Daurah tafsir 2019 sesi 20(54)nota 14(338)
Zaman Diturunkan
Surah al-Qamar adalah antara surah yang diturunkan di peringkat awal kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah, ketika itu pun sudah ada tuduhan-tuduhan seperti tukang sihir kepada Rasulullah s.a.w.
Peristiwa شق القمر (bulan terbelah) yang tersebut di ayat pertama surah ini diturunkan di Mina kepada Rasulullah s.a.w. Ia merupakan dalil kepada hampirnya berlaku kiamat setelah kedatangan Rasul terakhir membawa kitab suci terakhir, ia adalah satu surah yang diturunkan di zaman orang-orangQuraisy mula mendustakan Rasulullah s.a.w.
Perkaitan Surah Al-Qamar Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah an-Najm sebelum ini, peristiwa kebinasaan kaum 'Aad, kaum Tsamud, kaum Nuh
dan (kaum Luth) telah disebutkan secara umum. Di dalam Surah al-Qamar ini pula peristiwa kebinasaan kaum-kaum itu akibat pendustaan mereka terhadap para nabi masing-masing dikemukakan secara lebih terperinci.
2. Di dalam Surah at-Thur tersebut al-Qur'an didustakan, ia dikatakan أَفَسِحْرٌ هَٰذَآ (Ayat: 15). Di dalam Surah al-Qamar ini juga disebutkan kata-kata orang Quraisy tentang al-Qur'an seperti yang tersebut didalam Surah at-Thur, kata mereka سِحْرٌ مُّسْتَمِرٌّ (Ayat: 2).
At-Tur 52:15
أَفَسِحْرٌ هَٰذَآ أَمْ أَنتُمْ لَا تُبْصِرُونَ
Maka apakah ini sihir? Ataukah kamu tidak melihat?
Al-Qamar 54:2
وَإِن يَرَوْا۟ ءَايَةً يُعْرِضُوا۟ وَيَقُولُوا۟ سِحْرٌ مُّسْتَمِرٌّ
Dan jika mereka (orang-orang musyrikin) melihat suatu tanda (mukjizat), mereka berpaling dan berkata, “(Ini adalah) sihir yang terus menerus.”
Avat Tarji'
Di dalam surah ini terdapat 2 ayat yang diulangi beberapa kali, ia dipanggil ayat tarji'.
1. Peristiwa-peristiwa kebinasaan bangsa-bangsa yang lalu yang cukup untuk dijadikan i'tibar itu disebutkan oleh al-Qur'an sebagai peringatan dan nasihat dan ia dipermudahkan untuk mendapat pengajaran dan i'tibar. (Ayat: 17,22,32 dan 40).
Al-Qamar 54:17
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا ٱلْقُرْءَانَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ
40. Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka
adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
2. Setelah mengemukakan peristiwa yang benar-benar telah berlaku dalam sejarah, manusia ditanya .فَكَيْفَ كَانَ عَذَابِى وَنُذُرِ (Ayat: 16, 18, 21 dan 30).
Al-Qamar 54:16
فَكَيْفَ كَانَ عَذَابِى وَنُذُرِ
Bermaksud: Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Surah ini mengemukakan kisah benar 5 kaum yang telah mendustakan ajaran yang dibawa oleh rasul masing- masing. تكذيب bererti mendustakan, mendustakan rasul Allah adalah dengan mengatakan kamu
338
Tiada ulasan:
Catat Ulasan