Tafsir asas quran nota 9(302)276
(7) Ayat-ayat yang dikatakan sebagai al-Qur'an yang mansukh tilawahnya itu jika diperhatikan akan kelihatan terputus-putus dan tidak terikat kemas seperti ayat-ayat al-Qur'an yang lain. Perawi-perawi yang mengemukakannya tidak pcpernah menceritakan di mana ayat itu pada asalnya terletak di dalam al-Qur'an. Di permulaan surahkah atau di hujung surah? Kalau ia terletak di tengah pula, pada asalnya ia merupakan ayat ke berapa dari surah yang dida'wakan?
(8) Seandainya anda membaca ayat penutup Surah al-Baqarah atau ayat penutup Surah Aali 'Imraan saja sebagai contohnya anda akan mendapatinya berada dalam susunan bahasa yang sangat tinggi dan indah. Cuba bandingkan pula dengan ayat-ayat yang dikatakan berada di dalam Surah al-Hafd misalnya, anda akan mendapati sangat jauh perbezaannya, sejauh kalam Allah dan kalam manusia.
(9)Adalah merupakan suatu yang putus dalam ilmu usul (baik Usul Fiqh atau Usul Tafsir) bahawa al-Qur'an tidak tsabit melainkan dengan jalan tawatur. Sesuatu yang tidak sampai kepada kita secara mutawatir, tidak harus dipercayai sebagai al-Qur'an. Sedangkan perkataan- perkataan atau ayat-ayat yang dikatakan sebagai al-Qur'an yang mansukh tilawahnya itu pula tidak ada satu pun mutawatir, maka ia dikira sebagai syadz. Sesuatu yang syadz tentu sekali bukan Qur'an, dan ia tidak harus dibaca dengan mempercayainya sebagai al-Qur'an, sebagaimana iajuga tidak harus dibaca di dalam shalat.
(10)Semua pihak menerima ada apa yang dinamakan sebagai Sunnah yang mansukh hukumnya, sebagaimana yang diterima oleh golongan 'ulama' usul muta'akkhirin tentang adanya di dalam al-Qur'an. Tetapi tidak tsabit daripada Nabi s.a.w. bahawa baginda telah menukar mana-mana lafaz haditsnya yang mansukh atau merujuk dan tidak mahu memakai lagi lafaz haditsnya yang mansukh. Tidak pernah juga Nabi s.a.w. bersabda kepada mana-mana sahabatnya bahawa kamu jangan hafal lagi hadits berkenaan kerana Iafaznya telah mansukh atau hukummnya telah mansukh. Atau aku telah menarik balik haditsku itu, maka jangan lagi kamu menyampaikannya kepada orang lain. Ucapan-ucapan seperti itu tidak pernah diketahui disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Malah sebaliknya terdapat sekian banyak hadits yang sampai ke peringkat mustafidh dan mutawatir di segi maknanya bahawa baginda bersabda:
نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا حَدِيثًا فَحَفِظَهُ حَتَّى يُبَلِّغَهُ فَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلَى مَنْ هُوَ
أَفْقَهُ مِنْهُ وَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ لَيْسَ بِفَقِيهٍ
Bermaksud: Semoga Allah membahagiakan orang yang mendengar sesuatu hadits daripada kami lalu dihafalnya dan disampaikannya pula kepada orang lain. Alangkah ramainya orang yang membawa ilmu kepada orang yang lebih mendalam ilmu daripadanya, dan alangkah ramai orang
276
Tiada ulasan:
Catat Ulasan