Khamis, Mac 11, 2021

Tafsir asas quran nota 9(265)16

Tafsir asas quran nota 9(265)16

yang lebih taqwanya (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (al-Hujuraat:13).

Ayat ke-13 Surah al-Hujuraat menjadikan ketaqwaan sebagai piawaian bagi kemuliaan dan kehormatan manusia, sedangkan masyarakat umum pula menjadikan
perkara- perkara lain sebagai piawaiannya. 
(Lihat an-Nahaas - an-Naasikh Wa al-Mansukh m/s 197-198).

Berdasarkan riwayat Bukhari daripada Sa'id bin Jubair daripada Ibnu 'Abbaas, ayat ketiga yang tidak diingat oleh 'Athaa' bin Abi Rabaah ialahayat berikut:

An-Nisa' 4:8
وَإِذَا حَضَرَ ٱلْقِسْمَةَ أُو۟لُوا۟ ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينُ فَٱرْزُقُوهُم مِّنْهُ وَقُولُوا۟ لَهُمْ قَوْلًا مَّعْرُوفًا 
Bermaksud: Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka) dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadhir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka
berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik. (an-Nisaa' :8).

Ibnu 'Abbaas berkata berkenaan dengan ayat ini dan juga ayat ke-58 Surah an-Nuur yang sedang kita bincangkan sekarang, "Bahawa orang ramai menyangka ia
dimansukhkan. Tidak, demi Allah tidak. Ia sebenarnya termasuk dalam ayat-ayat yang diabaikan dan tidak diamalkan oleh ramai orang. 
(Lihat Sahih al-Bukhari j.9 m/s 303).

265

Tiada ulasan:

Catat Ulasan