Jumaat, April 02, 2021

Daurah tafsir 2021 kuliah 0001(05)

Daurah tafsir 2021 kuliah 0001(05)

Terjemahan risalah tafsir

Risalah 1 Daurah Tafsir : Muqaddimah Tafsir
[Muqaddimah Daurah Tafsir ini disampaikan oleh Maulana Hadi]

Kepentingan belajar dan faham tafsir Quran:
Ini adalah kerana Allah suruh sampaikan Qur’an. Walaupun Qur’an ini senang sampai kepada manusia – hampir di mana-mana sahaja kita boleh dapat Kitab al-Quran ini. Tapi, begitupun, Nabi masih Allah suruh sampaikan juga kepada manusia. Maka, kalau kita kena sampaikan kepada manusia lain, kita sendiri kenalah tahu tafsir Qur’an itu sendiri. Kalau tidak, bagaimana kita nak sampaikan? Paling dekat yang kita kena sampaikan adalah ahli keluarga kita sendiri.Nabi telah bersabda bahawa manusia yang paling baik adalah yang belajar Quran dan menyampaikannya. Ini adalah satu perkara yang amat penting juga. 

Terdapat perbezaan antara orang yang tabligh (menyampaikan) kepada orang lain, dengan orang yang hanya dengar sahaja, tapi tidak sampaikan kepada orang lain – dia dah belajar, tapi dia simpan sendiri. Dalam nas yang sampai kepada kita, Allah telah beri jaminan untuk menjaga iman mereka yang tabligh kepada orang lain. Jadi, ini adalah satu kelebihan yang amat penting sekali. Maknanya, kalau setakat tahu sahaja, belum tentu iman kita terpelihara.
Ilmu faham Quran ini adalah ilmu yang paling utama dalam dunia. Tidak ada lagi ilmu lain yang lebih penting. Kerana tidak kitab lain lagi yang lebih mulia lagi dari Quran. Dan tidak ada ilmu lain lagi yang lebih penting dari Ilmu Aqidah – Quran banyak mengandungi ilmu aqidah, jadi untuk memperkemaskan akidah kita, kenalah kita belajar Tafsir Quran.

Definisi Qur’an:
Katakanlah kita ditanya, apakah maksud ‘Quran’?, bagaimana kita jawap kepada orang yang bertanya itu? Jawap: satu kitab yang diturunkan dari Allah kepada Nabi Muhammad.Dan Quran ini diturunkan untuk insan semuanya, bukan kepada Nabi Muhammad sahaja. 
Wajib untuk kita mempelajarinya, dan tidak dapat masuk syurga kalau tak faham Qur’an. 
Oleh itu, bagaimanakah nasib mereka yang tidak menghiraukan Quran?

Tujuan faham Quran adalah untuk betulkan akidah dan amalan kita. Kalau tak belajar, tidak lengkap akidah kita dan tidak benar amalan kita. Maka, kalau tidak belajar, akan ada banyak salah faham dan salah amal ibadat kita kerana kita tidak belajar dan kalau begitu, tempat tujuan kita adalah neraka. Alangkah malangnya, selepas banyak melakukan amal ibadat, tapi satu pun tidak dikira. Kita sangka kita dapat masuk ke syurga, kerana kita banyak amal, tapi rupanya masuk ke neraka. Ini amat malang sekali.

Apakah itu ‘Tafsir Quran’?:
Maksud ‘Tafsir’ adalah menyelak Qur’an sampai jelas. Kita belajar tafsir untuk tahu apakah kehendak Allah ke atas kita. Ianya tidak boleh dipelajari dengan sendiri, faham sendiri dan agak-agak sahaja. Ianya memerlukan pembelajaran, sampaikan sahabat pun kena belajar 
dengan Nabi kerana ada yang rumit dan mereka tak faham. Sedangkan mereka itu bangsa Arab dan tentunya dah mahir dengan bahasa Arab, tapi mereka juga kena belajar dengan Nabi.
Bukan semua tafsir itu bagus. Ada tafsir yang dipuji dan ada tafsir yang dikeji. Bagaimana pula begitu? Ketahuilah, kalau kita bercakap tentang Qur’an tanpa belajar, kita akan 
tanggung dosa. Kerana kita telah memperkatakan tentang Quran perkara yang kita tidak tahu. Kita tidak tahu kerana kita tidak belajar. Amat ramai yang ikut akal sendiri dalam 
memahami maksud ayat-ayat Quran. Apabila kita dengan bagaimana pemahaman mereka, kita amat sedih sekali dan kita akan tahu yang mereka itu tidak belajar sebenarnya. 
Ingatlah, kita hanya boleh bercakap tentang ayat-ayat yang kita telah belajar. Kalau kita


Tiada ulasan:

Catat Ulasan