Isnin, April 12, 2021

K992.ANAK TAK DAPAT SBP, MRSM, SMKA …

K992.ANAK TAK DAPAT SBP, MRSM, SMKA …
KINI DIA SEKOLAH HARIAN BIASA …
NO PROBLEM … TIADA MASALAH
.
Sek Sains, MRSM, SMKA dsb ….
- Umumnya kemudahan lebih baik
- Umumnya guru-guru lebih terpilih
- Umumnya prestasi pelajar lebih bagus.
.
Tetapi kalau anak kita:
.
- Rajin belajar
- Banyak membuat latihtubi
- Selalu buat ulangkaji
- Beri tumpuan sepenuhnya dalam kelas
- Tak faham berani bertanya
- Sentiasa bersedia sebelum kelas
- Rajin membaca selain buku teks sekolah
.
dan
.
Pandai pilih kawan
Turut aktif dalam ko-k sepadannya
Ikut memimpin kelab atau persatuan di sekolah
.
Maka SEKOLAH MANA pun dia  belajar tidak banyak perbezaannya.
.
Dan ingat ….
Dia mungkin berada di Sekolah Sains
Dia mungkin terpilih ke MRSM
Dia mungkin dapat tawaran ke SMKA
Dia mungkin pelajar Sekolah Integrasi, Sekolah Terpilih
.
Tetapi kalau dia
.
Tidak memberi tumpuan dalam kelas
Mengantuk ketika guru mengajar
Terbawa-bawa dengan games
Terlalu kabur halatuju dan cita impian
.
Maka sekolah mana dia belajar bukan isu sebenarnya.
.
Apa pun yang dapat tawaran ke Tingkatan 2 atau Tingkatan 4 sekolah terpilih – Sains, SMKA, MRSM, Integrasi dan yang setaraf dengannya … TAHNIAH.
.
Yang tidak dapat …
IT’S NOT THE END OF THE WORLD
.
Malah bimbing anak anda untuk membuktikan bahawa kejayaan ada di mana-mana sekolah sekalipun.
.
Anak saya sebagai contoh.
10 orang kesemuanya
- No. 1 : 
Tkn 1-3 sekolah terkawal, Tkn 4-5 dpt tajaan ke sekolah swasta 
- No. 2 : 
Tkn 1 SMKA Tktn 2 -5 sekolah harian biasa
-No. 3 :
Tkn 1 hingga 5 Sekolah Sains
- No 4 :
Tkn 1-2 sekolah harian, Tktn 4-5 sekolah Teknik
- No 5 :
Tkn 1 hingga 5 Sekolah Sains
- No 6 & 7 :
Sekolah agama di Sudah & Indonesia
A-Level di Perth, Australia 
- No. 8 :
Tkn 1 – 5 : Sekolah agama, sekolah harian biasa
- No 9 & 10 :
Sekolah agama Negeri
.
Bukan semua ke sekolah Sains.
Tiada seorang pun ke MRSM
Namun selepas itu semua berjaya ke IPT.
Ada yang ke luar negara.
.
Jadi bagi Mak dan Ayah yang rasa terkilan anak tidak berjaya ke sekolah pilihan yang diimpikan, tidak ada masalah sebenarnya.
Kalau dapat Alhamdulillah
Kalau tak dapat Alhamdulillah
.
Bantu mereka dari awal untuk menfaatkan sepenuhnya masa di sekolah mana sekali pun.
.
Nak bantu macam mana, itu akan kita bicarakan kemudian.
Terima kasih.
Dr Syukri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan