Rabu, April 07, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)259

Tafsir asas quran nota 9(302)259

Bermaksud: Ibnu Abbaas meriwayatkan, "Kata 'Umar ketika beliau berada di atas mimbar Rasulullah s.a.w.: "Sesungguhnya Allah telah mengutuskan Muhammad dengan sebenar. Allah menurunkan kepadanya al-Kitab. Termasuklah dalam apa yang diturunkan kepadanya ayat rejam. Kami pernah membacanya, menghafalnya dan memahaminya. Selepas itu Rasulullah s.a.w. melaksanakan hukuman rejam dan kami juga melaksanakan hukuman itu selepasnya (selepas kewafatannya). Aku takut lama kelamaan orang berkata, "Kita tidak mendapati hukuman rejam di dalam kitab Allah." Lalu sesatlah mereka dengan sebab tidak melaksanakan satu kewajiban yang diturunkan oleh Allah. Sesungguhnya hukuman rejam di dalam kitab Allah itu benar terhadap penzina muhshan, baik dari kalangan lelaki mahupun perempuan apabila terbukti (dengan penyaksian empat orang saksi) atau ada kehamilan atau ada pengakuan. (Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ahmad, Ibnu Hibbaan, Tirmidzi, Daarimi dan lain-lain).

Demikianlah tersebut perkataan "ayat rejam" di dalam hadits ini tanpa teksnya. Teks ayat rejam hanya tersebut di dalam riwayat al-Isma'ili, an-Nasaa'i, al-Haakim dan lain-lain. Begini adanya:
الشَّيخُ والشَّيخةُ إِذَا زَنَيَا فارجُموهما البتَّةَ

Bermaksud; Orang tua lelaki dan perempuan, kalau berzina, maka rejamlah mereka secara pasti.

la dikemukakan juga oleh Malik di dalam Muwatthanya daripada Sa' id bin Musaiyyab secara mursal. Teksnya adalah seperti berikut:

إيَّاكُم أنْ تَهلِكوا عن آيةِ الرجمِ، [وأن يقولَ قائلٌ:] لا نجِدُ حدَّيْنِ في كتابِ اللهِ، فقد رأيتُ النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ قد رجَمَ، وقد رجَمْنا.والَّذي نَفْسي بيدِه
 لولا أن يقول الناس  زاد عمر بن الخطاب في كتاب الله تعالى ، لكتبتها : الشيخ والشيخة  -الشَّيخُ والشَّيخةُ إِذَا زَنَيَا فارجُموهما البتَّةَ- فَإِنَّا قَدْ قَرَأْنَاهَا
Bermaksud:Kemudian beliau ('Umar) berkata: "Janganlah pula kamu binasa kerana ayat rejam. .Janganlah  ada yang berkata "Kami tidak dapati dua had sebat dan rejam secara terperinci di dalam Kitab Allah." Kerana Rasulullah s.a.w. telah melaksanakan hukuman rejam dan kami juga telah melaksanakannya. Demi Tuhan yang nyawaku berada di tanganNya. Jikalau tidak kerana takut orang berkata, "Umar telah menambahkan (sesuatu) di dalam Kitab Allah,

259



Tiada ulasan:

Catat Ulasan