Khamis, April 01, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)253

Tafsir asas quran nota 9(302)253

Maksudnya: Dan demi sesungguhnya Kami telah mengutus beberapa orang Rasul sebelummu dan Kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan. Dan tidak ada hak bagi seseorang Rasul mendatangkan sesuatu ayat (mukjizat) melainkan dengan izin Allah. Bagi tiap-tiap masa ada perkara dan hukum (Ar Rad:38)

Bantahan Terhadap Dalil Ketiga.
Golongan kedua sekali lagi memakai perkataan آية di dalam firman Allah ini dengan erti ayat alQur'an. Firman Allah:
وَمَا كَانَ لِرَس؟ولٍ أَن يَأْتِيَ بِئَايَةٍ آِلَّا بِإِذْنِ اللهِ
dengan terjemahan yang telah diberikan di ataş, iaitu: "Dan tidak ada hak bagi seorang Rasul mendatangkan sesuatu ayat (mu'jizat) melainkan dengan izin Allah", nampaknya tidak sesuai dengan selera golongan kedua. la mengikut selera mereka seharusnya diterjemahkan begini, "Dan tidak ada hak bagi seseorang Rasul mendatangkan sesuatu ayat (al-Qur'an setelah ayat-ayat tertentu dimansukhkan), melainkan dengan izin Allah.”

Cuba lihat berapa banyak tambahan perlu dimas ı ıkkan ke dalam kurangan () untuk memenuhi selera mereka? Padahal di mana terdapat isyarat dan petunjuk kepada ayat-ayat yang memansukhkan ayat-ayat tertentu yang dibawa oleh seseorang rasul?? Di mana pula terdapat isyarat dan petunjuk kepada ayat-ayat tertentu yang dimansukhkan???
Sebanyak-banyak terjemahan dan tafsir dalam bahasa Melayu/Indonesia saja pun, baik Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, Tafsir Departmen Agama Indonesia, Tafsir Prof. Mahmud Yunus, Tafsir AI-Furqaan A. Hasan, Tafsir al-Azhar Prof. HAMKA atau tafsir-tafsir lain, semuanya mentafsirkan perkataan آية di dalam ayat ke-38 Surah ar-Ra'd itü dengan mu'jizat atau hükum (syariat) dan tanda-tanda kebesaran Allah. Tidak ada satu pun daripadanya mentafsirkannya dengan ayat al-Qur'an yang memansukhkan mana-mana ayat lain di dalam al-Qur'an itü datangnya dengan izin Allah!

Lihat saja sebagai contohnya bagaimana Prof. Mahmud Yunus mentafsirkan ayat ke-38-39 Surah ar-Ra'd itü di dalam Tafsimya, 'Tafsir al-Qur'an al-Karim':

"Allah telah mengutus beberapa rasul sebelum Nabi Muhammad. Rasul itü tidak boleh mendatangkan ayat (tanda mukjizat), melainkan dengan izin Allah. Pada setiap masa rasuı itü ada kitabnya yang tertentu yang berisi hukum-hukum yang sesuai dengan keadaan pada masa

253

Tiada ulasan:

Catat Ulasan