K995.12 Ayat Pengesahan Kepada Anak
"Ayah tak pernah pun cakap kat saya I Love U".🤔
"Mama tak pernah pun puji saya".
"Ayah tak nampak ke tadi Abang sabar aja dengan Adik".
"Mama tak suka peluk saya ke?"☹
"Asyik saya aja kena marah. Semua saya buat salah. Saya tak pernah buat betul ke?"
.
.
Itulah agaknya suara hati anak-anak kita saban waktu di sebalik mereka 'dikatakan' kerap buat hal.
Tangki emosi perkataan yang mengesahkan, kurang. Kurang sesangat.
.
Anak rasa tak dihargai,
Tak disayangi,
Tak betul.
.
Sedangkan bukan itu yang sebenarnya dalam hati #IbuBapaKini, kan.
Ibu ayah memang sentiasa dan selamanya sayangkan anak-anak,
Cuma ibuayah terlepas pandang...
.
Lupa nak #jadilebahbukanlalat.
Yuk, kita ucapkan ayat-ayat pengesahan sebegini.
12 Ayat Pengesahan Kepada Anak Anak Kita.
1.Mak/ayah percaya kepada kebolehan kamu.
2.Kamu dah buatb yang terbaik.
3.Terima kasih sebab selalu berusaha untuk senangkan hati mak/ayah.
4.Mak/ayah suka dan bahagia sangat jadi ibubapa kamu.
5.Mak/ayah nampak tadi ...buat...(nyatakan perkara baik yang dia lakukan).
6.Mak/ayah gembira sebab Allah hadiahkan kamunkepada mak/ayah
7.Apa yang kamu lakukan tadi sangat bagus,
8.Pasti adik-adiknkamu sayang dan hormat kamu sebab kamu tadi kamu ..(nyatakan perlakuan spesifik dia)(ambilkan mainana/sudu/suap/dodoikan dll)
9.Senyuman kamu menceriakan/membahagiakan mak/ayah hari ini.
10.Pelukan tadi adalah yang paling best mak/ayah rasa.
11.Kami sayang sangat kamu kerana Allah.
12.Apa saja kamu lakukan, mak/ayah tetap sayangkan kamu kerana kamu adalah tanggungjawab kami.
.
Mudahan,
ayat sebegini yang mereka dambakan selama ini jadi seperti 'ubat' kepada tingkahlaku mencabar mereka..
.
Agar semakin 'BESAR' jiwa kebaikan dalam diri mereka.
Subur.
Mekar.
Mewangi dan merahmati Alam.
CARE 🧡,
Maznah Ibrahim.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan