"Boleh marah, tapi tak perlu sampai pukul orang, bentak-bentak, atau rosakkan benda. Beritahu aja abang rasa marah kepada orang tu".
....
Peraturan marah ini 'applicable' bukan sahaja kepada anak malahan kepada IbuAyah juga.
Marah adalah ok, ia perasaan normal yang semua manusia boleh atau akan ada sama seperti rasa gembira, sedih, takut, kecewa, teruja dll. Ia menunjukkan kita manusia normal.
Cumanya Ibu Ayah perlu perkenalkan rule marah ini untuk pastikan diri Ibu Ayah selamat, anak selamat dan barang sekitar selamat.
Jadi apa option marah yang selamat ?
🏑Tumbuk punching bag/bantal besar/sofa gemuk
🏑Lari sekeliling bulat sampai marah tak da /kurang banyak
🏑Cuci muka dengan air di sinki/bilik air, mandi juga bagus
🏑Cuci kuali, lantai/dinding toilet sampai kilat (akviti kasar tenaga kuat diperlukan)
🏑Tarik nafas dalam panjang sekurang nya 1 kali 3 saat (ni paling mahal dan macam sukar tapi sebenarnya paling efektif)
🏑Duduk, rendahkan posisi level badan (=rendahkan turun energi marah)
🏑Self Hypnoscript : sabar sabar sabar, astaghfirullah astaghfirullah astghfirullah
🏑Dan lain2 ikut energi marah di badan tu kat mana biasanya (tangan? /kaki ? /mulut?/hati ?) Maka kat situ jugalah digunakan cuma tukar aktiviti selamat lain aja
Ini ilmu basic aja cuma secara spesifik lagi, dalam #EHSABAR kita akan identifikasi energi emosi tertentu di mana di badan kita sendiri.
Boleh, boleh, boleh ---》 pause (tarik nafas panjang dalam) + switch posisi badan (change the habit, latih).
Anda bagaimana tahap sabar hari ini?
Refleksi harian sebelum berbuka puasa....
CARE ❤,
Maznah Ibrahim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan