Rabu, April 28, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)252-279s

Tafsir asas quran nota 9(302)252-279s

20 usul tafsir alquran

Sambungan  usul ke 17(mengetahui ayat-ayat menasakhkan dan ayat-ayat yang di mansukhkan

Dalil Ketiga ialah firman Allah berikut:

Ar-Ra'd 13:39
يَمْحُوا۟ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ وَيُثْبِتُۖ وَعِندَهُۥٓ أُمُّ ٱلْكِتَٰبِ 
Maksudnya: Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan disisiNyalah terdapat Ummul Kitab (Lauh mahfuzh).
(ar-Ra'd:39).

Sekali pandang tidak akan kelihatan di mana letaknya dalil tentang adanya hukum nasakh di dalam ayat ini. Tetapi golongan kedua tetap menjadikannya sebagai dalil. Kata mereka, itu dalil umum. Walaupun perkataan nasakh tidak tersebut di dalamnya, namun perkataan menghapuskan bukankah ada di situ? Nah itulah dalilnya! Menghapuskan ertinya bagi mereka ialah memansukhkan dan menetapkan pula bererti tidak memansukhkan. Sama ada ayat yang dimansukhkan atau tidak, semuanya ada di dalam Ummul-Kitab iaitu Lauh Mahfuz. Bukan ayat al-Qur'an sahaja yang dihapuskan dan ditetapkan oleh Allah, banyak lagi yang lain, tetapi menghapuskan dengan erti memansukhkan dan menetapkan dengan erti tidak memansukhkan ayat al-Qur'an adalah salah satu daripadanya. Kata mereka, oleh kerana di sini ada qarinah (petunjuk) yang menunjukkan bahawa yang dihapuskan dan ditetapkan oleh Allah ialah ayat alQur'an, maka itulah salah satu mafhumnya yang tidak harus diabaikan sama sekali, Qarinah yang dimaksudkan ialah ayat ke-38 sebelumnya. Ayat itulah yang menunjukkan perkataan menghapuskan seharusnya dipakai dengan erti memansukhkan dan menetapkan  dipakai dengan erti tidak memansukhkan. Cuba lihat ayat ke-38 di bawah ini:

Ar-Ra'd 13:38
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلًا مِّن قَبْلِكَ وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوَٰجًا وَذُرِّيَّةًۚ وَمَا كَانَ لِرَسُولٍ أَن يَأْتِىَ بِـَٔايَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِۗ لِكُلِّ أَجَلٍ كِتَابٌ 
Maksudnya: Dan demi sesungguhnya Kami telah mengutus beberapa orang Rasul sebelummu dan Kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan. Dan tidak ada hak bagi seseorang Rasul mendatangkan sesuatu ayat (mukjizat) melainkan dengan izin Allah. Bagi tiap-tiap masa ada perkara dan hukum (Ar Rad:38)

Bantahan Terhadap Dalil Ketiga.
Golongan kedua sekali lagi memakai perkataan آية di dalam firman Allah ini dengan erti ayat alQur'an. Firman Allah:
وَمَا كَانَ لِرَسولٍ أَن يَأْتِيَ بِئَايَةٍ آِلَّا بِإِذْنِ اللهِ
dengan terjemahan yang telah diberikan di ataş, iaitu: "Dan tidak ada hak bagi seorang Rasul mendatangkan sesuatu ayat (mu'jizat) melainkan dengan izin Allah", nampaknya tidak sesuai dengan selera golongan kedua. la mengikut selera mereka seharusnya diterjemahkan begini, "Dan tidak ada hak bagi seseorang Rasul mendatangkan sesuatu ayat (al-Qur'an setelah ayat-ayat tertentu dimansukhkan), melainkan dengan izin Allah.”

Cuba lihat berapa banyak tambahan perlu dimasukkan ke dalam kurangan () untuk memenuhi selera mereka? Padahal di mana terdapat isyarat dan petunjuk kepada ayat-ayat yang memansukhkan ayat-ayat tertentu yang dibawa oleh seseorang rasul?? Di mana pula terdapat isyarat dan petunjuk kepada ayat-ayat tertentu yang dimansukhkan???
Sebanyak-banyak terjemahan dan tafsir dalam bahasa Melayu/Indonesia saja pun, baik Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, Tafsir Departmen Agama Indonesia, Tafsir Prof. Mahmud Yunus, Tafsir AI-Furqaan A. Hasan, Tafsir al-Azhar Prof. HAMKA atau tafsir-tafsir lain, semuanya mentafsirkan perkataan آية di dalam ayat ke-38 Surah ar-Ra'd itü dengan mu'jizat atau hükum (syariat) dan tanda-tanda kebesaran Allah. Tidak ada satu pun daripadanya mentafsirkannya dengan ayat al-Qur'an yang memansukhkan mana-mana ayat lain di dalam al-Qur'an itü datangnya dengan izin Allah!

Lihat saja sebagai contohnya bagaimana Prof. Mahmud Yunus mentafsirkan ayat ke 38-39 Surah ar-Ra'd itü di dalam Tafsimya, 'Tafsir al-Qur'an al-Karim':

"Allah telah mengutus beberapa rasul sebelum Nabi Muhammad. Rasul itü tidak boleh mendatangkan ayat (tanda mukjizat), melainkan dengan izin Allah. Pada setiap masa rasul itü ada kitabnya yang tertentu yang berisi hukum-hukum yang sesuai dengan keadaan pada masa
itu. Sesetengah hukum-hukum itu ada yang dihapuskan Allah menurut kehendakNya kerana tidak sesuai lagi dengan masa yang kemudiannya dan sesetengahnya dikekalkan hukum-hukum itu sehingga masih dilaksanakan oleh umat yang kemudiannya, Hukum-hukum yang berubah-ubah itu ialah hukum-hukum syari'at seperti cara beribadat, muamalat dan sebagainya. Sedangkan iktikad atau keimanan kepada Allah, RasulNya, hari yang kemudian dan sebagainya, tidak berubah sejak zaman rasul-rasul terdahulu sampai kepada Nabi Muhammad, bahkan sehingga hari kiamat. Dan inilah yang disebut ibu kitab yang berisi hukum tetap yang tidak berubah selama-lamanya.

Maka syariat Nabi lsa menasikhkan (mengubah) syari'at Nabi Musa dan syari'at Nabi Muhammad menasikhkan syari'at Nabi 'Isa. Tetapi tentang keimanan kepada Allah yang Maha Esa tiadalah berubah pada setiap zaman rasul-rasul itu. Sebab itulah dalam al-Qur'an selalu ditegaskan, bahawa setiap rasul mengajak kaumnya kepada tauhid (mengesakan Tuhan)."

Tafsiran yang dipakai oleh golongan kedua jelas sekali tidak menepati konteks ayat. Ayat ke-38 berbicara tentang rasul-rasul yang diutus Allah dari Adam hingga Muhammad, semuanya adalah manusia yang tetap mempunyai sifat-sifat kemanusiaan. Mereka seperti manusia-manusia lain mempunyai isteri dan anak cucu. Para rasul juga mempunyai kelemahan sebagai manusia. Mereka tidak dapat bertindak sewenang-wenang dan sesuka hati dalam menyampaikan hukum dan syari'at. Mereka itu hanya menyampaikan apa yang dikehendaki Allah supaya disampaikan saja. Segala mu'jizat yang nyata pada para rasul tidak lebih dari kurniaan Allah semata-mata. Mereka tidak berhak dan tidak berkuasa untuk mengadakan mu'jizat sendiri. Mu'jizat yang dikurniai pula tidak boleh diguna mereka secara sewenang-wenang.

Nabi Musa sebagai contohnya, tidak akan dapat berbuat apa-apa dengan tongkatnya atas kehendaknya sendiri. Setiap mu'jizat tongkatnya keluar, terlebih dahulu mesti ada perintah Allah: "Lemparkan tongkatmu hai Musa!" Kalau tidak ada perintah, dia tidak berani. Walaupun tongkatnya telah berpuluh kali memperlihatkan keajaiban. Nabi kita Muhamad s.a.w. Israa' ke Baitul Maqdis dan Mikraaj ke langit, hanya sekali dalam hidupnya. Baginda tidak dapat melakukannya sesuka hati buat kali kedua, kalau tidak ada izin dan panggilan dari Tuhan. لكل أجل (Bagi tiap-tiap masa ada perkara yang ditentukan). Demikianlah ayat ke-38 ditutup.

Jika perkataan آية di dalam ayat ke-38 dipakai dengan erti ayat al-Qur'an yang memansukhkan ayat-ayat lain, maka ia akan menimbulkan banyak kekeliruan. Antaranya:

(i)la akan memberi erti, tidak ada seorang pun rasul melainkan telah membawa ayat al-Qur'an yang memansukhkan ayat yang lain dengan izin Allah. Soalnya, apakah setiap orang rasul datang dengan membawa ayat al-Qur'an Yang menasakhkan ayat lain? Apakah ayat nasikh dan ayat mansukh daripada al-Quran yang telah dibawa oleh rasul-rasul sebelum Nabi kita Muhammad s.a.w.?

(ii)Allah menerangkan bahawa beberapa orang rasul sebelum Muhammad juga diutus Allah dengan memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan, sebenarnya keterangan itu adalah untuk menyatakan bahawa para rasul sebagai manusia juga mempunyai keperluan dan kelemahan seperti manusia-manusia lain. Oleh itu adanya keperluan dan kelemahan pada mereka sebagai manusia sepatutnya tidak menimbulkan kehairanan. Adalah tidak wajar menolak seruan para rasul semata-mata kerana mereka juga mempunyai isteri dan anak cucu seperti kita? Lalu apakah kaitan rasul-rasul yang mempunyai sifat-sifat demikian dengan membawa ayat al-Qur'an yang memansukhkan ayat lain atau dimansukhkan dengan ayat al-Qur'an yang lain? Sedangkan apa yang dibawa oleh para rasul itu bukan al-Qur'an pun. Nabi Musa membawa Taurat. Nabi 'Isa membawa Injil. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain. Semua mereka membawa kitab atau suhuf masing-masing. Tiada siapa pun daripada mereka mereka membawa al-Qur'an? Yang membawa al-Qur'an hanyalah Nabi Muhammad saw. Jadi mengaitkan ayat ke-38-39 Surah arRa'd ini dengan bab nasakh ayat al-Qur'an adalah sesuatu yang di luar konteks.

Kesimpulannya ialah ayat ke-38-39 Surah ar-Ra'd lebih sesuai dikaitkan dengan syariat atau pun mukjizat yang diberi Allah kepada rasul-rasulNya. Ada syariat rasul terdahulu yang dihapuskan mujizat dan ada juga yang ditetapkan sehingga dapat terus dipakai oleh umat yang datang kemudian. Ada mu'jizat yang dihapuskan dan ada pula mu'jizat yang dikekalkan oleh Allah untuk rasul-rasul yang datang kemudian. Semuanya berlaku dengan izin Allah. Tiada satu pun daripada yang dihapuskan atau ditetap dan dikekalkan berlaku mengikut kehendak rasul-rasul iłu sendiri tanpa kebenaran daripada Allah.

