Sabtu, Mac 06, 2021

Tafsir asas quran nota 9(260)16

Tafsir asas quran nota 9(260)16

menyembah berhala. Lalu Allah menurunkan firmanNya dalam ayat ke-3 Surah an-Nuur untuk mengharamkan perbuatan tersebut.

(6) Ibnu 'Abbaas sebagaimana dinukilkan oleh Ibnu Katsir dan lain-lain dengan isnad yang sahih berpendapat, maksud firman Allah لا ينكح dan لا ينكحها  di dalam ayat ke-3
Surah an-Nuur itu bukan tidak boleh /tidak akan/ tidak layak berkahwin dan dikahwini, tetapi ia bererti "tidak akan (dapat) bersetubuh atau berzina kecuali dengan
penzina juga", sama ada ia muslim (baik laki-laki atau perempuan) atau musyrik (baiklaki-laki atau perempuan). 

Di kalangan Tabi'in terdapat agak ramai yang sependapat
dengan Ibnu 'Abbaas. Mereka terdiri daripada murid-murid beliau sendiri dan juga bukan murid-murid beliau, seperti Mujahid, 'Ikrimah, Sa'id bin Jubair, 'Urwah binaz-Zubaft, adh-Dhahhaak, Makhul, Muqatil bin Hayyaan dan lain-lain.

Ini kerana orang Islam, sama ada ia penzina atau bukan penzina, sememangnya diharamkan berkahwin dengan orang musyrik, sama ada ia penzina atau bukan
penzina. Jadi apa ertinya Allah berfirman "Laki-laki yang berzina tidak bolehmengahwini melainkan perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh laki-laki musyrik?". Seolah-olahnya laki-laki muslim yang berzina boleh berkahwin dengan perempuan muslimah yang berzina atau perempuan yang musyrik. Yang tidak boleh dikahwininya hanyalah perempuan
muslimah yang tidak berzina! Padahal seseorang muslim tidak boleh berkahwin dengan perempuan musyrik dalam apa keadaannya sekalipun, sama ada ia penzina
atau tidak. Begitu juga perempuan muslimah yang berzina, ia seolah-olah tidak boleh dikahwini melainkan hanya oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik! Padahal
bukankah perempuan muslimah, sama ada ia penzina atau bukan penzina, sememangnya tidak  boleh berkahwin dengan laki-laki musyrik biar bagaimana sekalipun keadaannya? !

Tetapi kalau anda mengatakan laki-laki muslim tidak boleh bersetubuh atau berzina melainkan dengan penzina juga, sama ada ia muslimah atau musyrikah, maka keadaan
itu boleh berlaku. Demikian juga kalau anda mengatakan sebaliknya, perempuan muslimah tidak boleh bersetubuh atau berzina melainkan dengan penzina juga, sama
ada ia muslim atau musyrik, maka keadaan itu juga boleh berlaku. Sebabnya ialah tidak ada keperluan untuk seseorang penzina mensyaratkan apa-apa agama
pasangannya! !


260

Tiada ulasan:

Catat Ulasan