Jumaat, Mac 05, 2021

Tafsir asas quran nota 9(259)16

Tafsir asas quran nota 9(259)16

menjawab apa-apa kepadaku sehingga turun ayat, "Penzina laki-laki tidak boleh berkahwin kecuali dengan penzina perempuan, atau dengan perempuan musyrik; dan
penzina perempuan tidak boleh berkahwin kecuali dengan penzina laki-laki atau dengan laki-laki musyrik; dan yang demikian itu diharamkan bagi orang-orang mukmin." Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, Wahai Martsad, Penzina laki-laki tidak boleh berkahwin kecuali dengan penzina perempuan, atau dengan perempuan musyrik; dan penzina perempuan tidak boleh berkahwin kecuali dengan penzina
laki-laki atau dengan laki-laki musyrik." Maka janganlah engkau mengahwininya."
Tirmidzi berkata, "Hadits ini hasan gharib, ia tidak diketahui kecuali melalui saluran riwayat ini. 

Hadits ini turut diriwayatkan oleh Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Jarir dan lain-lain. 
Hakim secara singkat berkata, "Sahih isnadnya." Adz-Dzahabi pula tidak membuat apa-apa komentar terhadapnya.

(b) Ahmad, at-Thabaraani, al-Baihaqi, at-Thahaawi, al-Haakim, at-Thabari dan lain-lain meriwayatkan daripada al-Qasim bin Muhammad daripada 'Abdullah bin 'Amar
bin al-'Aash bahawa beliau berkata, "Ada seorang perempuan tinggal di Ajyaad, ia dikenali dengan (nama panggilan) Ummu Mahzul, pekerjaannya ialah melacur. Dia
berjanji untuk menanggung nafqah sesiapa yang ingin mengahwininya dengan syarat membenarkannya terus menjadi pelacur. Lalu ada seorang laki-laki meminta izin
kepada Rasulullah s.a.w. untuk mengahwininya. Maka Rasulullah s.a.w. membacakan firman Allah ini kepadanya atau (syak perawi) Maka turunlah firman Allah ini:

An-Nur 24:3
ٱلزَّانِى لَا يَنكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَٱلزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَآ إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌۚ وَحُرِّمَ ذَٰلِكَ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ 
Bermaksud: Laki-laki yang berzina tidak akan mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak akan dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan kepada orang-orang yang beriman. (an-Nuur:3).

(c) Ibnu Abi Haatim, Ats-Tsa'labi dan at-Thabari dengan sanad mereka meriwayatkan daripada Ibnu 'Abbaas bahawa beliau berkata, "Semasa jahiliah terdapat rumah-rumah yang dipanggil "mawakhir" (rumah pelacur). Pemilik- pemiliknya menyewakan anak-anak gadis dan perempuan-perempuan mereka. Ia sememangnya terkenal
sebagai tempat perzinaan. Tempat-tempat itu tidak dikunjungi kecuali oleh penzina dari kalangan Ahli Qiblat (orang-orang Islam) atau orang-orang musyrik yang

259

Tiada ulasan:

Catat Ulasan