Khamis, April 15, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)267

Tafsir asas quran nota 9(302)267

tentang kami, bahawa kami telah menemui Tuhan kami. Dia redha kepada kami dan telah membuatkan kami berpuas hati).

Diriwayatkan daripada Qataadah daripada Anas bin Malik, beliau menceritakan kepadanya: Bahawa Nabi Allah s.a.w. berqunut di dalam shalat Subuh selama sebulan sebagai mendoakan keburukan terhadap beberapa qabilah 'Arab tersebut, iaitu puak RPI, Dzakwan, 'Ushaiyyah dan Banu Lahyaan. (Hadits riwayat al-Bukhari).

Selain Bukhari, pengarang kitab-kitab hadits yang lain seperti Malik, Muslim, Ahmad, Abu Daud. an-Nasaa'i, at-Tirmidzi, Abu Ya'la, at-Thabaraani, Baihaqi dan lain-lain juga turut meriwayatkannya di dalam kitab-kitab mereka.

Hadits di atas juga dijadikan dalil oleh golongan kedua tentang adanya apa yang dinamakan mereka sebagai ayat al-Qur'an yang mansukh tilawahnya sahaja tidak hukumnya. Tidakkah tersebut dengan jelas di dalamnya kata-kata Anas bahawa;  بَلِّغُوا عَنَّا قَوْمَنَا أَنَّا لَقِينَا رَبَّنَا فَرَضِيَ عَنَّا وَأَرْضَانَا (Sampaikanlah kepada kaum kami tentang kami, bahawa kami telah menemui Tuhan kami. Dia redha kepada kami dan telah membuatkan kami berpuas hati), itu adalah ayat al-Qur'an yang pernah turun berkenaan dengan para sahabat yang dikhianati dan dibunuh di Bi'ri Ma'unah, kemudian ia diangkat atau dimansukh?

Bagi mereka itu adalah dalil keduanya.

Golongan ketiga pula tidak bersedia menerima hadits itu sebagai dalil yang sah untuk adanya apa yang dinamakan sebagai ayat al-Qur'an yang mansukh tilawahnya sahaja tidak hukumnya. Bagi mereka al-Qur'an adalah mutawatir. Setiap ayatnya mutawatir. Tidak akan tsabit sesuatu ayat alQur'an dengan hadits aahaad seperti itu. Tidak akan tsabit juga mansukhnya sesuatu ayat alQur'an dengan hadits-hadits aahaad seperti itu. Jika diterima pun sahih kerana sahih sanadnya, tetap juga ia tidak sampai ke peringkat mutawatir. Bagaimana akan diterima dan dipercayai    بَلِّغُوا عَنَّا قَوْمَنَا أَنَّا لَقِينَا رَبَّنَا فَرَضِيَ عَنَّا وَأَرْضَانَا itu sebagai ayat al-Qur'an, sedangkan ia tidak mutawatir? Apa yang dikatakan sebagai ayat al-Qur'an yang mansukh tilawahnya sahaja tidak hukumnya ini jika diteliti dengan saksama, tidak menepati syarat nasakh yang diterima pakai oleh golongan kedua sendiri. Antara syarat sesuatu ayat boleh dikaitkan dengan hukum nasakh sama ada sebagai mansukh atau naasikh ialah ia berkaitan dengan hukum-hakam syari'at. Dan ia bukan merupakan cerita (khabar) tentang sesuatu perkara. Sedangkan apa yang dikatakan ayat al-Qur'an itu tidak ada pun berkaitan dengan hukum-hakam dan ia pula merupakan cerita semata-mata. Jadi bagaimana pula ia akan dimansukhkan? Mana pula ayat yang merupakan naasikhnya?? Apakah

267

Tiada ulasan:

Catat Ulasan