Tafsir asas quran nota 9(276)16
Sesetengah yang lain pula berpendapat, ayat ke-11 Surah al-Mumtahanah itu muhkam. Ia tidak dimansukhkan oleh mana-mana ayat pun. Salah seorang tokoh 'ulama'
yang mentarjihkan ayat itu muhkam, tidak mansukh ialah Shah Waliyyullah. Bagaimanapun bagi beliau ayat itu dipakai hanya ketika orang-orang kafir kuat atau
dalam keadaan ada perjanjian damai di antara orang-orang Islam dan orang-orangkafir. Ia tidak hanya khusus untuk zaman Nabi s.a.w. sahaja. Jika keadaan seperti dizaman Nabi itu berlaku kembali, panduan daripada dua ayat di dalam Surah al-Mumtahanah itu tetap boleh diguna pakai.
Ayat itu sebenarnya mempunyai latar belakang dan sebab turunnya yang tersendiri. Ia berkait rapat dengan perjanjian damai yang termeterai di antara Rasulullah s.a.w. dan
orang-orang kafir Quraisy Mekah. Salah satu perkara yang termeterai dalam perjanjian damai yang dipersetujui oleh kedua pihak ialah jika mana-mana orang (laki-laki) muslim Mekah melarikan diri ke Madinah, pihak pemerintah Islam
hendaklah mengembalikannya kepada pihak pemerintah Mekah dan mana-nana orang muslim Madinah yang datang ke Mekah pula tidak akan dikembalikan oleh pihak pemerintah Quraisy ke Madinah.
Dalam masa perjanjian damai itu, kalau ada orang (laki-laki) Islam Mekah datang ke Madinah, Nabi s.a.w. akan mengembalikannya ke Mekah. Dalam masa perjanjian itu
juga terdapat ramai orang-orang perempuan Islam yang melarikan diri dari Mekah ke Madinah. Mereka dituntut oleh kelurga masing-masing supaya dihantar kembali ke
Mekah. Maka turunlah dua ayat di dalam Surah al-Mumtahanah sebagai panduan daripada Allah untuk menangani persoalan itu. Lihat dua ayat berkenaan di bawah ini:
Al-Mumtahanah 60:10
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا جَآءَكُمُ ٱلْمُؤْمِنَٰتُ مُهَٰجِرَٰتٍ فَٱمْتَحِنُوهُنَّۖ ٱللَّهُ أَعْلَمُ بِإِيمَٰنِهِنَّۖ فَإِنْ عَلِمْتُمُوهُنَّ مُؤْمِنَٰتٍ فَلَا تَرْجِعُوهُنَّ إِلَى ٱلْكُفَّارِۖ لَا هُنَّ حِلٌّ لَّهُمْ وَلَا هُمْ يَحِلُّونَ لَهُنَّۖ وَءَاتُوهُم مَّآ أَنفَقُوا۟ۚ وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ أَن تَنكِحُوهُنَّ إِذَآ ءَاتَيْتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّۚ وَلَا تُمْسِكُوا۟ بِعِصَمِ ٱلْكَوَافِرِ وَسْـَٔلُوا۟ مَآ أَنفَقْتُمْ وَلْيَسْـَٔلُوا۟ مَآ أَنفَقُوا۟ۚ ذَٰلِكُمْ حُكْمُ ٱللَّهِۖ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْۚ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Al-Mumtahanah 60:11
وَإِن فَاتَكُمْ شَىْءٌ مِّنْ أَزْوَٰجِكُمْ إِلَى ٱلْكُفَّارِ فَعَاقَبْتُمْ فَـَٔاتُوا۟ ٱلَّذِينَ ذَهَبَتْ أَزْوَٰجُهُم مِّثْلَ مَآ أَنفَقُوا۟ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ٱلَّذِىٓ أَنتُم بِهِۦ مُؤْمِنُونَ
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka: Allah
276
Tiada ulasan:
Catat Ulasan