Khamis, April 08, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)260

Tafsir asas quran nota 9(302)260

niscaya aku menulisnya: 

(Maksudnya: Orang tua lelaki dan perempuan pastilah kamu merejam mereka). Kerana sesungguhnya kami memang telah membacanya."
الشَّيخُ والشَّيخةُ  فارجُموهما البتَّةَ
Tetapi tambahan teks ayat rejam di dalam riwayat Ibnu 'Abbaas tidak mahfuz. Kata Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fathul Baari j.2 m/s 143: "Mungkin Bukhari sendiri yang telah membuangnya dengan sengaja. An-Nasaa'i telah mengemukakannya daripada Muhammad bin Manshur daripada Sufran, sama seperti riwayat Ja'far al-Firyabi di dalam riwayat al-Isma'ili dengan tambahan teks ayat rejam." Kemudian Hafiz Ibnu Hajar berkata, "Aku tidak mengetahui ada sesiapa menyebutkan di dalam hadits ini teks ayat rejam: الشَّيخُ والشَّيخةُ itu selain Sufyan. Semestinya beliau telah waham dalam perkara ini. Bagi saya, sekian ramai para imam dan huffaaz hadits mengemukakan hadits ini melalui riwayat Malik, Yunus, Ma'mar, Saleh bin Kaisan, qail dan lain-lain daripada az-Zuhri. Tetapi tidak pula mereka menyebutnya.

Maulana Muhammad Taqi al-'Utsmani di dalam Takmilah Fathul Mulhim j.8 m/s 358 setelah mengemukakan riwayat di atas dan perbincangan mengenainya, menulis begini:
"Apa yang masyhur di kalangan orang ramai ialah ayat rejam itu telah dimansukhkan tilawahnya, tidak hukumnya. Bagaimanapun setelah diteliti riwayat-riwayat dalam bab ini ternyata ia bukan sebahagian daripada al-Qur'an sama sekali. la sebenarnya tidak lebih daripada satu ayat daripada ayat-ayat Kitab Taurat atau lain-lain kitab Bani Israil. Oleh kerana Allah menetapkan hukumnya untuk umat ini, maka digunakanlah perkataan "diturunkan" secara majaz (bahasa kiasan). la tidak bermaksud turunnya itu adalah sama seperti turunnya ayat-ayat al-Qur'an yang lain. Apa yang dimaksudkan hanyalah turunnya perintah Allah memperakui hukumnya."

Sebagai bukti ia merupakan satu ayat Kitab Taurat, Maulana Muhammad Taqi al Utsmani mengemukakan satu riwayat yang dikemukakan oleh at-Thabari di dalam Tafsirnya. Riwayat itu mengandungi pertanyaan Rasulullah s.a.w. terhadap 'Abdullah bin Shuriya, seorang pendeta Yahudi yang dianggap paling alim oleh orang-orang Yahudi, tentang hukuman terhadap penzina muhshan di dalam Kitab Taurat. Setelah beliau bertubi-tubi ditanya oleh Rasulullah s.a.w. dengan bersumpah dengan nama Allah dan Kitab Taurat yang diturunkan kepada Musa di atas bukit Sinai, akhimya 'Abdullah bin Shuriya membaca:
الشَّيخُ والشَّيخةُ  فارجُموهما البتَّةَ
(Maksudnya: Orang tua lelaki dan perempuan, kamu rejamlah mereka secara pasti). Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w. pada ketika itu, "Itulah hukumnya yang sebenar."

Riwayat itu jelas menunjukkan 'Abdullah bin Shuriya telah membacanya sebagai satu ayat daripada Kitab Taurat. Dan ia dibenarkan oleh Nabi s.a.w. Hukuman rejam yang tersebut di

260


Tiada ulasan:

Catat Ulasan