Ahad, Mei 16, 2021

K888.[Kenali dan Kendali Anak Kita](Mengikut TheChildWhisperer)

K888.[Kenali dan Kendali Anak Kita]
(Mengikut TheChildWhisperer)

Tackle mereka dari '5 Steps' ini.

Step 1: Bila Anak Bertingkahlaku Mencabar, sentiasa lihat di sebalik mesej anak, bukan 'tips of iceberg' dia (apa yang kita nampak sahaja pada waktu itu). 

Ingat, iceberg hanya 10%, manakala punca dia ialah bawah iceberg tak nampak, 90%.

Contoh mudah dan biasa, anak merengek-rengek, buat hal, bergaduh, rupanya dia mengantuk tak tidur lagi seharian ini 😁

Steps 2: Kenalpasti Secara Fitrahnya, Kebiasaan, Natural, Jenis (Type) Anak Ini, Biasanya Bagaimana?

Jika sudah tahu personaliti genetik anak, lagi mudah. Jika belum, just baca-baca dan agak anak jenis type mana, baca banyak-banyak untuk tahu cara tackle anak jenis itu. 

Steps 3: Interprete Makna Tantrum Dia. Tanya Diri. Apa Keperluan Anak Yang Tak Dipenuhi. 

(contoh Fateh saya baru ini, marah pada orang belakang turuni tangga di Bukit Sami, kerana dia lambat, dia kata : "Eh apa ni, mana boleh potong barisan. Kena beratur" 😬. Sungguh Anak Thinking (menurut Personaliti Genetik STIFIn, if ikut TheChildWhisperer dia Type 4) saya ini amat marah bila orang tak ikut peraturan,  - Sebab otak dominan dia Thinking itu, fitrah cara berfikirnya adalah manusia perlu mengikut peraturan, dan logik akal dia adalah pada egosentrik dia usia 5 tahun itu.

Juga -  marah bila uncle belakang gelak, dia ingat orang tu gelakkan dia -  part ni selalu berlaku, dia Thinking, sensitiviti dia ialah tidak suka diperlekehkan, walau orang tak berniat nak gelakkan dia.  Part ni kami masih latih dia untuk lebih empati dan toleransi, fahami perspektif orang lain.  Pelan-pelan kayuh.

'The needs' dia ialah respected walau dia anak kecil, more time to think/do reflection, fokus kepada objektif dia menuruni bukit.

Steps 4: Be Intuitive, Not Reactive. 

Tidak Perlu React, Tapi Respond dengan Mata Hati Dalam Anda.  Anda Sebagai Ibu Bapa, Adalah Bijak dalam Mengenali Sensitiviti Dia. Faham dan Advocate kepada Orang Luar Yang Tak Faham Anak Kita. 
Sebabnya orang luar tidak sepenuhnya faham atau tahu mengenai peel anak kita ini. Fikirkan yang jika kita sendiri pun tak mampu nak faham anak, macam mana orang luar nak faham anak kita lebih dari kita ?
.

Steps 5: Enjoy Your Experience.  Setiap Kali Anda Berjaya Fahami Anak dengan Baik, Ucapkan Syabas Kepada Diri. 

Ini kerana kita perlu raikan sendiri usaha dan pencapaian kecil kita setiap hari agar kekal positif dalam keibubapaan kita.
5 Steps ini ada di gambar di bawah dan rujukannya untuk bacaan lanjut ada di poster berkenaan.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan