada hampirnya berlaku kiamat setelah kedatangan Rasul terakhir membawa kitab suci terakhir, ia adalah satu surah yang diturunkan di zaman orang-orangQuraisy mula mendustakan Rasulullah s.a.w.

Perkaitan Surah Al-Qamar Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah an-Najm sebelum ini, peristiwa kebinasaan kaum 'Aad, kaum Tsamud, kaum Nuh
dan  (kaum Luth) telah disebutkan secara umum. Di dalam Surah al-Qamar ini pula peristiwa kebinasaan kaum-kaum itu akibat pendustaan mereka terhadap para nabi masing-masing dikemukakan secara lebih terperinci.

2. Di dalam Surah at-Thur tersebut al-Qur'an didustakan, ia dikatakan أَفَسِحْرٌ هَٰذَآ (Ayat: 15). Di dalam Surah al-Qamar ini juga disebutkan kata-kata orang Quraisy tentang al-Qur'an seperti yang tersebut didalam Surah at-Thur, kata mereka سِحْرٌ مُّسْتَمِرٌّ  (Ayat: 2).

At-Tur 52:15
أَفَسِحْرٌ هَٰذَآ أَمْ أَنتُمْ لَا تُبْصِرُونَ 
Maka apakah ini sihir? Ataukah kamu tidak melihat?

Al-Qamar 54:2
وَإِن يَرَوْا۟ ءَايَةً يُعْرِضُوا۟ وَيَقُولُوا۟ سِحْرٌ مُّسْتَمِرٌّ 
Dan jika mereka (orang-orang musyrikin) melihat suatu tanda (mukjizat), mereka berpaling dan berkata, “(Ini adalah) sihir yang terus menerus.”

Ayat Tarji'
Di dalam surah ini terdapat 2 ayat yang diulangi beberapa kali, ia dipanggil ayat tarji'.
1. Peristiwa-peristiwa kebinasaan bangsa-bangsa yang lalu yang cukup untuk dijadikan i'tibar itu disebutkan oleh al-Qur'an sebagai peringatan dan nasihat dan ia dipermudahkan untuk mendapat pengajaran dan i'tibar. (Ayat: 17,22,32 dan 40).

Al-Qamar 54:17
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا ٱلْقُرْءَانَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ 
Dan sungguh, telah Kami mudahkan Al-Qur'an untuk peringatan, maka adakah orang yang mau mengambil pelajaran?

Al-Qamar 54:22
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا ٱلْقُرْءَانَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ 
Dan sungguh, telah Kami mudahkan Al-Qur'an untuk peringatan, maka adakah orang yang mau mengambil pelajaran?

Al-Qamar 54:32
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا ٱلْقُرْءَانَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ 
Dan sungguh, telah Kami mudahkan Al-Qur'an untuk peringatan, maka adakah orang yang mau mengambil pelajaran?

Al-Qamar 54:40
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا ٱلْقُرْءَانَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ 
40. Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka
adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

*bukan semua quran mudah dan cetek
*yang mudahnya adalah contoh atau iktibar yang mana mudah difahami oleh sesiapa yang buat baik akan dibalas baik dan siapa yang jahat akan mendapat balasan jahat .

2. Setelah mengemukakan peristiwa yang benar-benar telah berlaku dalam sejarah, manusia ditanya .فَكَيْفَ كَانَ عَذَابِى وَنُذُرِ (Ayat: 16, 18, 21 dan 30).

Al-Qamar 54:16
فَكَيْفَ كَانَ عَذَابِى وَنُذُرِ 
Bermaksud: Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!

Al-Qamar 54:18
كَذَّبَتْ عَادٌ فَكَيْفَ كَانَ عَذَابِى وَنُذُرِ 
Kaum ‘Ad pun telah mendustakan. Maka betapa dahsyatnya azab-Ku dan peringatan-Ku!

Al-Qamar 54:21
فَكَيْفَ كَانَ عَذَابِى وَنُذُرِ 
Maka betapa dahsyatnya azab-Ku dan peringatan-Ku!

Al-Qamar 54:30
فَكَيْفَ كَانَ عَذَابِى وَنُذُرِ 
Maka betapa dahsyatnya azab-Ku dan peringatan-Ku!



Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Surah ini mengemukakan kisah benar 5 kaum yang telah mendustakan ajaran yang dibawa oleh rasul masing- masing. تكذيب bererti mendustakan, mendustakan rasul Allah adalah dengan mengatakan kamu bukan rasul Allah, mendustakan al-Qur'an adalah dengan mengatakan ini bukan kitab Allah,mendustakan akhirat pula adalah dengan mengatakan ia sama sekali tidak akan berlaku. Perkataan تكذبين dan pecahan-pecahannya beberapa kali digunakan di dalam surah ini (Ayat: 3,9,18,23,33 dan 42).

Al-Qamar 54:3
وَكَذَّبُوا۟ وَٱتَّبَعُوٓا۟ أَهْوَآءَهُمْۚ وَكُلُّ أَمْرٍ مُّسْتَقِرٌّ 
Dan mereka mendustakan (Muhammad) dan mengikuti keinginannya, padahal setiap urusan telah ada ketetapannya.

Al-Qamar 54:9
كَذَّبَتْ قَبْلَهُمْ قَوْمُ نُوحٍ فَكَذَّبُوا۟ عَبْدَنَا وَقَالُوا۟ مَجْنُونٌ وَٱزْدُجِرَ 
Sebelum mereka, kaum Nuh juga telah mendustakan (rasul), maka mereka mendustakan hamba Kami (Nuh) dan mengatakan, “Dia orang gila!” Lalu diusirnya dengan ancaman.

Al-Qamar 54:23
كَذَّبَتْ ثَمُودُ بِٱلنُّذُرِ 
Kaum samud pun telah mendustakan peringatan itu.


Al-Qamar 54:33
كَذَّبَتْ قَوْمُ لُوطٍۭ بِٱلنُّذُرِ 
Kaum Luth pun telah mendustakan peringatan itu.

Al-Qamar 54:42
كَذَّبُوا۟ بِـَٔايَٰتِنَا كُلِّهَا فَأَخَذْنَٰهُمْ أَخْذَ عَزِيزٍ مُّقْتَدِرٍ 
Mereka mendustakan mukjizat-mukjizat Kami semuanya, maka Kami azab mereka dengan azab dari Yang Mahaperkasa, Mahakuasa.

2. Di dalam surah ini, مُكَذِّبي orang-orang yang mendustakan) disebut sebagai مُجْرِمين(orang-orang yang durjana dan bersalah serta berdosa) (Ayat: 47). مُصدِّقِين iaitu orang-orang yang membenarkan pula disebutkan sebagai مُتَّقِين (Ayat 54). Muttaqin ialah orang-orang yang membenarkan seruan para rasul,mengelak diri daripada dosa-dosa dan berhati-hati dalam menjalani kehidupan. Surah ini membandingkan watak dua golongan tersebut.

3. Kaum Nuh telah ditenggelamkan dengan air dalam jumlah tertentu yang dikehendaki Allah (Ayat:12).

Al-Qamar 54:12
وَفَجَّرْنَا ٱلْأَرْضَ عُيُونًا فَٱلْتَقَى ٱلْمَآءُ عَلَىٰٓ أَمْرٍ قَدْ قُدِرَ 
Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan.

4. Satu hakikat sains telah disebutkan di dalam surah ini iaitu Allah menjadikan setiap benda dengan kadar dan ukuran yang tertentu, setiap unsur yang terdapat di dalam setiap benda sama ada ia bahan organik atau bukan organik masing-masing daripadanya berada dalam kadar, jumlah, ukuran dan timbangan yang tertentu. Setiap satu daripadanya mempunyai skop dan limit tertentu. (Ayat: 49).