Ayat ke-39 Surah ar-Ra'd itu oleh sesetengah 'ulama' ilmu 'aqidah dipakai dengan erti "qadha' muî allaq” dan ”qadha' mubram”. Qadha' mua allaq bererti ketetapan Allah yang masih lagi tergantung. la tergantung pada amalan atau tindakan tertentu makhluk. Qadha' mubram pula ialah ketetapan Allah yang memang telah putus. la tidak tergantung dengan apa-apa amalan pun. Firman Allah: يمحو الله ما يشاء mencerminkan "qadha' mu'allaq”, sementara  ويثبت pula mencerminkan ”qadha' mubram”. Kedua-dua qadha' atau qadar (taqdir) itu bagaimanapun sedia ada dalam ilmu Allah s.w.t. Atau sudah pun tercatat di dałam al-Lauh al-Mahfuzh. Itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah di hujung ayat berkenaan وعنده أم الكتاب (dan padaNya jua ada ilmu tentang semua itu).

Dalil Keempat ialah terdapat sekian banyak hadits yang menunjukkan ada ayat-ayat hukum tertentu dimansukhkan oleh ayat-ayat lain. Perkataan nasakh dengan jelas digunakan di dalam hadits-hadits berkenaan. Ini membuktikan sememangnya ada hukum di dalam al-Qur'an dimansukhkan dan digantikan dengan hukum lain menerusi ayat yang memansukhkannya. Sebagai contohnya ialah hadits berikut:
عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ { إِنْ تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ } فَكَانَتْ الْوَصِيَّةُ كَذَلِكَ حَتَّى نَسَخَتْهَا آيَةُ الْمِيرَاثِ
Maksudnya: "lbnu - Abbaas mentafsirkan firman Allah yang bermaksud: "Diwajibkan atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan karib kerabatnya secara ma'ruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertaqwa." (al-Baqarah:180).

Demikianlah hukum wasiat dahulu (untuk beberapa ketika). sehingga ia dimansukhkan oleh ayat pusaka (Hadits riwayat Abu Daud, alBaihaqi, ad-Daarimi dan lain-lain).

Ketika menghuraikan hadits ini Maulana Khalil Ahmad as-Saharanpuri di dalam Badzlu Majhudnya menulis (bermaksud): "Para 'ulama' berbeda pendapat tentang wasiat yang tersebut di dalam ayat 180 Surah ab-Baqarah ini- Adakah ia wajib atau tidak? Ada yang mengatakan ia tidak wajib. la hanya suatu yang sunat dan merupakan perintah irsyadi (perintah yang diberikan sebagai bimbingan untuk mendapat kebaikan duniawi, bukan sebagai wajib). Ada pula yang berpendapat, ia dahulunya difardhukan (diwajibkan), kemudian dimansukhkan. Orang-orang yang mengatakan ia wajib berbeda pendapat pula tentang sama ada ia dimansukhkan atau tidak. Ada yang mengatakan ia telah dimansukhkan, dan ada pula yang mengatakan ia tidak dimansukhkan. Abu Muslim al-lsfahani adalah antara tokoh yang berpendapat ia tidak dimansukhkan.

Orang-orang yang menerima ia dimansukhkan berbeda pendapat pula tentang naasikhnya. Ada yang mengatakan ia dimansukhkan dengan ayat pusaka. Ada pula yang mengatakan ia dimansukhkan dengan sabda Rasulullah s.a.w. berikut:
إن اللهَ أعطَى كلَّ ذي حقٍّ حقَّه فلا وصيةَ لوارث
Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah memberi kepada tiap-tiap yang berhak akan haknya, maka tiada lagi wasiat untuk waris. (Hadits riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmidzi, Nasaa'i, dan ad-Daaraquthni).

Mereka berbeda pendapat lagi. Ada yang mengatakan ia dimansukhkan untuk pewaris-pewaris dan juga bukan pewaris. Ada pula yang mengatakan ia dimansukhkan untuk pewaris sahaja. Yang terakhir ini adalah mazhab Ibnu 'Abbaas, al-Hasan al-Bashri, Masruq dan lain-lain. Bagi mereka ayat 1 80 Surah ab-Baqarah kekal (muhkam) menunjukkan kewajiban berwasiat untuk kerabat dan sanak saudara yang bukan pewaris. (Lihat Badzlul Majhus j.10 m/s 19).

Apa yang disebut oleh Maulana Khalil Ahmad as-Saharanpuri ini sebenarnya telah dikemukakan oleh al-Imam Fakhruddin ar-Razi di dalam Tafsirnya, at-Tafsir al-Kabir atau Tafsir mafatih alGahaib. Lihat Tafsir berkenaan j.2 m/s 234.

Dilihat dari sudut pandang para 'ulama' mutaqaddimin seperti Ibnu 'Abbaas, al-Hasan al-Bashri, Masruq dan lain-lain ayat 180 Surah ab-Baqarah itu tidak menepati ta'rif nasakh yang dipakai oleh golongan 'ulama' muta'akkhirin.

Bagi mereka ia tidak lebih daripada  تخصيص العام semata-mata. Kita telah membincangkan sebelum ini bahawa istilah nasakh juga dipakai oleh golongan mutaqaddimin dengan erti mentakhsiskan hukum yang umum.

Ringkasnya apa yang tersebut di dalam hadits-hadits sebagai nasakh ayat al-Qur'an sebenarnya adalah menurut istilah mutaqaddimin. Tidak ada satu pun ayat al-Qur'an yang disebutkan sebagai mansukh disepakati sepanjang sejarah umat Islam sebagai mansukh dengan erti yang dipakai di sisi 'ulama' mutaakkhirin. Golongan ketiga juga menerima nasakh dengan erti yang dipakai oleh golongan mutaqaddimin itu. Soal nasakh hadits dengan hadits, maka itu adalah suatu yang disepakati oleh semua orang tentang ada dan berlakunya.

Satu perkara yang perlu sekali diketahui tentang nasakh yang tersebut di dalam hadits-hadits, kebanyakannya adalah hadits aahaad. la sama sekali tidak harus dijadikan penentu terhadap sesuatu yang disepakati mutawatir seperti al-Qur'an. Bahkan termasuk salah satu usul dirayat hadits bahawa mana-mana hadits yang menggugat kemutawatiran al-Qur'an adalah maudhu' atau sekurang-kurangnya ia dha'if. Dalam masalah nasakh, hadits-hadits ahaad seperti itu tidak boleh sama sekali dijadikan sebagai penentu hagi mansukhnya mana-mana ayat yang mutawatir. Jika perkara seperti ini terdapat di dalam hadits-hadits yang sahih sanadnya, ia perlulah ditakwilkan dengan ta'wilan-ta'wilan yang sesuai dan tidak menggugat al-Qur'an yang mutawatir.

Beberapa Ayat-Ayat Al-Qur'an Yang Dimansukhkan Dengan hadits-hadits Ahad.

Golongan mutakkhirin yang menerima konsep nasakh ayat-ayat al-Qur'an menurut istilah mereka membahagikan ayat-ayat yang mansukh kepada beberapa bentuk berikut:
(i) Mansukh hukumnya sahaja, tidak tilawahnya.
(ii) Mansukh tilawahnya sahaja. tidak hukumnya.
(iii) Mansukh tilawah dan hukutnnya, kedua-dua sekali.

Walaupun ayat-ayat yang mansukh terbahagi kepada tiga bentuk ini, tetapi yang paling banyak antaranya berlaku dan terdapat di dalam al-Qur'an ialah yang pertama sahaja, iaitu ayat-ayat yang mansukh hukumnya sahaja, tidak tilawahnya. Bahagian inilah yang diterima oleh al-Imam Ibnu al-'Arabi dan Jalaluddin as-Suyuthi sebagai ayat-ayat yang menepati istilah nasakh menurut 'ulama' usul muta'akkhirin, meskipun mereka telah mengurangkan jumlahnya daripada lebih dua ratus ayat yang dikatakan mansukh kepada dua puluh sahaja. Daripada dua puluh itu, setelah diselidiki dan ditapis oleh al-Imam Shah Waliyyullah ad-Dehliwi. beliau hanya menerima lima sahaja sebagai mansukh yang menepati istilah mereka.

Yang kedua dan ketiga pada hakikatnya hanya ada pada sebutan sahaja. Kerana contoh yang dapat dikemukakan oleh mereka hanyalah satu atau dua sahaja untuknya.
Contoh yang dapat dikemuk'akan untuk bahagian (ii) iaitu ayat yang mansukh tilawahnya sahaja, tidak hukumnya hanya ada dua sahaja. ltulah yang disebut-sebut sebagai contoh oleh mana-mana pengarang pun yang menerima pembahagian tersebut. Mereka tidak mampu mengemukakan contoh lain selain itu. Sekarang mari kita lihat apakah ayat yang mansukh tilawahnya sahaja, tidak hukumnya itu:

Pertama:
حَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ وَحَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى قَالَا حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ يَقُولُ قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ وَهُوَ جَالِسٌ عَلَى مِنْبَرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 إِنَّ اللَّهَ بَعَثَ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْحَقِّ وَأَنْزَلَ عَلَيْهِ الْكِتَابَ فَكَانَ مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ آيَةُ الرَّجْمِ فَقَرَأْنَاهَا وَعَقَلْنَاهَا وَوَعَيْنَاهَا رَجَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجَمْنَا بَعْدَهُ فَأَخْشَى إِنْ طَالَ بِالنَّاسِ زَمَانٌ أَنْ يَقُولَ قَائِلٌ وَاللَّهِ مَا نَجِدُ آيَةَ الرَّجْمِ فِي كِتَابِ اللَّهِ فَيَضِلُّوا بِتَرْكِ فَرِيضَةٍ أَنْزَلَهَا اللَّهُ وَالرَّجْمُ فِي كِتَابِ اللَّهِ حَقٌّ عَلَى مَنْ زَنَى إِذَا أُحْصِنَ مِنْ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ إِذَا قَامَتْ الْبَيِّنَةُ أَوْ كَانَ الْحَبَلُ أَوْ الِاعْتِرَافُ
Bermaksud: Ibnu Abbaas meriwayatkan, "Kata 'Umar ketika beliau berada di atas mimbar Rasulullah s.a.w.: "Sesungguhnya Allah telah mengutuskan Muhammad dengan sebenar. Allah menurunkan kepadanya al-Kitab. Termasuklah dalam apa yang diturunkan kepadanya ayat rejam. Kami pernah membacanya, menghafalnya dan memahaminya. Selepas itu Rasulullah s.a.w. melaksanakan hukuman rejam dan kami juga melaksanakan hukuman itu selepasnya (selepas kewafatannya). Aku takut lama kelamaan orang berkata, "Kita tidak mendapati hukuman rejam di dalam kitab Allah." Lalu sesatlah mereka dengan sebab tidak melaksanakan satu kewajiban yang diturunkan oleh Allah. Sesungguhnya hukuman rejam di dalam kitab Allah itu benar terhadap penzina muhshan, baik dari kalangan lelaki mahupun perempuan apabila terbukti (dengan penyaksian empat orang saksi) atau ada kehamilan atau ada pengakuan. 
(Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ahmad, Ibnu Hibbaan, Tirmidzi, Daarimi dan lain-lain).

