Jumaat, April 30, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)280

Tafsir asas quran nota 9(302)280

Ahli tafsir Sunni yang bijaksana sudah tentu tidak akan terpengaruh dengannya dan seterusnya tentu sekali tidak akan memberi ruang untuk tafsir-tafsir seperti itu di dalam tafsirnya.

Penulis sama sekali tidak bermaksud menyatakan semua tafsir isyari itu langsung tidak ada kebenaran dan kebaikannya. Apa yang dimaksudkan ialah banyak daripadanya sememangnya mengarut dan langsung tidak berasas. Maka pentafsir hendaklah berwaspada terhadapnya.

Di bawah ini dikemukakan beberapa contoh tafsir isyari puak Batiniah dan Sufi yang menyeleweng:
(1) Firman Allah di dalam Surah Thaha seperti di bawah ini:

Ta Ha 20:24
ٱذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُۥ طَغَىٰ 
Bermaksud: Pergilah kepada Fir eaun; sesungguhnya ia telah melampaui batas. (Thaha:24).

Perkataan firaun di dalam ayat ini ditafsirkan mereka dengan nafsu. Musa yang diperintah Allah supaya pergi kepada Firaun pula ditafsirkan dengan roh. Jadi maksud Allah dengan firmanNya ini ialah: Wahai roh pergilah engkau kepada nafsu yang telah melampaui batas.

(2)  Firman Allah di dalam Surah al-Baqarah di bawah ini:

Al-Baqarah 2:67
وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِۦٓ إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تَذْبَحُوا۟ بَقَرَةًۖ قَالُوٓا۟ أَتَتَّخِذُنَا هُزُوًاۖ قَالَ أَعُوذُ بِٱللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ ٱلْجَٰهِلِينَ 
Bermaksud: Dan (ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Apakah kamu menjadikan kami bahan ejekan?" Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah agar tidak menjadi salah seorang dari orang-orang yang jahil." (al-Baqarah:67).

Perkataan (seekor lembu betina) yang tersebut di dalam ayat ini dipakai mereka dengan erti nafsu. Ertinya menurut mereka ialah Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih nafsu.

(3)  Perintah Allah kepada Musa supaya menanggalkan kasut di dalam firmanNya ini: 

Ta Ha 20:12
إِنِّىٓ أَنَا۠ رَبُّكَ فَٱخْلَعْ نَعْلَيْكَۖ إِنَّكَ بِٱلْوَادِ ٱلْمُقَدَّسِ طُوًى 


280


Tiada ulasan:

Catat Ulasan