Selasa, Mac 30, 2021

Tafsir asas quran nota 9(301)18

Tafsir asas quran nota 9(301)18

fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dla tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (145). 
Dan Kami haramkan atas orang-orang Yahudi segala
binatang yang berkuku dan dari lembu dan kambing'pula Kami haramkan kepada mereka lemaknya" kecuali (lemak) yang ada pada belakangnya atau yang menyelaputi
perkakas dalam perutnya atau yang bercampur dengan tulang. Demikianlah  Kami balas mereka dengan sebab kederhakaan mereka dan sesungguhnya Kamilah yang
benar. (146). 
Kemudian jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad) maka katakanlah: Tuhan kamu mempunyai rahmat yang luas melimpah-ruah dan. azab seksa yang tidak dapat ditolak dari kaum yang berdosa. (147). (al-An'aam:145-147).

301

Tiada ulasan:

Catat Ulasan