Demikianlah tersebut perkataan "ayat rejam" di dalam hadits ini tanpa teksnya. Teks ayat rejam hanya tersebut di dalam riwayat al-Isma'ili, an-Nasaa'i, al-Haakim dan lain-lain. Begini adanya:
الشَّيخُ والشَّيخةُ إِذَا زَنَيَا فارجُموهما البتَّةَ
Bermaksud; Orang tua lelaki dan perempuan, kalau berzina, maka rejamlah mereka secara pasti.

la dikemukakan juga oleh Malik di dalam Muwattha nya daripada Sa' id bin Musaiyyab secara mursal. Teksnya adalah seperti berikut:

إيَّاكُم أنْ تَهلِكوا عن آيةِ الرجمِ، [وأن يقولَ قائلٌ:] لا نجِدُ حدَّيْنِ في كتابِ اللهِ، فقد رأيتُ النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ قد رجَمَ، وقد رجَمْنا.والَّذي نَفْسي بيدِه
 لولا أن يقول الناس  زاد عمر بن الخطاب في كتاب الله تعالى ، لكتبتها : الشيخ والشيخة  -الشَّيخُ والشَّيخةُ إِذَا زَنَيَا فارجُموهما البتَّةَ- فَإِنَّا قَدْ قَرَأْنَاهَا
Bermaksud:Kemudian beliau ('Umar) berkata: "Janganlah pula kamu binasa kerana ayat rejam. .Janganlah  ada yang berkata "Kami tidak dapati dua had sebat dan rejam secara terperinci di dalam Kitab Allah." Kerana Rasulullah s.a.w. telah melaksanakan hukuman rejam dan kami juga telah melaksanakannya. Demi Tuhan yang nyawaku berada di tanganNya. Jikalau tidak kerana takut orang berkata, "Umar telah menambahkan (sesuatu) di dalam Kitab Allah,
niscaya aku menulisnya: 

(Maksudnya: Orang tua lelaki dan perempuan pastilah kamu merejam mereka). Kerana sesungguhnya kami memang telah membacanya."
الشَّيخُ والشَّيخةُ  فارجُموهما البتَّةَ
Tetapi tambahan teks ayat rejam di dalam riwayat Ibnu 'Abbaas tidak mahfuz. Kata Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fathul Baari j.2 m/s 143: "Mungkin Bukhari sendiri yang telah membuangnya dengan sengaja. An-Nasaa'i telah mengemukakannya daripada Muhammad bin Manshur daripada Sufran, sama seperti riwayat Ja'far al-Firyabi di dalam riwayat al-Isma'ili dengan tambahan teks ayat rejam."

Kemudian Hafiz Ibnu Hajar berkata, "Aku tidak mengetahui ada sesiapa menyebutkan di dalam hadits ini teks ayat rejam: الشَّيخُ والشَّيخةُ itu selain Sufyan. Semestinya beliau telah waham dalam perkara ini. Bagi saya, sekian ramai para imam dan huffaaz hadits mengemukakan hadits ini melalui riwayat Malik, Yunus, Ma'mar, Saleh bin Kaisan, qail dan lain-lain daripada az-Zuhri. Tetapi tidak pula mereka menyebutnya.

Sambungan 2

Maulana Muhammad Taqi al-'Utsmani di dalam Takmilah Fathul Mulhim j.8 m/s 358 setelah mengemukakan riwayat di atas dan perbincangan mengenainya, menulis begini:
"Apa yang masyhur di kalangan orang ramai ialah ayat rejam itu telah dimansukhkan tilawahnya, tidak hukumnya. Bagaimanapun setelah diteliti riwayat-riwayat dalam bab ini ternyata ia bukan sebahagian daripada al-Qur'an sama sekali. la sebenarnya tidak lebih daripada satu ayat daripada ayat-ayat Kitab Taurat atau lain-lain kitab Bani Israil. Oleh kerana Allah menetapkan hukumnya untuk umat ini, maka digunakanlah perkataan "diturunkan" secara majaz (bahasa kiasan). la tidak bermaksud turunnya itu adalah sama seperti turunnya ayat-ayat al-Qur'an yang lain. Apa yang dimaksudkan hanyalah turunnya perintah Allah memperakui hukumnya."





Sebagai bukti ia merupakan satu ayat Kitab Taurat, Maulana Muhammad Taqi al Utsmani mengemukakan satu riwayat yang dikemukakan oleh at-Thabari di dalam Tafsirnya. Riwayat itu mengandungi pertanyaan Rasulullah s.a.w. terhadap 'Abdullah bin Shuriya, seorang pendeta Yahudi yang dianggap paling alim oleh orang-orang Yahudi, tentang hukuman terhadap penzina muhshan di dalam Kitab Taurat. Setelah beliau bertubi-tubi ditanya oleh Rasulullah s.a.w. dengan bersumpah dengan nama Allah dan Kitab Taurat yang diturunkan kepada Musa di atas bukit Sinai, akhimya 'Abdullah bin Shuriya membaca:
الشَّيخُ والشَّيخةُ  فارجُموهما البتَّةَ
(Maksudnya: Orang tua lelaki dan perempuan, kamu rejamlah mereka secara pasti). Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w. pada ketika itu, "Itulah hukumnya yang sebenar."

Riwayat itu jelas menunjukkan 'Abdullah bin Shuriya telah membacanya sebagai satu ayat daripada Kitab Taurat. Dan ia dibenarkan oleh Nabi s.a.w. Hukuman rejam yang tersebut didalamnya pula diperakui baginda. Tidak adanya teks seperti itu di dalam Kitab Taurat yang ada sekarang tidak boleh dijadikan bukti kepada kepalsuan riwayat yang dikemukakan oleh atThabari itu, kerana sebagaimana diketahui semua orang, Kitab Taurat yang ada hari ini telah mengalami banyak sekali penyelewengan dan tokok tambah oleh pelbagai pihak tidak  bertanggungjawab.

Setelah itu Maulana Muhammad Taqi al-A Utsmani mengemukakan pula tiga hadits sebagai dalil ayat itu bukan sebahagian daripada ayat al-Qur'an. Salah satunya adalah hadits berikut ini:
عن خالته العجماء قالت سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول
الشَّيخُ و الشَّيخةُ الزانيةُ إذا زنَيا فارجموهما البتَّةَ    إذا زنيا فارجموهما بما قضيا من اللذةِ
Maksudnya: Berkata al-'Ajmaa', "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
الشَّيخُ و الشَّيخةُ الزانيةُ إذا زنَيا فارجموهما البتَّةَ    إذا زنيا فارجموهما بما قضيا من اللذةِ
Orang tua lelaki dan perempuan kalau berzina, maka pastilah kamu merejam mereka disebab mereka telah memuaskan nafsu). (Hadits riwayat at-Thabaraani di dalam al-Mu'jamu al-Kabirj.24 m/s 350).

Hafiz Ibnu Hajar mengemukakan hadits ini di dalam at-Talkhis al-Habirj.4 m/s 51 dan al-Ishabah j.4 m/s 352 tanpa mempertikaikannya. Setelah al-Haitsami mengemukakannya di dalam Majma' az-Zawa'id j.6 m/s 265, beliau berkata, "Perawi-perawinya adalah perawi-perawi sahih."

Hadits ini jelas menunjukkan apa yang dianggap sebagai ayat rejam itu dinukilkan oleh al'Ajmaa', seorang sahabat perempuan Nabi s.a.w. sebagai sabda Baginda, bukan sebagai ayat alQur'an.

Kata-kata Saiyyidina 'Umar yang dinukilkan oleh Malik di dalam Muwatha' seperti telah dikemukakan sebelum ini bahawa:
...ثم قال:إيَّاكُم أنْ تَهلِكوا عن آيةِ الرجمِ، [وأن يقولَ قائلٌ:] لا نجِدُ حدَّيْنِ في كتابِ اللهِ، فقد رجم رسول اللهِ صلى الله عليه وسلم ورجمنا ، والذي نفسي بيده  لولا أن يقول الناس زاد عمر نب الخطاب الله تعالى لكتبتها 
الشَّيخُ و الشَّيخةُ  فارجموهما البتَّةَ  -فإنا قد قرأناها
Bermaksud: Kemudian beliau ('Umar) berkata: "Janganlah pula kamu binasa kerana ayat rejam. Jangan pula ada  yang berkata: "Kami tidak dapati dua had (sebat dan rejam secara terperinci) di kitab Allah. Kerana Rasulullah s.a.w. telah melaksanakan hukuman rejam dan kami juga telah melaksanakann hukumannya. Demi Tuhan yang berada di tanganNya. Jikalau tidak kerana takut orang berkata : Umar telah menambahkan (sesuatu) di dalam Kitab Allah, niscaya aku  menulisnya الشَّيخُ و الشَّيخةُ  فارجموهما البتَّةَ  
(Maksudnya: Orang tua lelaki dan perempuan, kamu rejamlah mereka secara pasti). 
Kerana sesungguhnya kami memang telah membacanya."

Itu bukanlah bermaksud menulisnya sebahagian daripada al-Qur'an. Sebaliknya bermaksud  sebagai tafsir secara terpisah daripada teks al-Qur'an.

Buktinya ialah atsar yang dikemukakan oleh Ahmad di dalam Musnadnya sebagai berikut:
ولولا أنْ يقولَ قائلونَ: زادَ عُمَرُ في كتابِ اللهِ عزَّ وجلَّ ما ليس منه، لَكتَبتُه في ناحيةٍ مِن المصحفِ
Bemaksud: Jikalau tidak kerana takut orang berkata, "'Umar telah menambahkan (sesuatu) di d21am Kitab Allah s.w.t., nisca>a aku menulisnya di tepi Mushaf." (Musnad Ahmad j. I m/s 296). 

Tetapi isnad atsar ini dha'if kerana dha'if dua orang perawinya, iaitu 'Ali bin Zaid bin Jud'aan dan Yusuf bin Mihraan.

Kalau ia sememangnya sebahagian daripada ayat al-Qur'an, kenapa ia hendak ditulis di tepi oleh 'Umar?

Syeikh Abdul Muta'al al-Jabri di dalam bukunya "an-Nasikh al-Mansukh" menukilkan al-Qadhi Abu BakT al-Baqillani (m.403H) di dalam Kitabnya "al-Intishar Lil Qur'an" bahawa Umar dan lain-lain yang mendakwa adanya (ayat-ayat) al-Qur'an yang mansukh tilawah adalah riwayat-riwayat aahaad yang tidak boleh dijadikan pegangan." Ini bererti bagi beliau, apa yang disabitkan oleh hadits-hadits aahaad itu adalah tidak tsabit. (Lihat an-Nasikh Wa alNfansukh fit's 49).

Az-Zarkasyi (m.794H) di dalam al-Burhannya berkata, "Al-Qadhi Abu Bakr al-Baqillani di dalam Kitabnya —al-Intishaar" menyebutkan bahawa, "Sekumpulan ulama tidak menerima pembahagian ini (adanya ayat-ayat al-Qur'an yang mansukh tilawahnya sahaja, tidak hukumnya). Kerana hadits-hadits yang menyabitkannya adalah hadits-hadits aahaad. Kita tidak boleh berpegang (dan percaya) tentang turunnya al-Qur'an dan mansukhnya al-Qur'an dengan hadits-hadits aahaad yang tidak harus dijadikan hujah dalam perkara (seperti) ini" (Al-Burhaan Fi 'Ulum al-Quran j.2 m/s 40).

Abu 'Abdillah bin Zafar bin Muhammad as-Shiqli (rn.568H) juga menolak hadits 'Umar itu dengan kata beliau: "Hadits aahaad tidak menyabitkan al-Quran." (Lihat 'Abdul Mutzŕal al-Jabri - an-Nasikh Wa al-Mansukh m/s 49).

Abu Ishaq as-Syirazi (m.476H) di dalam al-Luma'nya menulis, "Sekumpulan ulama berkata: ''Tidak harus dinasakhkan tilawah di samping dikekalkan hukumnya. Kerana hukum mengikut tilawah. Maka tidak harus yang asal (tilawah) hilang dan yang mengikut pula kekal. (Lihat alLuma' Fi Usul al-Fiqh m/s 58).

Ă Allamah Rasyid Ridha berkata: ”Adapun dalil tentang berlakunya (mansukh tilawah ayat sahaja, tidak hukum yang terkandung di dalamnya) ialah beberapa riwayat daripada sahabat. Walaupun isnadnya disahihkan oleh tokoh seperti Bukhari, namun matannya tetap mengandungi kemusykilan seperti beberapa hadits lain di dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan selain keduanya. "

Beliau juga berkata: "Ringkas ceritanya ialah tidak ada satu pun hadits yang sahih sanadnya berhubung dengan perkara ini selain daripada kata-kata  Umar berhubung dengan الشيخ والشيخة إذا زنيا . Dan ia (hanya) merupakan riwayat aahaad... Saya tidak menganggapnya sahih, walaupun ia diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. (Lihat as-Syeikh Muhammad Rasyid Ridha — Majallah al-Manaar j.7 m/s 612, Tamir Muhammad Mahmud Mutawalli - Manhaj asSyeikh Muhammad Rasyid Ridha Fi al-' Aqidah m/s 120).

Ayat الشيخ والشيخة إذا زنيا  yang dikatakan sebagai ayat al-Qur'an yang tetapi dimansukhkan tilawahnya tetapi hukumnya tetap kekal itu jika diperhatikan dengan saksama niscaya akan kelihatan kepada anda kelemahan ertinya dan juga ketidaktetapan lafaznya. Di bawah ini dikemukakan beberapa versinya yang berbeda-beda menunjukkan ketidaktetapan lafaznya, dan ini secara tidak langsung membuktikan ia bukan al-Quran. Di dalam riwayat-riwayat ahli asSunnah sahaja terdapat 13 versinya. Di dalam riwayat-riwayat Syi'ah pula terdapat 12 versinya.

Berikut adalah 13 versinya yang terdapat di dalam riwayat-riwayat ahli as-Sunnah:
الشيخ والشيخة إذا زنيا فارجموهما ألبتة
إذا زنى الشيخ والشيخة فارجموهما ألبتة

إذا زنى الشيخ والشيخة فارجموهما ألبتة نكالا من الله والله عزيز حكيم

إذا زنيا الشيخ والشيخة فارجموهما ألبتة نكالا من الله والله عزيز حكيم

الشيخ والشيخة إذا زنيا فارجموهما ألبتة نكالا من الله والله عزيز حكيم

الشيخ والشيخة إذا زنيا فارجموهما ألبتة نكالا من الله والله عليم حكيم

الشيخ والشيخة إذا زنيا فارجموهما ألبتة نكالا من الله ورسوله

والشيخ والشيخة إذا زنيا فارجموهما  نكالا من الله من الله ورسوله

الشيخ والشيخة إذا زنيا فارجموهما ألبتة  ورسوله

الشيخ والشيخة إذا زنيا فارجموهما ألبتة بما قضيا من الذة

الشيخ والشيخة إذا زنيا فارجموهما ألبتة بما قضيا من الذتهما

Dibawah ini pula dikemukakan 12 versinya sebagaimana terdapat di dalam riwayat-riwayat  Syiah.

الشيخ والشيخة  فارجموهما ألبتة بما قضيا الشهوة

والشيخ والشيخة  فارجموهما ألبتة بما قضيا الشهوة

الشيخ والشيخة  فارجموهما ألبتة فإنهما قضيا الشهوة

الشيخ والشيخة إذا فارجموهما ألبتة فإنهماقد قضيا الشهوة

الشيخ والشيخة إذ زنيا فارجموهما ألبتة لإنهما قضيا الشهوة

الشيخ والشيخة إذا فارجموهما ألبتة بمالأ قضيا الشهوة

إذا زني الشيخ والشيخة إذا فارجموهما ألبتة فإنهما قضيا الشهوة

الشيخ والشيخة إذا  زنيا فارجموهما ألبتة لأنهما فإنهما قد ضيا شهوتهما

الشيخ والشيخة إذا زنيا فارجموهما ألبتة  نكالا من الله  والله شديد العقاب 

الشيخ والشيخة إذا زنيا فارجموهما ألبتة فإلبتة قضيا الشهوة نكالا من والله عليم حكيم

والشيخ والشيخة إذا زنيا فارجموهما ألبتةفإنئما قضيا الشهوةجزاء بماكسبا نكالا من والله عليم حكيم

الشيخ والشيخة 

Perbedaan yang begitu ketara pada sekian banyak versi-versi seperti  dikemukakan diatas dengan jelas menunjukkan benarlah apa yang difirmankan oleh Allah di dalam al-Quran

An-Nisa' 4:82
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلْقُرْءَانَۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ ٱللَّهِ لَوَجَدُوا۟ فِيهِ ٱخْتِلَٰفًا كَثِيرًا 
Bermaksud: Maka apakah mereka tidak memperhatikan AI-Quran? Kalau kiranya AI-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak didalamnya (anNisaa':82).

Dilihat dari sudut maknanya pula ia terlalu lemah. Perkataan الشيخ والشيخة difahami memberi makna Ielaki dan perempuan yang telah berkahwin secara sah, padahal ia lelaki dan perempuan tua (yang berzina)! Untuk memberi makna lelaki dan perempuan yang telah berkahwin secara sah di dalam bahasa Arab digunakan perkataan lain seperti المحصن والمحصنةdan sebagainya, bukan perkataan الشيخ والشيخة. Perkataan  الشيخ والشيخة terlalu kabur untuk  memberi makna lelaki dan perempuan yang telah berkahwin secara sah. Lelaki dan perempuan tua pula masih kabur dalam memberi maknanya. Kerana adakah kedua-duanya semestinya telah berkahwin atau tidak?

Tidak jelas daripada dua perkataan itu. Berapa pula umur orang lelaki dan perempuan yang dikatakan tua itu? Lelaki dan perempuan muda yang telah berkahwin secara sah adakah termasuk dalam mafhumnya atau tidak? Dan banyak lagi kemusykilan yang lain mungkin timbul daripada penggunaan perkataan   الشيخ والشيخة itu sahaja pun!

Kedua:
 حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ وَسَهْلُ بْنُ يُوسُفَ عَنْ سَعِيدٍ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَاهُ رِعْلٌ وَذَكْوَانُ وَعُصَيَّةُ وَبَنُو لَحْيَانَ فَزَعَمُوا أَنَّهُمْ قَدْ أَسْلَمُوا وَاسْتَمَدُّوهُ عَلَى قَوْمِهِمْ فَأَمَدَّهُمْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِسَبْعِينَ مِنْ الْأَنْصَارِ قَالَ أَنَسٌ كُنَّا نُسَمِّيهِمْ الْقُرَّاءَ يَحْطِبُونَ بِالنَّهَارِ وَيُصَلُّونَ بِاللَّيْلِ فَانْطَلَقُوا بِهِمْ حَتَّى بَلَغُوا بِئْرَ مَعُونَةَ غَدَرُوا بِهِمْ وَقَتَلُوهُمْ فَقَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَبَنِي لَحْيَانَ قَالَ قَتَادَةُ وَحَدَّثَنَا أَنَسٌ أَنَّهُمْ قَرَءُوا بِهِمْ قُرْآنًا أَلَا بَلِّغُوا عَنَّا قَوْمَنَا بِأَنَّا قَدْ لَقِيَنَا رَبَّنَا فَرَضِيَ عَنَّا وَأَرْضَانَا ثُمَّ رُفِعَ ذَلِكَ بَعْدُ

Bermaksud: Sesungguhnya Nabi s.a.w. rumah didatangi puak Ri'l Dzakwan 'Ushaiyyah dan Banu Lahyaan. Mereka mendakwa telah memeluk agama Islam. Bantuan daripada Nabi saw diminta mereka untuk mempertahankan puak masing-masing (daripada gangguan dan serangan musuh). Maka Nabi s.a.w. membantu mereka dengan menghantar tujuh puluh orang sahabat dari kalangan Anshaar. Kata Anas, "Kami menamakan (dan mengenali) mereka sebagai Qurraa' (orang-orang yang arif tentang Qur'an), Di waktu siang mereka mencari rezeki dengan mencari kayu api. Di waktu malam pula mereka bersembahyang (beribadat). Setelah mereka dibawa hingga ke Bi'ri Ma' unah, rnereka dikhianati dan semua mereka dibunuh. Kerananya Nabi s.a.w. berqunut selama sebulan, di mana Baginda mendoakan keburukan terhadap puak Ri'l, Dzakwan dan Banu Lahyaan. Kata Qataadah, "Anas menceritakan kepada kami bahawa mereka (para sahabat) pernah membaca (ayat?) Qur'an tentang mereka (sahabat-sahabat yang terbunuh di Bi'ri Ma'unah itu begini);
 أَلَا بَلِّغُوا عَنَّا قَوْمَنَا بِأَنَّا قَدْ لَقِيَنَا رَبَّنَا فَرَضِيَ عَنَّا وَأَرْضَانَا 
(Ketahuilah! Sampaikanlah kepada kaum kami tentang kami, bahawa kami telah menemui Tuhan kami. Dia redha kepada kami dan telah membuatkan kami berpuas hati). la (ayat itu) kemudiannya diangkat (dimansukh).
(Hadits riwayat Bukhari).

