Daurah tafsir 2019 sesi 22(60)nota 16(358-360)s
Surah Al Mumtahanah
Tertib surah 60
Bilangan ayatnya 13
Bilangan rukuk 2
Surah Madaniyah
Tertib turunnya yg ke 91
Bilangan paragrafnya ada 4
Paragraf 1ayat 1-7 Kesetiaan orang-orang mu'min yang sejati kepada negara Islam
Paragraf 2 ayat 8-9 Polisi luar negara Islam
Paragraf 3 ayat 10-12 Undang-undang kewarganegaraan untuk orang-orang perempuan dan pertukaran maskahwin.
Paragraf 4 ayat 13 Arahan supaya setia kepada negara dan memutuskan hubungan dengan orang-orang kafir.
Mesej.
1.Arahan tentang kerakyatan negara Islam.
2.Polisi luar negara Islam.
3.Kesetiaan terhadap negara Islam .
4.Arahan supaya memutuskan hubungan dengan orang-orang kafir dan musyrikin seperti yg telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim.
5.Arahan memutuskan hubungan dengan kerajaan-kerajaan kafir.
Zaman Diturunkan
Surah al-Mumtahanah diturunkan di antara bulan Zul Qaedah tahun ke-6 ketika berlakunya perjanjian damai di Hudaibiyah dan pembukaan Mekah pada tahun ke-8 Hijrah iaitu antara tahun ke-6, ke-7 dan ke-8 Hijrah. Seorang sahabat yang merupakan salah seorang ahli Badar bernama Hathib bin Abi Balta'ah telah menghantar sepucuk surat kepada orang-orang Quraisy dengan maksud menyelamatkan ahli keluarganya yang berada di Mekah. Ia menulis surat itu sebelum berlakunya peristiwa pembukaan Mekah, surat itu ditujukan kepada ketua-ketua orang-orang kafir Quraisy Mekah melalui seorang perempuan. Di dalamnya ia mendedahkan satu rahsia ketenteraan yang sangat penting iaitu Rasulullah s.a.w. telahpun membuat persiapan untuk menyerang Mekah.
Pada ketika itu ramai orang-orang perempuan Islam sampai ke negara Islam di Madinah setelah berhijrah dari Mekah ( دار الكُفر), dan daripada hijrah mereka timbul bermacam- macam persoalan.
Antaranya ialah tentang taraf kenegaraan, kesetiaan mereka kepada negara, soal pertukaran mas kahwin
dan sebagainya. Itu adalah antara masalah yang timbul pada ketika itu.
Dari segi tertib kitabi, Surah al-Hadid terlebih dahulu diturunkan, kemudian Surah al-Mujaadalah,kemudian Surah al-Hasyr dan akhir sekali Surah al-Mumtahanah, sementara dari segi tertib nuzuli pula, Surah al-Hasyr adalah surah pertama yang diturunkan, ia diturunkan pada Rabi'ul Awwal tahun ke-4 Hijrah, kemudian Surah al-Hadid pada di permulaan tahun ke-5 Hijrah. Selepas itu Surah al-Mujaadalah di akhir tahun ke-5 Hijrah dan paling akhir diturunkan ialah Surah al-Mumtahanah, ia diturunkan di permulaan tahun ke-8 Hijrah sebelum berlakunya pembukaan Mekah.
Perkaitan Surah Al-Mumtahanah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
Di dalam Surah al-Mujaadalah yang lalu, pada ayat ke-14 telahpun dikatakan berkenaan orang-orang munafiq,أَلَمْ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ تَوَلَّوْا۟ قَوْمًا غَضِبَ ٱللَّهُ عَلَيْهِم
Al-Mujadila 58:14
أَلَمْ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ تَوَلَّوْا۟ قَوْمًا غَضِبَ ٱللَّهُ عَلَيْهِم مَّا هُم مِّنكُمْ وَلَا مِنْهُمْ وَيَحْلِفُونَ عَلَى ٱلْكَذِبِ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Tidakkah engkau perhatikan orang-orang (munafik) yang menjadikan suatu kaum yang telah dimurkai Allah sebagai sahabat? Orang-orang itu bukan dari (kaum) kamu dan bukan dari (kaum) mereka. Dan mereka bersumpah atas kebohongan, sedang mereka mengetahuinya.
Di dalam Surah al-Hasyr yang lalu pula didedahkan bahawa orang-orang munafiq itu tidak benar dan dusta dalam penafian mereka terlibat dalam menyokong orang-orang Yahudi semasa perang (Ayat: 11).
Al-Hashr 59:11
أَلَمْ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ نَافَقُوا۟ يَقُولُونَ لِإِخْوَٰنِهِمُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ لَئِنْ أُخْرِجْتُمْ لَنَخْرُجَنَّ مَعَكُمْ وَلَا نُطِيعُ فِيكُمْ أَحَدًا أَبَدًا وَإِن قُوتِلْتُمْ لَنَنصُرَنَّكُمْ وَٱللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَٰذِبُونَ
Tidakkah engkau memperhatikan orang-orang munafik yang berkata kepada saudara-saudaranya yang kafir di antara Ahli Kitab, “Sungguh, jika kamu diusir niscaya kami pun akan keluar bersama kamu; dan kami selama-lamanya tidak akan patuh kepada siapa pun demi kamu, dan jika kamu diperangi pasti kami akan membantumu.” Dan Allah menyaksikan, bahwa mereka benar-benar pendusta.
Di dalam ayat terakhir Surah al-Mumtahanah ini pula, orang-orang Islam diperintahkan dengan firman
Allah.
Al-Hashr 59:13
لَأَنتُمْ أَشَدُّ رَهْبَةً فِى صُدُورِهِم مِّنَ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Surah ini menjelaskan bahawa perhatian yang serius perlu diberikan terhadap pergerakan orang-orang
munafiqin demi meneguhkan kedudukan negara Islam, selain itu umat Islam juga diarahkan supaya berhati-hati terhadap pengintip-pengintip dari luar khususnya dari kalangan wanita dan orang-orang yang ada hubungan dengan negara musuh. Orang-orang Islam yang ikhlas diperintah supaya mengutamakan Islam daripada keluarga dan kaum kerabat seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s.
2. Firman Allah لَا تَتَّخِذُوا۟ عَدُوِّى وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَآءَ (Ayat: 1) menyatakan polisi luar negara Islam, di dalamnya
diperintahkan umat Islam supaya tidak mengambil musuh-musuh Allah dan musuh-musuh orang-orang
Islam sebagai teman yang rapat. Mendedahkan rahsia negara kepada musuh dan rahsia-rahsia
ketenteraan adalah suatu perkara yang sangat besar kesalahannya.
Al-Mumtahanah 60:1
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّخِذُوا۟ عَدُوِّى وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَآءَ تُلْقُونَ إِلَيْهِم بِٱلْمَوَدَّةِ وَقَدْ كَفَرُوا۟ بِمَا جَآءَكُم مِّنَ ٱلْحَقِّ يُخْرِجُونَ ٱلرَّسُولَ وَإِيَّاكُمْۙ أَن تُؤْمِنُوا۟ بِٱللَّهِ رَبِّكُمْ إِن كُنتُمْ خَرَجْتُمْ جِهَٰدًا فِى سَبِيلِى وَٱبْتِغَآءَ مَرْضَاتِىۚ تُسِرُّونَ إِلَيْهِم بِٱلْمَوَدَّةِ وَأَنَا۠ أَعْلَمُ بِمَآ أَخْفَيْتُمْ وَمَآ أَعْلَنتُمْۚ وَمَن يَفْعَلْهُ مِنكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَآءَ ٱلسَّبِيلِ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan musuh-Ku dan musuhmu sebagai teman-teman setia sehingga kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), karena rasa kasih sayang; padahal mereka telah ingkar kepada kebenaran yang disampaikan kepadamu. Mereka mengusir Rasul dan kamu sendiri karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad pada jalan-Ku dan mencari keridhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahasia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, karena rasa kasih sayang, dan Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sungguh, dia telah tersesat dari jalan yang lurus.
3. Melalui firman Allah لَن تَنفَعَكُمْ أَرْحَامُكُمْ وَلَآ أَوْلَٰدُكُمْۚ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ(Ayat: 3) orang-orang Islam difahamkan bahawa
sanak saudara dan keluarga yang kadang-kadang dikasihi oleh seseorang yang ikhlas sekalipun sehingga
ia tidak setia terhadap negara Islam, semuanya tidak berguna kepadanya di hari kiamat nanti.
Al-Mumtahanah 60:3
لَن تَنفَعَكُمْ أَرْحَامُكُمْ وَلَآ أَوْلَٰدُكُمْۚ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ يَفْصِلُ بَيْنَكُمْۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Kaum kerabatmu dan anak-anakmu tidak akan bermanfaat bagimu pada hari Kiamat. Dia akan memisahkan antara kamu. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan