Sabtu, April 24, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 23(64)nota 16(370)

Daurah tafsir 2019 sesi 23(64)nota 16(370)

Zaman Diturunkan
Besar sekali kemungkinan Surah at-Taghabun adalah surah yang mula-mula sekali diturunkan dengan lengkap selepas Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah, ia diturunkan pada tahun 1 Hijrah. Sebelumnya,sebaik sahaja selepas hijrah, beberapa ayat dari Surah al-Hajj telahpun diturunkan iaitu ayat ke-25 hingga 78. 

Surah at-Taghabun mendorong dan menggesa orang-orang Muhajirin dan Anshar supaya berinfaq dan berjihad. Walaupun Surah at-Taghabun termasuk dalam surah-surah Madaniyyah tetapi dari segi mizajnya ia menyerupai surah-surah Makkiyyah. Di dalamnya terdapat gesaan dan galakan supaya orang-orang Islam membelanjakan hartanya di jalan Allah (Ayat: 16) dan memberikan .قَرْضًا حَسَنًا (hutang yang membawa pahala yang lumayan) (Ayat: 17). 

At-Taghabun 64:16
فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ مَا ٱسْتَطَعْتُمْ وَٱسْمَعُوا۟ وَأَطِيعُوا۟ وَأَنفِقُوا۟ خَيْرًا لِّأَنفُسِكُمْۗ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِۦ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ 
Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah; dan infakkanlah harta yang baik untuk dirimu. Dan barang-siapa dijaga dirinya dari kekikiran, mereka itulah orang-orang yang beruntung.

At-Taghabun 64:17
إِن تُقْرِضُوا۟ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضَٰعِفْهُ لَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْۚ وَٱللَّهُ شَكُورٌ حَلِيمٌ 
Jika kamu meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, niscaya Dia melipatgandakan (balasan) untukmu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Penyantun.

Surah at-Taghabun juga merupakan nasihat kepada orang-orang Muhajirin bahawa sanak saudara dan ahli keluarga, tempat tinggal, harta kekayaan berupa tanah dan lain-lain yang mereka tinggalkan di Mekah merupakan ujian kepada iman mereka (Ayat: 15). 

At-Taghabun 64:15
إِنَّمَآ أَمْوَٰلُكُمْ وَأَوْلَٰدُكُمْ فِتْنَةٌۚ وَٱللَّهُ عِندَهُۥٓ أَجْرٌ عَظِيمٌ 
Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan di sisi Allah pahala yang besar.

Di dalam Surah at-Taghabun tidak ada disebutkan dengan jelas tentang  قتالpeperangan. Bagaimanapun di dalamnya tersebut jihad dengan harta dalam bentuk infaq demi mengukuhkarl negara Islam yang baharu, selain mengemukakan kesalahan-kesalahan dan jenayah-jenayah yang dilakukan oleh orang-orang kafir Quraisy Mekah, sebagai alasan yang mewajarkan mereka
diperangi. Orang-orang yang baru memeluk agama Islam difahamkan tentang keharusan dan kewajaran
berperang dengan orang-orang kafir Quraisy Mekah.
1. Orang-orang Quraisy menganggap Rasulullah hanya manusia biasa yang tidak layak menjadi Rasul,
kerana itu mereka menolaknya أَبَشَرٌ يَهْدُونَنَا (Ayat:6). Kerana cintakan berhala-berhalayang disembah mereka, orang-orang musyrikin Mekah telah sanggup menghalau Rasulullah dan para sahabat dari bumi Mekah.

At-Taghabun 64:6

ذَٰلِكَ بِأَنَّهُۥ كَانَت تَّأْتِيهِمْ رُسُلُهُم بِٱلْبَيِّنَٰتِ فَقَالُوٓا۟ أَبَشَرٌ يَهْدُونَنَا فَكَفَرُوا۟ وَتَوَلَّوا۟ۚ وَّٱسْتَغْنَى ٱللَّهُۚ وَٱللَّهُ غَنِىٌّ حَمِيدٌ 

Yang demikian itu karena sesungguhnya ketika rasul-rasul datang kepada mereka (membawa) keterangan-ke-terangan lalu mereka berkata, “Apakah (pantas) manusia yang memberi petunjuk kepada kami?” Lalu mereka ingkar dan berpaling; padahal Allah tidak memerlukan (mereka). Dan Allah Mahakaya, Maha Terpuji.

2. Orang-orang musyrikin Mekah juga tidak percayakan akhirat, mereka selalu berkata: "Kita sekali-kali tidak akan dibangkit" (Ayat: 7).زَعَمَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ أَن لَّن يُبْعَثُوا۟ۚ

At-Taghabun 64:7
زَعَمَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ أَن لَّن يُبْعَثُوا۟ۚ قُلْ بَلَىٰ وَرَبِّى لَتُبْعَثُنَّ ثُمَّ لَتُنَبَّؤُنَّ بِمَا عَمِلْتُمْۚ وَذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٌ 
Orang-orang yang kafir mengira, bahwa mereka tidak akan dibangkitkan. Katakanlah (Muhammad), “Tidak demikian, demi Tuhanku, kamu pasti dibangkitkan, kemudian diberitakan semua yang telah kamu kerjakan.” Dan yang demikian itu mudah bagi Allah.


Kelebihan Surah At-Taghabun
Surah at-Taghabun termasuk dalam surah-surah المُسَبِّحَات (surah-surah yang dimulakan dengan   يُسَبِحُ سَبَّحَ  atau  سُبْحَان Surah-surah berikut termasuk dalam surah-surah المُسَبِّحَات iaitu Surah al-Hadid, Surah al-Hasyr, Surah as-Shaff, Surah al-Jumu'ah, Surah at-Taghabun, Surah Bani Israil dan Surah al-A'la.
Terdapat satu riwayat menyebutkan: 
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْرَأُ الْمُسَبِّحَاتِ قَبْلَ أَنْ يَرْقُدَ وَيَقُولُ إِنَّ فِيهِنَّ آيَةً خَيْرٌ 

370

Tiada ulasan:

Catat Ulasan