(ii)
 حَدَّثَنِي عَبْدُ الْأَعْلَى بْنُ حَمَّادٍ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ زُرَيْعٍ حَدَّثَنَا سَعِيدٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رِعْلًا وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ اسْتَمَدُّوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى عَدُوٍّ فَأَمَدَّهُمْ بِسَبْعِينَ مِنْ الْأَنْصَارِ كُنَّا نُسَمِّيهِمْ الْقُرَّاءَ فِي زَمَانِهِمْ كَانُوا يَحْتَطِبُونَ بِالنَّهَارِ وَيُصَلُّونَ بِاللَّيْلِ حَتَّى كَانُوا بِبِئْرِ مَعُونَةَ قَتَلُوهُمْ وَغَدَرُوا بِهِمْ فَبَلَغَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو فِي الصُّبْحِ عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ قَالَ أَنَسٌ فَقَرَأْنَا فِيهِمْ قُرْآنًا ثُمَّ إِنَّ ذَلِكَ رُفِعَ بَلِّغُوا عَنَّا قَوْمَنَا أَنَّا لَقِينَا رَبَّنَا فَرَضِيَ عَنَّا وَأَرْضَانَا وَعَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ حَدَّثَهُ أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَنَتَ شَهْرًا فِي صَلَاةِ الصُّبْحِ يَدْعُو عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لِحْيَانَ
Bermaksud: Qataadah meriwayatkan daripada Anas r.a., (katanya): Bahawa sesungguhnya puak Ri'l, Dzakwan, 'Ushaiyyah dan Banu Lahyaan telah meminta pertolongan kepada Rasulullah s.a.w. untuk mereka menghadapi musuh. Maka Rasulullah s.a.w. menghantar kepada mereka seramai tujuh puluh orang Anshaar sebagai bantuan. Kami namakan mereka semasa mereka hidup dahulu sebagai al-Qurraa' (orang-orang yang arif tentang Qur'an). Kerja mereka di waktu siang (untuk mencari rezeki) ialah mencari kayu api. Di waktu malam pula mereka bershalat (beribadat). Setelah mereka sampai di Bi'ri Ma'unah mereka dibunuh dan dikhianati (oleh pengiring-pengiring mereka). Lalu berit,q tentang mereka sampai kepada Nabi s.a.w. Krnnya Nabi s.a.w. berqunut dalam shalat Subuh selama sebulan sebagai mendoakan keburuan terhadap beberapa qabilah 'Arab tersebut, iaitu Ri'lDzakwan,Ushaiyyah dan Banu  Lahyaan Anas, "Selepas peristiwa itu kami membaca (ayat) Qur'an tentang mereka. Kemudiannya ia (ayat itu) diangkat (mansukh). أَلَا بَلِّغُوا عَنَّا قَوْمَنَا بِأَنَّا قَدْ لَقِيَنَا رَبَّنَا فَرَضِيَ عَنَّا وَأَرْضَانَا(Sampaikanlah kepada kaum kami tentang kami, bahawa kami telah menemui Tuhan kami. Dia redha kepada kami dan telah membuatkan kami berpuas hati).

Diriwayatkan daripada Qataadah daripada Anas bin Malik, beliau menceritakan kepadanya: Bahawa Nabi Allah s.a.w. berqunut di dalam shalat Subuh selama sebulan sebagai mendoakan keburukan terhadap beberapa qabilah 'Arab tersebut, iaitu puak RPI, Dzakwan, 'Ushaiyyah dan Banu Lahyaan. (Hadits riwayat al-Bukhari).

Selain Bukhari, pengarang kitab-kitab hadits yang lain seperti Malik, Muslim, Ahmad, Abu Daud. an-Nasaa'i, at-Tirmidzi, Abu Ya'la, at-Thabaraani, Baihaqi dan lain-lain juga turut meriwayatkannya di dalam kitab-kitab mereka.

Hadits di atas juga dijadikan dalil oleh golongan kedua tentang adanya apa yang dinamakan mereka sebagai ayat al-Qur'an yang mansukh tilawahnya sahaja tidak hukumnya. Tidakkah tersebut dengan jelas di dalamnya kata-kata Anas bahawa;  بَلِّغُوا عَنَّا قَوْمَنَا أَنَّا لَقِينَا رَبَّنَا فَرَضِيَ عَنَّا وَأَرْضَانَا (Sampaikanlah kepada kaum kami tentang kami, bahawa kami telah menemui Tuhan kami. Dia redha kepada kami dan telah membuatkan kami berpuas hati), itu adalah ayat al-Qur'an yang pernah turun berkenaan dengan para sahabat yang dikhianati dan dibunuh di Bi'ri Ma'unah, kemudian ia diangkat atau dimansukh?

Bagi mereka itu adalah dalil keduanya.

Golongan ketiga pula tidak bersedia menerima hadits itu sebagai dalil yang sah untuk adanya apa yang dinamakan sebagai ayat al-Qur'an yang mansukh tilawahnya sahaja tidak hukumnya. Bagi mereka al-Qur'an adalah mutawatir. Setiap ayatnya mutawatir. Tidak akan tsabit sesuatu ayat alQur'an dengan hadits aahaad seperti itu. Tidak akan tsabit juga mansukhnya sesuatu ayat alQur'an dengan hadits-hadits aahaad seperti itu. Jika diterima pun sahih kerana sahih sanadnya, tetap juga ia tidak sampai ke peringkat mutawatir. Bagaimana akan diterima dan dipercayai    بَلِّغُوا عَنَّا قَوْمَنَا أَنَّا لَقِينَا رَبَّنَا فَرَضِيَ عَنَّا وَأَرْضَانَا itu sebagai ayat al-Qur'an, sedangkan ia tidak mutawatir? Apa yang dikatakan sebagai ayat al-Qur'an yang mansukh tilawahnya sahaja tidak hukumnya ini jika diteliti dengan saksama, tidak menepati syarat nasakh yang diterima pakai oleh golongan kedua sendiri. Antara syarat sesuatu ayat boleh dikaitkan dengan hukum nasakh sama ada sebagai mansukh atau naasikh ialah ia berkaitan dengan hukum-hakam syari'at. Dan ia bukan merupakan cerita (khabar) tentang sesuatu perkara. Sedangkan apa yang dikatakan ayat al-Qur'an itu tidak ada pun berkaitan dengan hukum-hakam dan ia pula merupakan cerita semata-mata. Jadi bagaimana pula ia akan dimansukhkan? Mana pula ayat yang merupakan naasikhnya?? Apakah ayat yang dianggap telah dimansukhkan itu sudah tidak benar kandungannya atau tidak boleh dipakai lagi isinya? Ini adalah suatu yang bukan sahaja menggugat kemutawatiran al-Qur'an, malah menggugat juga akidah. Kerana Allah sendiri seolah-olahnya telah mendustakan ceritanya yang pernah terkandung di dalam al-Qur'an!!

Sesetengah ulama' memilih jalan ta'wil dałam menghadapi hadits ini. Menurut mereka, kata-kata Anas أَنَّهُمْ قَرَءُوا بِهِمْ قُرْآنًا  atau قَرَءُوا فِيهِمْ قُرْآنًا itu bukanlah bermakna أَلَا بَلِّغُوا عَنَّا قَوْمَنَا بِأَنَّا قَدْ لَقِيَنَا رَبَّنَا فَرَضِيَ عَنَّا وَأَرْضَانَا adalah benar-benar ayat al-Qur'an, malah perkataan قُرْآنًا di situ dari segi i'rabnya dinashabkan dengan sebab dibuang sesuatu yang mengkhafadhkannya. Ertinya perkataan itu adalah منصوب بنزع الخاففض. Anda boleh mentaqdirkan sebelumnya sama ada ك (harf jar), dan dengan itu ia akan menjadi كقرآن , atau مثل  sebagai mudhaf, dan dengan itu ia akan menjadi مثل قرآن. Maksud kedua-duanya sama iaitu seperti atau macam al-Qur'an. Maka maksud kata-kata Anas itu ialah mereka (para sahabat) atau kami (para sahabat) pernah membaca أَلَا بَلِّغُوا عَنَّا قَوْمَنَا بِأَنَّا قَدْ لَقِيَنَا رَبَّنَا فَرَضِيَ عَنَّا وَأَرْضَانَا
itu seperti atau macam (kami membaca) al-Qur'an.
Ini kerana sesuatu perkara yang dianggap amat penting, diajar oleh Nabi s.a.w. kepada para sahabat sebagaimana Baginda mengajar mereka al-Qur'an. Sebagai contohnya lihat saja kata-kata Ibnu 'Abbaas ini:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَا التَّشَهُّدَ كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنْ الْقُرْآنِ فَكَانَ يَقُولُ التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ

Maksudnya: Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada kami hasyahhud” seperti mana Baginda mengajarkan kepada kami al-Qur'an. Kata Baginda:التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ
(Hadits riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, Nasaa'i, Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah, al-Bazzaar dan lain-lain).

Di dalam al-ltqaan tersebut beberapa lagi riwayat yang menyatakan terdapat ayat tertentu yang dimansukhkan tilawahnya, walaupun ia bukan merupakan ayat hukum. Malah terdapat juga beberapa riwayat yang menyatakan surah tertentu, seperti Surah Ahzab sebelum dimansukhkan adalah lebih kurang sama panjangnya dengan Surah al-Baqarah. Tetapi tidak pula țersebut di dalamnya tentang ayat-ayat naasikhnya. Riwayat-riwayat iłu boleh dikatakan semuanya bermasalah. Jika ada pun yang sahih, tetap juga tidak boleh dijadikan hujah dalam persoalan seperti ini. Kerana ia tentunya menggugat kemutawatiran al-Qur'an. Sedangkan ia tidak lebih daripada hadits-hadits aahaad sahaja. Selain itu ia juga tidak menepati syarat nasakh yang ditentukan oleh pihak yang menerima konsep nasakh sekalipun.

