Rabu, Mac 31, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)252

Tafsir asas quran nota 9(302)252

benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (145). Dan Kami atas orang-orang Yahudi segala binatang yang berkuku dan dari lembu dan kambing pula Kami haramkan kepada mereka lemaknya. kecuali (lemak) yang ada pada belakangnya atau yang menyelaputi perkakas dalam perutnya atau yang bercampur dengan tulang. Demikianlah Kami balas mereka dengan sebab kcderhakaan mereka dan sesungguhnya Kamilah yang benar. (146). Kemudian jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad) maka katakanlah: Tuhan kamu mempunyai rahmat yang luas melimpah-ruah dan azab seksaNya tidak dapat ditolak dari kaum yang berdosa. (147). (al-Anaam: 145-147).

Dalil Ketiga ialah firman Allah berikut:

Ar-Ra'd 13:39
يَمْحُوا۟ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ وَيُثْبِتُۖ وَعِندَهُۥٓ أُمُّ ٱلْكِتَٰبِ 
Maksudnya: Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan disisiNyalah terdapat Ummul Kitab (Lauh mahfuzh).
(ar-Ra'd:39).

Sekali pandang tidak akan kelihatan di mana letaknya dalil tentang adanya hukum nasakh di dalam ayat ini. Tetapi golongan kedua tetap menjadikannya sebagai dalil. Kata mereka, itu dalil umum. Walaupun perkataan nasakh tidak tersebut di dalamnya, namun perkataan menghapuskan bukankah ada di situ? Nah itulah dalilnya! Menghapuskan ertinya bagi mereka ialah memansukhkan dan menetapkan pula bererti tidak memansukhkan. Sama ada ayat yang dimansukhkan atau tidak, semuanya ada di dalam Ummul-Kitab iaitu Lauh Mahfuz. Bukan ayat al-Qur'an sahaja yang dihapuskan dan ditetapkan oleh Allah, banyak lagi yang lain, tetapi menghapuskan dengan erti memansukhkan dan menetapkan dengan erti tidak memansukhkan ayat al-Qur'an adalah salah satu daripadanya. Kata mereka, oleh kerana di sini ada qarinah (petunjuk) yang menunjukkan bahawa yang dihapuskan dan ditetapkan oleh Allah ialah ayat alQur'an, maka itulah salah satu mafhumnya yang tidak harus diabaikan sama sekali, Qarinah yang dimaksudkan ialah ayat ke-38 sebelumnya. Ayat itulah yang menunjukkan perkataan menghapuskan seharusnya dipakai dengan erti memansukhkan dan menetapkan  dipakai dengan erti tidak memansukhkan. Cuba lihat ayat ke-38 di bawah ini:

Ar-Ra'd 13:38
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلًا مِّن قَبْلِكَ وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوَٰجًا وَذُرِّيَّةًۚ وَمَا كَانَ لِرَسُولٍ أَن يَأْتِىَ بِـَٔايَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِۗ لِكُلِّ أَجَلٍ كِتَابٌ 


252

Dan sungguh, Kami telah mengutus beberapa rasul sebelum engkau (Muhammad) dan Kami berikan kepada mereka istri-istri dan keturunan. Tidak ada hak bagi seorang rasul mendatangkan sesuatu bukti (mukjizat) melainkan dengan izin Allah. Untuk setiap masa ada Kitab (tertentu).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan