Daurah tafsir 2019 sesi 24(70)nota 16(386)
ZamanDiturunkan
Surah al-Ma'arij juga termasuk dalam surah-surah yang diturunkan kepada Rasulullah di peringkat ke-2
kehidupan Baginda di Mekah, ketika itu seruan kepada Islam telah pun dikemukakan secara terbuka,ketika itu juga Sayyidina 'Umar belum lagi memeluk agama Islam kerana beliau baru memeluk agama Islam pada bulan ZulHijjah tahun ke-6 Kenabian. Besar sekali kemungkinan surah ini diturunkan pada tahun ke-5 Kenabian sama seperti Surah al-Haaqqah. Di dalam surah ini disebutkan penyelewengan
dahsyat oleh pemimpin-pemimpin kafir Quraisy dalam kewangan dan punca pendapatan mereka.
Nadhr bin Harits salah seorang pemimpin Quraisy terkenal yang kemudiannya terbunuh dalam peperangan Badar pernah bertanya: "Bilakah kiamat itu akan berlaku?", sebagai jawapannya orang-orang seperti itu diberitahu bahawa kiamat di sisi Allah sangat hampir dan dekat, mereka sepatutnyatidak bertanya tentang bila berlaku kiamat itu, sebaliknya hendaklah menyiapkan diri untuk
menghadapinya. Mereka sepatutnya beriman dan mempunyai sifat-sifat terpuji sebagaimana yang
tersebut di dalam surah ini. Jika tidak mereka mungkin dihapuskan dan digantikan dengan kaum yang
lain, sedang azab qiamat adalah suatu yang memang benar akan berlaku.
Perkaitan Surah Al-Ma'arij Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Qalam sebelum ini telah pun dikemukakan satu soalan iaitu أَفَنَجْعَلُ ٱلْمُسْلِمِينَ كَٱلْمُجْرِمِينَ
(Ayat: 35). Di dalam Surah al-Haaqqah pula dinyatakan bahawa pemimpin-pemimpin Quraisy memang
cuai dan mengabaikan hak orang-orang miskin,وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلْمِسْكِينِ(Ayat: 34).
Al-Qalam 68:35
أَفَنَجْعَلُ ٱلْمُسْلِمِينَ كَٱلْمُجْرِمِينَ
Apakah patut Kami memperlakukan orang-orang Islam itu seperti orang-orang yang berdosa (orang kafir)?
Al-Haqqah 69:34
وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلْمِسْكِينِ
Dan juga dia tidak mendorong (orang lain) untuk memberi makan orang miskin.
2. Di dalam Surah al-Ma'arij ini pula dinyatakan bahawa pemimpin-pemimpin kafir Quraisy itu memang penjenayah dan bakhil, mereka hanya tahu mengumpulkan wang dan harta semata-mata 'وَجَمَعَ فَأَوْعَىٰٓ (ayat 18) selain itu perihal penjenayah-penjenayah dikemukakan bahawa mereka pada hari kiamat nanti cuba untuk melepaskan kaum kerabat mereka daripada azab Allah. (Ayat: 11 dan 14).
Al-Ma'arij 70:11
يُبَصَّرُونَهُمْۚ يَوَدُّ ٱلْمُجْرِمُ لَوْ يَفْتَدِى مِنْ عَذَابِ يَوْمِئِذٍۭ بِبَنِيهِ
sedang mereka saling melihat. Pada hari itu, orang yang berdosa ingin sekiranya dia dapat menebus (dirinya) dari azab dengan anak-anaknya,
Al-Ma'arij 70:14
وَمَن فِى ٱلْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ يُنجِيهِ
dan orang-orang di bumi seluruhnya, kemudian mengharapkan (tebusan) itu dapat menyelamatkannya.
Al-Ma'arij 70:18
وَجَمَعَ فَأَوْعَىٰٓ
dan orang yang mengumpulkan (harta benda) lalu menyimpannya.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam surah ini Rasulullah s.a.w. dinasihati supaya bersabar dengan sebaik-baiknya (Ayat: 5).
Al-Ma'arij 70:5
فَٱصْبِرْ صَبْرًا جَمِيلًا
5. Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.
Di permulaan Surah al-Ma'arij lagi telah pun didedahkan bahawa orang-orang musyrikin Mekah menganggap azab pada hari kiamat sesuatu yang tidak logik dan tidak masuk 'aqal. Umat Islam pula dianjurkan supaya berakhlak mulia, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan bersedekah untuk orang-
386
Tiada ulasan:
Catat Ulasan