Contoh yang dapat dikemukakan untuk bahagian (iii) pula iaitu ayat yang mansukh tilawah dan hukumnya, kedua-dua sekali ialah seperti tersebut di dalam atsar 'Aaishah berikut, kata beliau:
كان فيما أُنزِل مِن القرآنِ عشرُ رضَعاتٍ معلوماتٍ يُحرِّمْنَ ثمَّ نُسِخْنَ بخَمْسٍ معلوماتٍ فتُوفِّي رسولُ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم وهنَّ ممَّا نقرَأُ مِن القرآنِ
Bermaksud: Antara ayat al-Qur'an yang pernah diturunkan ialaعَشْرُ رَضَعَاتٍ يُحَرِّمْنِ
(sepuluh kali penyusuan yang ma'lum mengharamkan). Kemudian ia dimansukhkan dengan lima kali penyusuan yang ma'lum. Setelah itu Rasulullah s.a.w. wafat, dalam keadaan ia termasuk dalam ayat al-Qur'an yang masih dibaca. 
(Hadits riwayat Malik, Muslim, an-Nasaa'i, Ibnu Hibbaan. al-Baihaqi dan lain-lain).

Zahir atsar 'Aaishah ini menunjukkan bahagian ayat yang menyatakan lima kali penyusuan menjadikan anak yang disusui, mahram bagi penyusu dan orang-orang tertentu yang ada kaitan dengannya masih ada di dalam al-Qur'an dan ia masih dibaca sehingga Rasulullah s.a.w wafat. Seolah-olahnya yang dimansukhkan tilawahnya hanyalah bahagian ayat yang menyatakan sepuluh kali penyusuan menjadikan anak yang disusui, mahram bagi penyusu dan orang-orang tertentu yang ada kaitan dengan penyusunya sahaja, padahal kedua-dua bahagian tersebut dimansukh tilawahnya. Kerana itulah kedua-duanya tidak terdapat di dalam al-Qur'an yang ada hingga ke hari ini.

Ertinya ialah hukum sepuluh kali penyusuan menjadikan anak yang disusui, mahram bagi penyusu dan orang-orang tertentu yang ada kaitan dengan penyusunya mansukh dengan bahagian ayat yang menyatakan lima kali penyusuan sahaja. Adapun lima kali penyusuan, maka hukumnya tidak dimansukhkan. Meskipun tilawahnya juga di mansukhkan. la menjadikan anak yang disusui, mahram bagi penyusu dan orang-orang tertentu yang ada kaitan dengan penyusunya. Jadi yang diterima sebagai mansukh tilawah dan hukumnya hanyalah sepuluh kali penyusuan menjadikan anak yang disusui, mahram bagi penyusu dan orang-orang tertentu yang ada kaitan dengan pemusunya sahaja.

Demikianlah atsar itu diterima pakai oleh sekian ramai 'ulama'. Sementara segolongan ulamak yang lain pula tidak menerima apa yang disebutkan sebagai ayat al-Qur'an di dalam atsar itu sebagai al-Qur'an, kerana ia hanya hadits aahaad. Sebagaimana sedia dimaklumi, bagi mereka alQuran tidak tsabit dengan hadits aahaad. Setiap ayat al-Qur'an adalah mutawatir. Hadits aahaad juga tidak dapat menyabitkan mansukhnya sesuatu ayat. Hükum lima kali penyusuan menjadikan anak yang disusui mahram bagi penyusu dan orang-orang tertentu yang ada kaitan dengan penyusunya kalau hendak diterima pun hanyalah kerana ia bersumberkan hadits bukan bersumberkan al-Quran.

Hadits Aishah ini selain hanya merupakan hadits aahaad, ia juga bermasalah pada sanad dan matan. Walaupun pada zahirnya hadits ini kelihatan sahih, tetapi pada hakikatnya ia ma'lul. Antara ulama' hadis yang menganggapnya ma'lul ialah at-Thahaawi dan İbnu al-Arabi. Perawinya daripada Amrah, iaitu Abdullah bin Abi Bakar pula dianggap mereka telah waham dalam meriwayatkannya .Bukan beliau sahaja telah meriwayatkan hadits Aaishah itü daripada Amrah. Yahya bin Said dan al-Qasim bin Muhammad juga turut meriwayatkannya. Tetapi mereka berdua tidak pula ada menambahkan bahagian terakhir yang terdapat di dalam hadits itu. وَهًنَّ فِيمَا يَقْرَأْ مِنِ القُرْآنِ itü tidak ada di dalam riwayat mereka berdua. Oleh kerana al-Qasim lebih senior dan lebih hebat baik daripada segi ilmu mahupun fiqh daripada Abdullah bin Abi Bakar. Kata at-Thahaawi mentarjihkan riwayatnya daripada riwayat Abdullah bin Abi Bakar. Kata atThahaawi, "Antara yang menunjukkan tidak betulnya tambahan yang terdapat di dalam riwayat Abdullah bin Abi Bakar ialah kita tidak mengetahui ada sesiapa pun meriwayatkan daripada Abdullah bin Abi Bakar hadits ini selain İmam Malik. İmam Malik pun kemudiannya tidak berpegang juga dengan atsar 'Aaishah itu. Beliau kemudiannya meninggalkannya. Pendapat Malik yang kemudian ialah sedikit atau banyak penyusuan tetap menjadikan anak yang disusui mahram bagi penyusunya dan juga orang-orang tertentu yang ada kaitan dengan penyusunya." (Lihat Musykilul Aatsaarj.3 mis 8).

Kalangan ulama' Hanafiyyah yang menerima konsep nasakh tilawah dan hükum kedua-dua sekali pula tidak menerima atsar 'Aaishah itü sebagai penentu dalam masalah ini. Mereka menganggap hükum dan tilawah bagi kedua-dua penyusuan, baik sebanyak sepuluh kali atau lima kali itü telah mansukh dengan firman Allah:

An-Nisa' 4:23

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَٰتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَٰتُكُمْ وَعَمَّٰتُكُمْ وَخَٰلَٰتُكُمْ وَبَنَاتُ ٱلْأَخِ وَبَنَاتُ ٱلْأُخْتِ وَأُمَّهَٰتُكُمُ ٱلَّٰتِىٓ أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَٰتُكُم مِّنَ ٱلرَّضَٰعَةِ وَأُمَّهَٰتُ نِسَآئِكُمْ وَرَبَٰٓئِبُكُمُ ٱلَّٰتِى فِى حُجُورِكُم مِّن نِّسَآئِكُمُ ٱلَّٰتِى دَخَلْتُم بِهِنَّ فَإِن لَّمْ تَكُونُوا۟ دَخَلْتُم بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلَٰٓئِلُ أَبْنَآئِكُمُ ٱلَّذِينَ مِنْ أَصْلَٰبِكُمْ وَأَن تَجْمَعُوا۟ بَيْنَ ٱلْأُخْتَيْنِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا 
Maksudnya: Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara- saudaramu yang perempuan. saudara-saudara bapakmu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudara yang perempuan;[ ibu-ibumu yang menyusuimu], saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nisaa':23).

Ayat ke-23 Surah an-Nisaa' ini menyatakan siapakah mahram bagi seseorang lelaki (demikian juga sebaliknya). Perhatikan bahagian yang dalam[   ]  . Allah hanya menyebutkan "ibu-ibumu yang menyusuimu". Allah tidak pula menyebutkan berapa kali penyusuan menyebabkan tsabitnya penyusuan yang seterusnya menjadikan seseorang sebagai anak susuan atau ibu susuan bagi seseorang. Ayat ini menyebutkan secara mutlaq "ibu-ibumu yang menyusuimu”. Bukankah penyusuan boleh berlaku sekurang-kurangnya dengan hanya satu kali sahaja? Kalau begitu, kata mereka (kalangan 'ulama' Hanafiyyah dan golongan lain yang sependapat dengan mereka), satu kali penyusuan yang mengenyangkan sudah cukup untuk menyabitkan mahramiyyah (hubungan mahram) di antara seseorang dengan seseorang yang lain. Bukankah ayat 23 ini ada di dalam al-Qur'an hingga ke hari ini? Maka semestinya ia memansukhkan semua bilangan penyusuan yang lain, sama ada lima kali atau sepuluh kali. lnilah ayat yang merupakan naasikh bagi ayat yang disebut di dalam atsar 'Aaishah tadi, jika ia diterima sebagai pernah merupakan ayat al-Qur'an. Jika ia diterima sebagai hadits sahaja pun, tetap juga ia mansukh dengan ayat 23 Surah an-Nisaa' ini. Demikian kata mereka.

Cuma satu perkara yang semestinya diterima oleh golongan yang menerima atsar 'Aaishah tersebut sebagai bukti tentang adanya apa yang dinamakan ayat yang mansukh tilawah dan hukumnya iaitu yang mengandungi bahagian yang dimansukhkan dan bahagian yang memansukhkan. Bahagian yang memansukhkan itu pula kemudiannya dimansukhkan oleh ayat lain!  عشر رضعات(sepuluh kali penyusuan) merupakan bahagian pertamanya. la dimansukhkan dengan yang خمس رضعات
yang  merupakan  bahagian keduanya. Bahagian keduanya yang merupakan naasikh bagi bahagian pertama pula kemudiannya dimansukhkan oleh ayat ke-23 Surah an-Nisaa' yang dikemukakan tadi. Bagaimana ayat ke-23 boleh memansukhkan bahagian kedua atsarAaishahs pada hal ia dikatakan ketika wafat Rasulullah s.a.w. masih lagi dibaca orang, Justeru mereka tidak mengetahui bahawa ia juga telah  dimansukhkan.  Bukan hukumnya, tilawahnya sahaja, Demikian kata sesetengah orang. Sebahagian yang lain pula mengatakan hukum dan tilawahnya, kedua-dua sekali dimansukhkan. Ia dimansukhkan oleh ayat ke-23 Surah an-Nisaa'. Siapa pula yang menceritakan ayat ke-23 Surah an-Nisaa' itu diturunkan kemudian lagi daripada bahagian kedua atsar 'Aaishah yang dipercayai sebagai yang dimansukhkan tilawahnya sahaja bukan hukumnya itu? Anda tidak akan temui jawapannya baik daripada al-Quran mahupun al-hadits!!

Zahir atsar itu menunjukkan bahawa lima kali penyusuan yang memansukhkan sepuluh kali penyusuan tidak dimansukhkan bukan sahaja hukumnya malah tilawahnya juga sehingga Rasulullah s.a.w. wafat. Kalau begitu siapa pula yang memansukhkan tilawahnya? Bukankah menurut orang-orang yang menerima konsep nasakh pun, al-Quran itu hanya boleh dimansukhkan selagi Rasulullah s.a.w, masih hidup sahaja? Bagaimana pula ia masih dibaca setelah Baginda meninggal dunia??

Jika diterima tambahan yang terdapat di penghujung hadits dan atsar itu, niscaya orang boleh bertanya, "Kenapa kita tidak dapati ayat itu di dalam Mushafal-Qur'an yang ada sekarang? Kalau ia memang al-Quran sepatutnya ia tertulis di dalam Mushaf. Kalau ia dahulunya memang pernah tertulis dan dipercayai sebagai al-Qur'an, siapa pula yang bertanggungjawab  membuangnya daripada al-Qur'an?

Sejak bila ia mulai terbuang daripada al-Qur'an? Apa buktinya? Adakah pula hadits yang menyatakan Nabi s,a.w. telah memansukhkannya sebelum kewafatan Baginda? Kalau ada, apa statusnya? Hadits itu boleh didapati di dalam kitab hadits mana? Dan sebagainya.

Bermacam-macam persoalan dan kemusykilan akan timbul apabila anda menerima atsar Aaishah jtu, khususnya bahagian akhirnya? Bukankah ia akan menimbulkan keraguan dan kesangsian manusia terhadap kemutawatiran al-Qur'an yang berada di tangan umat Islam hari ini?

Puncanya tidak lain dan tidak bukan melainkan kerana anda cuba membuktikan adanya apa yang anda istilahkan sebagai contoh al-Quran yang telah dimansukhkan tilawah dan hukumnya, kedua-dua sekali, atau hukumnya sahaja yang dimansukhkan tidak tilawahnya.

Walaupun ada 'ulama' cuba menta'wilkannya dengan mengatakan sebenarnya    
فَتُوُفِّىَ رَسُولٌ الله صلى الله عليه- وَهنَّ فِيمَا يُقْرَأْ مِنَ القُرْآنِ
                                 
(Setelah itu Rasulullah s.a.w. wafat, dalam keadaan ia termasuk dalam ayat al-Qur'an yang masih dibaca), itu semata-mata untuk menunjukkan ayat yang menyatakan penyusuan sebanyak lima kali masih terus dibaca sebagai al-Quran setelah kewafatan Nabi s.a.w. dan kemansukhannya berlaku hanya di saat-sa'at akhir kehidupan Rasulullah s.a.w sehingga terdapat sekian ramai sahabat tidak mengetahui mansukhnya.kerana itu mereka terus membacanya sebagai alquran ,walaupun selepas kewafatan Baginda. Setelah kewafatan Baginda baru mereka tahu  itu telah dimansukhkan tilawahnya sahaja tidak hukumnya melalui sahabat-sahabat ynng mengetahui tentangnya! Setelah mereka mengetahui tentang mansukhnya tidak lagi mereka membacanya sebagai al-Qur'an seperti orang-orang lain yang telah mengetahui tentangnya.

Adalah suatu yang cukup menghairankan apabila anda tidak nampak sebarang kekalutan dan kekecohan berlaku di kalangan sahabat walaupun ada ayat yang mereka baca dan hafal sekian lama dan mereka menerimanya secara mutawatir tiba-tiba dikatakan telah mansukh oleh seorang dua sahabat sahaja. Apakah semudah itu para sahabat menerima kemansukhan sesuatu ayat alQuran yang diterima mereka secara mutawatir? Sepatutnya kegemparan demi kegemparan berlaku sebaik mereka mendengar ada ayat tertentu dimansukhkan. Tentu sekali mereka heboh memperkatakannya. Tetapi semua itu tidak ada berlaku. Seolah-olahnya sudah ada pesanan Rasulullah s.a.w. kepada mereka, kalau ada seseorang memberitahu kepadamu tentang mansukhnya sesuatu ayat al-Qur'an, kamu terima sajalah cerita itu. Jangan sekali-kali diheboh-hebohkan!!

Antara Sebab Dan Alasan Kenapa Konsep Nasakh Menurut Istilah Ulama' Mutaakkhirin Tidak Diterima Oleh Sebilangan Besar 'Ulamak  Mu'ashirin.
Di bawah ini dikemukakan beberapa alasan dan sebab kenapa sebilangan besar 'ulama' muaashirin dari pelbagai latar belakang dan aliran fahaman tidak mahu menerima konsep nasakh menurut istilah 'ulama' mutaakhirin:

(1) Nasakh merupakan suatu konsep yang menyalahi kedudukan asal alQur'an, Justeru alQur'an diturunkan untuk dijadikan sebagai panduan hidup dan diamalkan. Tiba-tiba ada pula terdapat di dalatnnya ayat-ayat yang tidak boleh diamalkan dan dijadikan panduan hidup! Untuk mengalihkan kedudukan asal al-Quran itu  ada dalil terang putus dan tidak menerima ta'wilan, bahawa ayat tertentu sememangnya telah dimansukhkan, Sedangkan di sana tidak terdapat satu pun nas yang qath'i dalalah dan tsubutnya yang menunjukkan kemansukhan mana-mana ayat alQuran.

(2) Menukar dan mengubuh suatu perkataan dengan suatu perkataan lain atatl membuang teru sesuatu ayat daripada sesebuah buku hanya sesuai dengan manusin, lantaran kekurangan ilmu dan keterbatasan ma'lumatnya. Keadaan itu sama sekali tidak layak dengan Allah yang Maha Mengetahui dan meliputi ilmuNya. Adalah tidak pelik dan masih dikira biasa Iagi kalau seseorang sasterawan atau pakar bahasa menukar sesuatu perkataan yang telah digunanya dengan perkataan lain setelah disemak dan dinilainya kembali. Tidak pelik juga kalau ia membuang satu ayat atau satu perenggan sekalipun daripada bukunya pada edisi-edisi terkemudian. Tetapi perkara seperti itu tidak dapat diterima akal yang waras kalau dikatakan telah berlaku kepada al-Qur'an, Kitab suci yang terakhir daripada Allah s.w.t. kepada manusia, Kitab suci yang memansukhkan segala kitab suci lain sebelumnya. Kitab suci yang dijamin terpelihar hingga ke hari kiamat.

(3)Jika diterima konsep nasakh seperti itu, niscaya dapatlah musuh-musuh Islam menjadikannya sebagai modal untuk mengkritik al-Qur'an dan menuduh al-Qur'an hanya tulisan dan karangan Muhammad. Mereka boleh saja berkata, "Setelah Muhammad menilai kembali ayat-ayat yang telah disusunnya, lalu ia mendapati sebahagian daripada perkataan-perkataannya atau sebahagian daripada ayat-ayatnya tidak begitu kemas dan menarik, ia menda' wa perkataan-perkataan dan ayat-ayat itu dimansukhkan. Dan ia digantikan dengan yang lain."

(4)Jika diteliti dengan saksama, ayat-ayat al-Qur'an yang dikatakan telah mansukh tilawahnya itu langsung tidak senada dengan gaya bahasa al-Qur'an yang terdapat di dalam Mushaf yang tersebar hingga ke hari ini. Air bahasanya tidak selari dengan air bahasa al-qur'an. Paling tinggi pun ia lebih mirip dengan hadits, bukan dengan al-Qur'an.

(5)Sesetengah daripada susunannya bercanggah terus dengan susunan al-Qur'an yang ada di tangan kita. Sebagai contohnya firman Allah berikut:
Para 'ulama' mengatakan antara sebab dan hikmat perkataan didahulukan daripada perkataan  الز انية ialah untuk menyatakan perzinaan lebih banyak berlaku kepada perempuan berbanding lelaki, terutamanya dalam masyarakat arab semasa itu, Akibat perzinaan juga lebih teruk dan jelik nyatanya pada orang-orang perempuan.

Susunan yang terdapat pada ayat ini berbeza sama sekali daripada susunan pada ayat yang dikatakan telah mansukh tilawahnya, iaitu: الشيخ والشيخة إذا زنيا . kerana di dalamnya penzina lelaki disebut dahulu daripada penzina perempuan. Perbezaan susunan ini seolah-olahnya menunjukkan susunan perkataan-perkataan di dalam al-Qur'an itu berlaku secara kebetulan sahaja tanpa ada sesuatu sebab dan hikmatnya. Sedangkan bukan begitu kedudukan sebenarnya. Yang sebenarnya ialah setiap susunan perkataan al-Qur'an telah ditentukan oleh Allah dengan penuh hikmat,sehingga kalau didahulukan sesuatu yang terletak kemudian atau sebaliknya, maka akan tergugat dan hilanglah keindahan susunan asalnya.

(6) Terdapat beberapa riwayat mungkar yang menceritakan sebab mansukhnya ayat الشيخ والشيخة إذا زنيا. Antaranya riwayat an-Nasaa'i berikut. Beliau meriwayatkannya daripada Katsir bin asShalt:

"Marwaan bin al-Hakam pernah berkata kepada Zaid bin Tsabit, "Tak mahukah engkau menulisnya di dalam Mushaf. Jawab Zaid. "Bukankah orang muda yang telah berkahwin (secara sah) juga direjam (jika berzina)?".

Riwayat ini jelas sekali mungkarnya. Wajarkah Zaid tidak memasukkan sesuatu ayat yang dipercayainya sebagai al-Qur'an semata-mata kerana ayat rejam tidak merangkumi orang muda yang telah berkahwin (secara sah) juga?!

Riwayat al-Haakim juga mungkar. Al-Haakim juga telah meriwayatkannya daripada Katsir bin asShalt, kata beliau: "Zaid bin Tsabit dan Sa'id bin al-'Aash sedang menulis Mushaf. Apabila mereka sampai kepada ayat ini, berkatalah Zaid, "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. membaca ayat ini:اليخ والشيخة فار جمو هما البتة. Mendengar kata-kata Zaid itu 'Umar pun berkata. "Apabila ia turun, aku pergi kepada Nabi s.a.w. lalu aku berkata, "Aku tulis ayat ini?" Nabi s.a.w. semacam tidak menyenanginya. Kemudian 'Umar berkata, 'Bukankah orang tua yang berkahwin jika berzina disebat sahaja. Dan bukankah orang muda yang telah berkahwin jika berzina direjam juga."

Kata Hafiz Ibnu Hajar, "Difaham daripada hadits ini bahawa sebab bagi ayat ini dimansukhkan tilawahnya ialah kerana hukuman sebenarnya tidak mengikut zahirnya yang umum itu."

Riwayat al-Haakim itu mengandungi dua perkara yang ganjil. (a) Bagaimana Rasulullah s,a.w. boleh tidak suka (tidak senang) ayat rejam itu ditulis dan dicatat di dalam al-Qur'an? Bagaimana Baginda s.a.w. boleh tidak senang sesuatu ayat yang diturunkan kepadanya ditulis di dalam al-
Qur'an? (b) Bagaimana 'Umar boleh mengkritik ayat yang dipercayanya telah diturunkan oleh Allah kepada NabiNya? Bagaimana boleh beliau tidak mencatatnya di dalam Mushaf sematå-mata kerana ia tidak bersesuaian dengan logik akalnya, lantaran beliau telah berkata: "Bukankah orang tua yang belum berkahwin jika berzina disebat saja. Dan bukankah orang muda yang telah berkahwin jika berzina direjam juga."

