Isnin, Mac 15, 2021

Tafsir asas quran nota 9(270)16

Tafsir asas quran nota 9(270)16

al-'Allamah Mahmud al-Aaluusi berkata:
والظاهر على القول بان الآية نزلت كرامة  للمختارات وتطييبا لخو اطر هن وشكرا لحسن صنيعهن عدم النسخ والله تعالى أعلم
Bermaksud: Menurut pendapat orang-orang yang mengatakan ayat ini (ayat ke-52 Surah al-Ahzaab) turun sebagai penghormatan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w. yang diberi pilihan (sama adahendak memilih dunia atau memilih Allah, RasulNya dan kehidupan akhirat, lalu mereka memilih yang kedua), juga sebagai penghibur hati-hati mereka dan sebagai balasan kepada pilihan yang dibuat mereka, maka zahirnya ayat itu tidak dimansukhkan. plوالله تعالى أعلم Lihat Tafsir Ruuh al-Ma'ani j.22 mls 67).

(b) Pendapat orang-orang yang mengatakan ayat ke-52 dimansukhkan oleh ayat ke-50 sebenamya masih boleh dipertikaikan. Kerana ada juga riwayat daripada Ibnu
'Abbaas,  Qataadah dan lain-lain yang menyatakan sebaliknya, iaitu ayat ke-50 sebetulnya yang dimansukhkan oleh ayat ke-52. Tertib turunnya sama seperti tertib
yang terdapat di dalam mushaf. Ayat ke-50 diturunkan dahulu, kemudian baru ayat ke-52. Tiada dalil yang kukuh di sisi orang-orang yang mengatakan ayat ke-52 boleh
dimansukhkan oleh ayat ke-50, kerana walaupun ayat ke-50 tersebut dan dibaca dahulu di dalam al-Qur'an, tetapi ia diturunkan kemudian. Kalau ayat ke-52 diturunkan dahulu, kenapa pula ia dapat memansukhkan ayat ke-50 yang diturunkan kemudian?
Kenapa Ibnu 'Abbaas berkata: 
ونسخ سبحانه بذلك (أي بقوله لايحل لك النساء الخ ) ما أباحه له قبل من التوسعة في جميع النساء

Bermaksud: "Allah s.w.t memansukhkan dengannya (dengan firmanNya: لا يحل لك النساء dan seterusnya) apa yang telah diharuskan kepadanya (kepada NabiNya) sebelum itu berupa perkahwinan dengan semua macam perempuan (yang tersebut di dalam ayat ke-50 sebelumnya)?" 

Kenapa pula Mujahid dan Ibnu Jubair mentafsirkan من بعد  yang tersebut di dalam ayatke-52 dengan kata mereka:
 بعد إباحة النساء على العموم

Bermaksud: setelah diharuskan perempuan-perempuan (kepada Nabi s.a.w.) secara umum? 
(Lihat Tafsir Ruuh al-Ma'ani j.22 mls 65).

(c) Diriwayatkan daripada sekian ramai sahabat dan tabi'in, termasuk antara mereka Ubai bin Ka'ab, Ibnu 'Abbaas, 'Ikrimah, Abu Razin, ad-Dhahhaak, Qataadah, Hasan
al-Bashri dan lain-lain bahawa Allah menghalalkan kepada NabiNya berkahwin dengan 7 macam perempuan melalui ayat ke-50. 
7 macam perempuan yang dimaksudkan itu ialah: 
(i) Isteri-isteri Nabi s.a.w. yang telah dikahwini Baginda dengan membayar mas kahwinnya dengan sempurna. 
(ii) Hamba sahaya Baginda. 
(iii)


270

Tiada ulasan:

Catat Ulasan