Sabtu, Mac 20, 2021

Tafsir asas quran nota 9(275)16

Tafsir asas quran nota 9(275)16

Bermaksud: Dan sekiranya kamu tidak dapat menerima balik sesuatu dari mas kahwinmsteri-isteri kamu yang melarikan diri ke pihak orang-orang kafir, kemudian kamu
menyerang puak yang kafir itu serta mendapat harta rampasan, maka berikanlah kepada orang-orang (Islam) yang lari isterinya itu ganti mas kahwinnya sebanyak
yang mereka telah bayar dan bertaqwalah kamu kepada Allah yang kamu berimankepadaNya. (al-Mumtahanah:11).

Kata as-Suyuthi, ayat ini menurut sesetengah 'ulama' dimansukhkan oleh ayat-ayat Qitaal, antaranya ayat berikut:

At-Taubah 9:36

إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِى كِتَٰبِ ٱللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ مِنْهَآ أَرْبَعَةٌ حُرُمٌۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلْقَيِّمُۚ فَلَا تَظْلِمُوا۟ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْۚ وَقَٰتِلُوا۟ ٱلْمُشْرِكِينَ كَآفَّةً كَمَا يُقَٰتِلُونَكُمْ كَآفَّةًۚ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلْمُتَّقِينَ 
Bermaksud: Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan
bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus. maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah
sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa. (at-Taubah:36).

Ada juga yang berpendapat ia dimansukhkan dengan ayat Ghanimah, iaitu:

-Al-Anfal 8:41

وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّمَا غَنِمْتُم مِّن شَىْءٍ فَأَنَّ لِلَّهِ خُمُسَهُۥ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ إِن كُنتُمْ ءَامَنتُم بِٱللَّهِ وَمَآ أَنزَلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا يَوْمَ ٱلْفُرْقَانِ يَوْمَ ٱلْتَقَى ٱلْجَمْعَانِۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ 
Bermaksud: Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk jalan Allah dan untuk RasulNya dan untuk kerabat (Rasulullah) dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta ibnus-sabil (orang musafir yang keputusan), jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah)
kepada hamba Kami (Muhammad) pada Hari Al-Furqan, iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (lslam dan kafir, di medan perang Badar) dan (ingatlah) Allah Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (al-Anfaal:41 ).

275

Tiada ulasan:

Catat Ulasan