Tafsir asas quran nota 9(271)16
Anak-anak perempuan bapa saudara Nabi (sebelah bapa). (iv) Anak-anak perempuan emak saudara Nabi (sebelah bapa). (v) Anak-anak perempuan bapa saudara Nabi
(sebelah ibu). (vi) Anak-anak perempuan emak saudara Nabi (sebelah ibu) dengansyarat semua mereka (sepupu-sepupu atau kerabat Rasulullah s.a.w. itu) juga telahberhijrah seperti Nabi. (vii) Mana-mana perempuan yang beriman yang memberikandirinya kepada Nabi (untuk dikahwininya dengan tidak membayar mas kahwin).
Melalui ayat ke-52 pula Allah tidak menghalalkan NabiNya berkahwin dengan perempuan-perempuan yang tidak termasuk dalam salah satu daripada 7 macam
perempuan yang telah tersebut di dalam ayat ke-50 sebelumnya. Melalui ayat ke-52 juga Allah tidak menghalalkan kepada NabiNya menggantikan isteri-isterinya yang sedia ada dengan menceraikan mereka, lalu berkahwin dengan perempuan-perempuan lain sebagai ganti mereka, walaupun ia termasuk dalam macam perempuan yang dihalalkan Baginda berkahwin dengannya. Ini bererti apa yang tidak dihalalkan kepada Nabi s.a.w. ialah mengahwini perempuan-perempuan lain dengan
menceraikan mana-mana isteri Baginda yang sedia ada. Kalau tanpa menceraikan mana-mana isteri yang sedia ada, boleh saja Nabi s.a.w. berkahwin dengan siapapun yang disukai Baginda, asalkan ia termasuk dari kalangan 7 macam perempuan yang dibenarkan Baginda berkahwin dengannya. Ini terbukti berdasarkan fakta sejarah
yang menunjukkan Nabi s.a.w. masih lagi berkahwin selepas turun ayatke-52 Surah al-Ahzaab itu. Sebagai contohnya pada tahun ke-7 Hijrah, Rasulullah s.a.w.
berkahwin lagi dengan Maimunah binti al-Haarits.
Selain itu, riwayat yang dikemukakan oleh as-Suyuthi daripada Ziad melalui sekian ramai tokoh-tokoh hadits juga tidak menyokong ayat ke-52 dimansukhkan. Lihat
riwayat berkenaan di bawah ini:
أخرج الفرْيَابِيّ والدارمي وَابْن سعد وَعبدالله بن أَحْمد فِي زَوَائد الْمسند جرير وَابْن أبى حَاتِم وَابْن مرْدويه والضياء فِي المختارة عن
زِيَاد رَضِي الله عَنهُ قَال: قلت لأبي رَضِي الله عَنهُ: أَرَأَيْت لَو أَن ازواج النَّبِي صلى الله علَيهِ وَسلم متن أما لَهُ ضربا من النِّسَاء وَوصف لَهُ صفة فَقَالِ{ يَا أُيهَا النِّبِي إِنَّا أَحللنَا لَك أَزوَاجك} الْأحْزَاب الْآية 50 إِلَى قَوْله {وَامْرَأَة مُوْمنَة} ثمِّ قَالَ {لَا يحل لكء من بعد} هَذِه الصّفة
Bermaksud: Kata Ziad, aku bertanya Ubai (bin Ka'ab r.a): "Bagaimana kalau isteri-isteri Nabi (yang sedia ada) meninggal dunia, tidak halalkah (iuga) Rasulullah s.a.w.
berkahwin (lagi sebagai ganti mereka)?" Jawab Ubai, "Apa yang menghalang
271
Tiada ulasan:
Catat Ulasan