(7) Ayat-ayat yang dikatakan sebagai al-Qur'an yang mansukh tilawahnya itu jika diperhatikan akan kelihatan terputus-putus dan tidak terikat kemas seperti ayat-ayat al-Qur'an yang lain. Perawi-perawi yang mengemukakannya tidak pcpernah menceritakan di mana ayat itu pada asalnya terletak di dalam al-Qur'an. Di permulaan surahkah atau di hujung surah? Kalau ia terletak di tengah pula, pada asalnya ia merupakan ayat ke berapa dari surah yang dida'wakan?

(8) Seandainya anda membaca ayat penutup Surah al-Baqarah atau ayat penutup Surah Aali 'Imraan saja sebagai contohnya anda akan mendapatinya berada dalam susunan bahasa yang sangat tinggi dan indah. Cuba bandingkan pula dengan ayat-ayat yang dikatakan berada di dalam Surah al-Hafd misalnya, anda akan mendapati sangat jauh perbezaannya, sejauh kalam Allah dan kalam manusia.

(9)Adalah merupakan suatu yang putus dalam ilmu usul (baik Usul Fiqh atau Usul Tafsir) bahawa al-Qur'an tidak tsabit melainkan dengan jalan tawatur. Sesuatu yang tidak sampai kepada kita secara mutawatir, tidak harus dipercayai sebagai al-Qur'an. Sedangkan perkataan- perkataan atau ayat-ayat yang dikatakan sebagai al-Qur'an yang mansukh tilawahnya itu pula tidak ada satu pun mutawatir, maka ia dikira sebagai syadz. Sesuatu yang syadz tentu sekali bukan Qur'an, dan ia tidak harus dibaca dengan mempercayainya sebagai al-Qur'an, sebagaimana iajuga tidak harus dibaca di dalam shalat.

(10)Semua pihak menerima ada apa yang dinamakan sebagai Sunnah yang mansukh hukumnya, sebagaimana yang diterima oleh golongan 'ulama' usul muta'akkhirin tentang adanya di dalam al-Qur'an. Tetapi tidak tsabit daripada Nabi s.a.w. bahawa baginda telah menukar mana-mana lafaz haditsnya yang mansukh atau merujuk dan tidak mahu memakai lagi lafaz haditsnya yang mansukh. Tidak pernah juga Nabi s.a.w. bersabda kepada mana-mana sahabatnya bahawa kamu jangan hafal lagi hadits berkenaan kerana Iafaznya telah mansukh atau hukummnya telah mansukh. Atau aku telah menarik balik haditsku itu, maka jangan lagi kamu menyampaikannya kepada orang lain. Ucapan-ucapan seperti itu tidak pernah diketahui disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Malah sebaliknya terdapat sekian banyak hadits yang sampai ke peringkat mustafidh dan mutawatir di segi maknanya bahawa baginda bersabda:
نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا حَدِيثًا فَحَفِظَهُ حَتَّى يُبَلِّغَهُ فَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلَى مَنْ هُوَ
أَفْقَهُ مِنْهُ وَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ لَيْسَ بِفَقِيهٍ                                                                                                                          
Bermaksud: Semoga Allah membahagiakan orang yang mendengar sesuatu hadits daripada kami lalu dihafalnya dan disampaikannya pula kepada orang lain. Alangkah ramainya orang yang membawa ilmu kepada orang yang lebih mendalam ilmu daripadanya, dan alangkah ramai orang yang membawa ilmu, sedangkan ia sendiri bukanlah seorang yang mendalam ilmunya. 
(Hadits riwayat Ahmad, Abu Daud. Ibnu Majah. Ibnu Hibbaan, Abu Ya' la dan lain-lain),

Kalau Nabi s.a.w. tidak ada melakukan begitu, kenapa pula Allah dikatakan semacam meninggalkan perkataan- perkataan atau ayat-ayat tertentu yang telah difirmankanNya untuk digantikan dengan yang lain?

(11) Antara sifat al-Qur'an yang disebut Allah sendiri di dalam al-Qur'an ialah: لا ريب فيه
Bermaksud: "Tiada sebarang keraguan di dalamnya."
(al-Baqarah:2), لَّا يَأْتِيهِ ٱلْبَٰطِلُ مِنۢ بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفِهِۦۖ تَنزِيلٌ مِّنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ  Bermaksud: la tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan baik dari hadapan mahupun dari belakangnya (dari mana-mana arah dan seginya sekalipun); (kerana) ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji. (Fusshilat:42). Dan إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا ٱلذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ 
Bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (al-Hijr:9).
Jika sesuatu ayat al-Qur'an boleh tsabit dengan hadits-hadits aahaad dan mansukhnya juga boleh tsabit dengan hadits-hadits aahaad seperti itu, niscaya tidak benarlah firman-fiman Allah tadi. Bagaimana dikatakan tiada sebarang keraguan di dalamnya, Sedangkan sekian banyak keraguan dan kesangsian sudah timbul kerananya. Bagaimana al-Qur'an akan dipercayai terpelinara daripada sebarang tokok tambah dan kepalsuan jika seseorang yang datang kepada Rasulullah pada suatu hari, lalu pulang ke negerinya dengan membawa sepotong dua ayat-ayat al-Qur'an. Dia pula ditaqdirkan tidak bertemu lagi dengan Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba ayat-ayat itu sehari dua kemudian dimansukhkan?! Lebih menyulitkan lagi jika ayat yang merupakan naasikh bagi sesuatu ayat, kemudiannya dimansukhkan pula oleh ayat lain! !

Fussilat 41:42
لَّا يَأْتِيهِ ٱلْبَٰطِلُ مِنۢ بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفِهِۦۖ تَنزِيلٌ مِّنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ 
(yang) tidak akan didatangi oleh kebatilan baik dari depan maupun dari belakang (pada masa lalu dan yang akan datang), yang diturunkan dari Tuhan Yang Mahabijaksana, Maha Terpuji.

Al-Hijr 15:9
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا ٱلذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ 
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya.



(12) Tidak berlaku kekecamukan dan kecelaruan di kalangan para sahabat yang saban hari dikejutkan dengan cerita-cerita tentang mansukhnya sesuatu ayat al-Qur'an adalah suatu tidak masuk akal sama sekali. Ayat-ayat yang telah dihafal mereka dengan bersungguh-sungguh dan tiba-tiba dimansukhkan, adakah ia tidak telah dibaca mereka juga ketika bershalat, mengecamukkan fikiran dan jiwa mereka? Ayat-ayat hukum yang dijadikan panduan oleh mereka juga pada bila-bila masa terdedah kepada kemansukhan. Tidak dapat dipastikan sesuatu hukum itu akan bertahan berapa lama. Mungkin selama dua hari, mungkin juga selama dua tahun dan sebagainya. Tidakkah keadaan ini mencemaskan hati mereka'?

(13) Apakah sah amalan seseorang berpandukan ayat yang sudah dimansukhkan? Bagaimana pula dengan para sahabat yang membaca ayat-ayat yang dimansukhkan tilawahnya di shalat? Adakah shalatnya dikira sah atau tidak, dan adakah ia dikira bersalah atau tidak? Kalau tidak, sampai bilakah ia tidak dikira bersalah? Tidakkah mungkin kecelaruan berlaku di kalangan para sahabat gara-gara tidak mengetahui sesuatu ayat yang telah dihafalnya tiba-tiba diberitahu oleh seseorang bahawa ia telah dimansukhkar??

(14) Tidak ada satu pun hadits marfuk yang sahih atau hasan yang dengan jelas menyatakan Rasulullah s.a.w. bersabda, ayat ini dimansukhkan oleh oleh ayat ini dan ayat ini dimansukhkan oleh ayat ini pula. Kalau pun ada hanya satu hadits yang diriwayatkan oleh ad-Daaraquthni dan al-Baihaqi daripada 'Ali, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: 
نسخت الزكاة كل صدقة ونسخ غسل الجنابة كل غسل ونسخ صوم رمضان كل صوم ونسخت الأضحية كل
Tetapi hadits ini maudhu'. Di dalam isnadnya terdapat perawi kazzaab. Dialah madaar bagi hadits ini. Harish, Musaiyyib bin Syarik. Para 'ulama' rijaal bersepakat tentang mereka ini adalah perawi kazzaab dan matruk.

(15) Dan banyak lagi kemusykilan, kekeliruan dan kecelaruan fikiran akan berlaku jika diterima konsep nasakh menurut istilah mereka itu, terutamanya yang berkaitan dengan nasakh tilawah.

Para 'Ulama' Yang Tidak Menerima Konsep Nasakh Menurut Istilah Golongan 'Ulama' Usul Muta'akkhirin.

Di kalangan ulama' zaman lampau:
Abu Muslim al-Isfahani dan Imam ar-Razi. Di kalangan ulama' 'Arab zaman muta'akkhir terdapat agak ramai. Antara mereka ada menerima nasakh hukum tetapi dalam jumlah yang sangat kecil.

Dr Mustafa Zaid mengatakan ada lima ayat shj. Dr. Subhi as-saleh mengatakan sepuluh ayat, Dr. Sa'ad Jalal (salah seorang 'ulama' Azhar) mengatakan ada 4 shj. Syeikh Ali Hasan 'Aridh mengatakan ada 5 ayat. Maulana Maududi, Dr. Mustafa Zaid dan Syeikh Abdullah bin as-Shiddiq al-Ghumari menafikan terus adanya nasakh tilawah.
Orang-orang yang menafikan terus nasakh menurut istilah muta'akkhirin di zaman mutakkhir. Antara mereka ialah As-Syeikh Muhammad 'Abduh dan sekian ramai murid-muridnya dari kalangan ulama' al-Azhar, seperti Syeikh Muhammad Rasyid Ridha, Syeikh Thanthawi Jauhari, Abdul Jalil 'Isa, Syeikh al-Maraghi, 'Abdul 'Aziz Jaawesy, Jamaluddin al-Qasimi, dan Iain-lain. Muhammad al-Ghazali, 'Abdul Muta'al al-Jabri, Syeikå Ahmad Hasan al-Baquri, 'Abdur Razzaaq Naufal, Syeikh al-Khudhari Bey, Muhammad al-Ghazali, Syeikh 'Abdul Muta'al al-


Jabri, Dr Ali Jumaah, Syeikh Dr Ahmad Hijazi as Saqqa(salah seorang ulama Azhar), Dr Abdul Karim al-Khathib. Dan ramai lagi yang lain.

Dikalangan  ulama di benua kecil  India pula yang menafikan terus wujudnya ayat al Quran  yang mansukh menurut istilah mutaakhirin ialah Maulana Ubaidullah Sindhi dan muridnya Syeikh at Tafsir Maulana Ahmad AlibLahori, Maulans Husin Ali Alwani dan muridnya, Syeikh at-Tafsir Maulana Gulamullah Khan, Maulana Anwar Shah al-Kashmiri dan ramai lagi yang lain.













































 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan