Sebenarnya senaman dan aktiviti di luar rumah dengan mendapat cahaya matahari adalah amat baik untuk otak dan emosi kita selain manfaat kepada badan fizikal kita tau 😍.
Otak kita akan merembeskan hormon serotonin,
iaitu hormon antistres, PENSTABIL EMOSI (mood stabiliser).
Bermakna ia positif dan baik sekali untuk emosi.
Manakala bila kurang cahaya matahari, rendah serotonin,
lebih dekat kepada kemurungan (depression).
Lepas atau semasa exercise tu, dapat pula hormon endorphine,
iaitu natural pain killer, mengurangkan persepsi terhadap kesakitan,
Kalau sakit hati dengan adik beradik bila bergaduh pun, relak aja tak sakit hati sangat, happy happy aja, emosi positif aja (yang selalu dan rutin senaman/tarian, geng ni memang positif orangnya, atau kanak-kanak yang aktif fizikal/sukan, kacau orang lagi suka suka hati).
Kalau kita perhatikan orang yang clinically depression memang tidak suka berjumpa orang, tidak mahu keluar rumah, apatah lagi bersenam di bawah cahaya matahari,
Sebaliknya mereka lebih gemar kepada berkurung diri di dalam rumah / bilik dan berada dalam kegelapan.
Tips ini baik untuk anak-anak dan #IbuBapaKini agar kekal sihat minda,
dan positif emosi.
Untuk anak, kuranglah tantrum yang kita tak dapat fahami,
sebab anak pun sudah dapat cahaya matahari, bergerak fizikal, dan dan dapat hormon antistres dia sendiri secara semulajadi 😊😊😊.
Emosi dia akan lebih positif, mood dia baik, senang beri kerjasama👍
Mak pak pun kurang stres sebab mereka.
Buat ya?
Pagi - tak panas sangat sekitar matahari dah keluar pagi tu, lakukan sekeluarga. Ia baik untuk kulit juga.
Petang juga - sekitar tak berapa panas, pukul 6 ke atas begitu, ha mainlah di luar rumah dapatkan cahaya matahari juga ya, mandi kolam ke apa-apalah.
Buat ya😃💪
CARE ♥,
Maznah Ibrahim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan