Daurah tafsir 2019 sesi 23(66)nota 16(377)
Zaman Diturunkan
Surah at-Tahrim diturunkan sekitar tahun ke-8 dan ke-9 Hijrah. Mariah al-Qibthiyyah r.a.telah menjadi isteri Rasulullah s.a.w. pada tahun ke-7 Hijrah. Shafiyyah juga telah menjadi isteri Baginda pada tahun ke-7 Hijrah selepas pena'lukan Khaibar. Di dalam ayat ke-9 terdapat perintah supaya memerangi orang-orang munafiq, ia juga diturunkan pada tahun ke-9, perintah yang sama terdapat dalam ayatke-73 Surah at-Taubah.
Perkaitan Surah At-Tahrim Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
Di dalam Surah at-Thalaq umat Islam diperintahkan supaya menjaga حُدودُ الله (ketetapan dan ketentuan Allah) ketika berlaku pergeseran di antara suami isteri, di dalam Surah at-Tahrim terdapat perintah supaya menjaga حُدودُ الله juga dalam keadaan suami isteri berkasih sayang. Isyarat kepadanya terdapat pada firman Allah تَبْتَغِى مَرْضَاتَ أَزْوَٰجِكَۚ
At-Tahrim 66:1
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَآ أَحَلَّ ٱللَّهُ لَكَۖ تَبْتَغِى مَرْضَاتَ أَزْوَٰجِكَۚ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Wahai Nabi! Mengapa engkau mengharamkan apa yang dihalalkan Allah bagimu? Engkau ingin menyenangkan hati istri-istrimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Melalui firmanNya قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا (Ayat: 6). Orang-orang Islam diarahkan supaya memikirkan tentang akhirat dan azab neraka sama ada yang berkaitan dengan diri sendiri atau ahli keluarga di bawah tanggungan mereka.
At-Tahrim 66:6
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.
2. Apa yang dimaksudkan dengan تَوْبَةً نَّصُوحًا ialah taubat yang bersih daripada menunjuk-nunjuk, selain kesal dengan dosa yang telah dilakukan, memohon keampunan kepada Allah dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Dalam keadaan hak seseorang dirampas, perlulah haknya dikembalikan, itulah yang dikatakan ,تَوْبَةً نَّصُوحًا.
At-Tahrim 66:8
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ تُوبُوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّـَٔاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ يَوْمَ لَا يُخْزِى ٱللَّهُ ٱلنَّبِىَّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مَعَهُۥۖ نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَٰنِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَٱغْفِرْ لَنَآۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertobatlah kepada Allah dengan tobat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak mengecewakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengannya; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka berkata, “Ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sungguh, Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu.”
377
Tiada ulasan:
Catat Ulasan