Jumaat, April 23, 2021

K995.ANAK BEBAS GUNA HANDPHONE

K995.ANAK BEBAS GUNA HANDPHONE
ANAK TIADA MATLAMAT DAN HALATUJU
DISASTER IS WAITING FOR THE PARENTS !
Cuma Parents Sedar atau Tidak Sedar !!
Tu Sahaja.
.
Anak kita baik ke ?
Rajin belajar ke?
Kuat solat ke ?
Selalu tolong Mak di dapur ke?
Memang sayang Mak Ayah ke ?
Kita keluarga susah ke, senang ke ?
Anak lelaki ke, perempuan ke ?
.....
Selagi dua perkara berikut serentak berlaku, semua yang di atas tidak menyekat :
.
(a) PERTAMA: 
BEBAS guna handphone sampai ke bilik tidur. Handphone Mak ke, handphone Ayah ke, lebih-lebih lagi handphone sendiri tak kisah.
BEBAS bermaksud Mak Ayah tak pernah check, lebih2 lagi kawal apa yang dia buat dengan handphone dan berapa lama dia berhandphone ! Kini anak berselindubg dgn handphone utk PdPR, untuk pembelajaran ... dan
.
(b) KEDUA:
Dia tidak ada matlamat dan cita impian tertentu.
Kalau pelajar sekolah rendah tiada matlamat khusus dan serious mahu cemerlang UPSR. Kalau sekolah menengah, tiada matlamat khusus dan serious untuk skor SPM atau mahu sambung belajar ke kolej-universiti tertentu. Tiada cita impian, tiada matlamat, tiada halatuju masa depan ! 
.
Kombinasi faktor PERTAMA dan KEDUA ini yang menimbulkan 1,001 masalah kepada ibu bapa. 
.
Terima kasih.
Sekadar Peringatan.
Dr.Shukri Abdullah (23.4.21)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan