Tafsir asas quran nota 9(302)277
yang membawa ilmu, sedangkan ia sendiri bukanlah seorang yang mendalam ilmunya. (Hadits riwayat Ahmad, Abu Daud. Ibnu Majah. Ibnu Hibbaan, Abu Ya' la dan lain-lain),
Kalau Nabi s.a.w. tidak ada melakukan begitu, kenapa pula Allah dikatakan semacam meninggalkan perkataan- perkataan atau ayat-ayat tertentu yang telah difirmankanNya untuk digantikan dengan yang lain?
(11) Antara sifat al-Qur'an yang disebut Allah sendiri di dalam al-Qur'an ialah: لا ريب فيه
Bermaksud: "Tiada sebarang keraguan di dalamnya."
(al-Baqarah:2), لَّا يَأْتِيهِ ٱلْبَٰطِلُ مِنۢ بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفِهِۦۖ تَنزِيلٌ مِّنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ Bermaksud: la tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan baik dari hadapan mahupun dari belakangnya (dari mana-mana arah dan seginya sekalipun); (kerana) ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji. (Fusshilat:42). Dan إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا ٱلذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ
Bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (al-Hijr:9).
Jika sesuatu ayat al-Qur'an boleh tsabit dengan hadits-hadits aahaad dan mansukhnya juga boleh tsabit dengan hadits-hadits aahaad seperti itu, niscaya tidak benarlah firman-fiman Allah tadi. Bagaimana dikatakan tiada sebarang keraguan di dalamnya, Sedangkan sekian banyak keraguan dan kesangsian sudah timbul kerananya. Bagaimana al-Qur'an akan dipercayai terpelinara daripada sebarang tokok tambah dan kepalsuan jika seseorang yang datang kepada Rasulullah pada suatu hari, lalu pulang ke negerinya dengan membawa sepotong dua ayat-ayat al-Qur'an. Dia pula ditaqdirkan tidak bertemu lagi dengan Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba ayat-ayat itu sehari dua kemudian dimansukhkan?! Lebih menyulitkan lagi jika ayat yang merupakan naasikh bagi sesuatu ayat, kemudiannya dimansukhkan pula oleh ayat lain! !
Fussilat 41:42
لَّا يَأْتِيهِ ٱلْبَٰطِلُ مِنۢ بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفِهِۦۖ تَنزِيلٌ مِّنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ
(yang) tidak akan didatangi oleh kebatilan baik dari depan maupun dari belakang (pada masa lalu dan yang akan datang), yang diturunkan dari Tuhan Yang Mahabijaksana, Maha Terpuji.
Al-Hijr 15:9
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا ٱلذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya.
(12) Tidak berlaku kekecamukan dan kecelaruan di kalangan para sahabat yang saban hari dikejutkan dengan cerita-cerita tentang mansukhnya sesuatu ayat al-Qur'an adalah suatu tidak masuk akal sama sekali. Ayat-ayat yang telah dihafal mereka dengan bersungguh-sungguh dan tiba-tiba dimansukhkan, adakah ia tidak telah dibaca mereka juga ketika bershalat, mengecamukkan fikiran dan jiwa mereka? Ayat-ayat hukum yang dijadikan panduan oleh mereka juga pada bila-bila masa terdedah kepada kemansukhan. Tidak dapat dipastikan sesuatu hukum itu akan bertahan berapa lama. Mungkin selama dua hari, mungkin juga selama dua tahun dan sebagainya. Tidakkah keadaan ini mencemaskan hati mereka'?
(13) Apakah sah amalan seseorang berpandukan ayat yang sudah dimansukhkan? Bagaimana pula dengan para sahabat yang membaca ayat-ayat yang dimansukhkan tilawahnya di
277
Tiada ulasan:
Catat Ulasan