Al-Qamar 54:49
إِنَّا كُلَّ شَىْءٍ خَلَقْنَٰهُ بِقَدَرٍ 
Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran (tertentu).

5. Orang-orang kafir Quraisy diberi ancaman bahawa mereka tidaklah lebih baik daripada orang-orang kafir dari kalangan bangsa-bangsa dan umat-umat terdahulu
(Ayat: 43).

Al-Qamar 54:43
أَكُفَّارُكُمْ خَيْرٌ مِّنْ أُو۟لَٰٓئِكُمْ أَمْ لَكُم بَرَآءَةٌ فِى ٱلزُّبُرِ 
Apakah orang-orang kafir di lingkunganmu (kaum musyrikin) lebih baik dari mereka, ataukah kamu telah mempunyai jaminan kebebasan (dari azab) dalam kitab-kitab terdahulu?


6. Di dalam surah ini sudah terdapat ramalan tentang kekalahan dan kegagalan pihak orang-orang kafir
meskipun bilangan mereka ramai. Orang-orang Islam ditenangkan dengan ramalan yang menyebutkan
tentang kekalahan pakatan orang-orang kafir (Ayat: 45).

Al-Qamar 54:45
سَيُهْزَمُ ٱلْجَمْعُ وَيُوَلُّونَ ٱلدُّبُرَ 
Golongan itu pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang.

7. Hari kiamat.
Terbelahnya bulan adalah salah satu dalil kehampiran kiamat (Ayat: 1). Setelah datang kitab suci terakhir dan rasul terakhir, hari kiamat boleh berlaku bila-bila masa. Kepada مُكَذِّبين, hari kiamat adalah hari yang paling teruk dan paling pahit kepada mereka (Ayat 46).

Al-Qamar 54:1
ٱقْتَرَبَتِ ٱلسَّاعَةُ وَٱنشَقَّ ٱلْقَمَرُ 
Saat (hari Kiamat) semakin dekat, bulan pun terbelah.

Al-Qamar 54:46
بَلِ ٱلسَّاعَةُ مَوْعِدُهُمْ وَٱلسَّاعَةُ أَدْهَىٰ وَأَمَرُّ 
Bahkan hari Kiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan hari Kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit.


8. Perkataan نُذُر digunakan sebanyak 7 kali di dalam surah ini (Ayat: 5,23,33,36,37,39 dan 41).

Al-Qamar 54:5
حِكْمَةٌۢ بَٰلِغَةٌۖ فَمَا تُغْنِ ٱلنُّذُرُ 
(itulah) suatu hikmah yang sempurna, tetapi peringatan-peringatan itu tidak berguna (bagi mereka),

Al-Qamar 54:23
كَذَّبَتْ ثَمُودُ بِٱلنُّذُرِ 
Kaum samud pun telah mendustakan peringatan itu.

Al-Qamar 54:33
كَذَّبَتْ قَوْمُ لُوطٍۭ بِٱلنُّذُرِ 
Kaum Luth pun telah mendustakan peringatan itu.

Al-Qamar 54:37
وَلَقَدْ رَٰوَدُوهُ عَن ضَيْفِهِۦ فَطَمَسْنَآ أَعْيُنَهُمْ فَذُوقُوا۟ عَذَابِى وَنُذُرِ 
Dan sungguh, mereka telah membujuknya (agar menyerahkan) tamunya (kepada mereka), lalu Kami butakan mata mereka, maka rasakanlah azab-Ku dan peringatan-Ku!

Al-Qamar 54:39
فَذُوقُوا۟ عَذَابِى وَنُذُرِ 
Maka rasakanlah azab-Ku dan peringatan-Ku!

Al-Qamar 54:41
وَلَقَدْ جَآءَ ءَالَ فِرْعَوْنَ ٱلنُّذُرُ 
Dan sungguh, peringatan telah datang kepada keluarga Fir‘aun.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan