Tafsir asas quran nota 9(263)16
Qaedah (c) juga tidak sah kerana ia hanya suatu yang tsabit berdasarkan qiraa'at yang syazzah. Tentu sekali ia tidak mempunyai kekuatan untuk menasakhkan ayat al-Qur'an dan juga hadits yang qath'i.
(Lihat Fakhruddin ar-Razi - at-Tafsir al-Kabir j.6
m/s 259).
(17) Firman Allah di dalam Surah an-Nuur ini juga antara ayat yang dikatakan telah mansukh:
An-Nur 24:58
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لِيَسْتَـْٔذِنكُمُ ٱلَّذِينَ مَلَكَتْ أَيْمَٰنُكُمْ وَٱلَّذِينَ لَمْ يَبْلُغُوا۟ ٱلْحُلُمَ مِنكُمْ ثَلَٰثَ مَرَّٰتٍۚ مِّن قَبْلِ صَلَوٰةِ ٱلْفَجْرِ وَحِينَ تَضَعُونَ ثِيَابَكُم مِّنَ ٱلظَّهِيرَةِ وَمِنۢ بَعْدِ صَلَوٰةِ ٱلْعِشَآءِۚ ثَلَٰثُ عَوْرَٰتٍ لَّكُمْۚ لَيْسَ عَلَيْكُمْ وَلَا عَلَيْهِمْ جُنَاحٌۢ بَعْدَهُنَّۚ طَوَّٰفُونَ عَلَيْكُم بَعْضُكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلْءَايَٰتِۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang Subuh dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah
sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu)itu, (kerana mereka) orang-orangyang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara safu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (an-Nuur:58).
Perintah supaya meminta izin kepada hamba-hamba dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan keluarga muslim dalam tiga masa yang tersebut di dalam ayat di
atas dikatakan telah mansukh dengan ayat berikut:
An-Nur 24:59
وَإِذَا بَلَغَ ٱلْأَطْفَٰلُ مِنكُمُ ٱلْحُلُمَ فَلْيَسْتَـْٔذِنُوا۟ كَمَا ٱسْتَـْٔذَنَ ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمْ ءَايَٰتِهِۦۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Bermaksud: Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup
263
Tiada ulasan:
Catat Ulasan