Sabtu, Mei 01, 2021

K999.Apa Itu Self Esteem dan Kenapa Self Esteem Penting ?

K999.Apa Itu Self Esteem dan Kenapa Self Esteem Penting ?

Self esteem ialah keyakinan diri seseorang terhadap nilai dirinya dan keupayaan dirinya yang mana ia menjadi punca kepada isu anak-anak yang kerap saya terima soalannya :


anak kurang yakin diri


sukar bersosial


terlalu takut di suasana baru


tidak berani bertanya kepada guru


sukar meluah perasaannya


termasuk juga mudah menjadi mangsa buli


Nak nak bila sudah masuk tahun baru, hari pertama ke sekolah.


Pada ketika anak sudah masuk ke lingkungan sosial barulah ibu ayah sibuk mencari formula bagaimana nak tingkatkan yakin diri dan berani anak. Ketika itu saya andaikan sudah 80% Self Esteem anak ini sudah terbentuk dasarnya.


Di sini saya kongsikan 3 KUNCI penting pembentukan atau pembinaan self esteem anak kita semua.


KUNCI 1


Kepercayaan serta pandangan ibu ayah terhadap potensi anak adalah utama dan asas sekali.


Apabila ibu ayah merasakan anaknya introvert, sukar bergaul, penakut, sensitif dan sebagainya, ibu ayah sendiri meletakkan limitasi kepada peluang lonjakan anak boleh menjadi seorang yang yakin dirinya.


Maka ibu ayah perlu berubah pandangan atau perspektif mengenai kemampuan anak untuk dibentuk pembentukan self esteemnya, dengan sedikit bimbingan dan persekitaran yang sesuai dengan si anak. Ia bermula dengan mind set atau kepercayaan ibu ayah sendiri ok.


KUNCI 2


Persekitaran yang disediakan untuk anak adalah sesuai dan menggalakkan fitrah perkembangan mereka disokong.


Sebagai contoh anak di usia 3 sudah mula berinisiatif dan berusaha melakukan pelbagai perkara sendiri.


menuang air ke bekas ais kiub sebab ibu tiada masa buat ais kiub – sebenarnya nak main air! Atau nak cuba sendiri macam ibu buat atau nak mudahkan ibu, sebab dah beberapa kali minta kat ibu ibu tak buat lagi


memanjat sendiri untuk ambil serbuk susu di rak atas tinggi – sebenarnya yakin sangat nak buat susu sendiri, rasa mesti boleh buat, macam ibu buat, nampak senang dan seronok!


menggunting bantal dan mengeluarkan kekabu –  sebenarnya membayangkan suasana di negara bersalji, sejuk best sangat


menarik bekas beras dan menaburkan ke lantai – sebenarnya rasa macam beras ni dedak kecil nak diberi ayam makan dalam imaginasinya


cubaan memasak sendiri kek menggunakan tepung –sebenarnya yakin sangat diri sebagai cheff seperti di tv


menabur guli atau batu kecil penuh sekitar lantai – sebenarnya ibarat menabur batu di taman bunga


mengecat lantai marmar dengan menggunakan warna air dan berus – sebenarnya mengekspres idea seni bebasnya


menconteng lantai dengan ‘permanent marker’ – sebenarnya sedang melukis peta laluan!


Tabur sepahkan objek kecil adalah normal untuk semua anak kecil


Sentiasa muka rasa tiada bersalah. Bagusnya dia berjaya kutip dan masuk semula ke bekas aiskrim bila diminta dengan muka ‘joyful’ si mak !


Mereka banyak melakukan eksperimen dan melaksanakan pelbagai ideanya.


Maka cara yang betul respon ialah terima dahulu hasil yang ditunjukkan, kemudian barulah dibetulkan atau ditunjukkan caranya dengan betul (skrip betulnya saya masukkan di ‘cheatsheet’ printable pdf dan juga dalam Ebook Hypnoscript).


KUNCI 3


Tahukah kita ibubapa yang sebenarnya pembinaan self esteem anak ini bermula sejak lahir sebagai tapak asas di peringkat usia 0-2 tahun ?


Kebanyakannya tidak tahu, atau tidak nampak perkaitannya dengan yakin diri anak di kemudian hari.


Ia ada kaitan sangat.


Sewaktu anak di usia bayi baru lahir, perapatan selamat (secure attachment) adalah paling utama diperlukan si bayi.


Bayi perlu dilayan sesegera mungkin kerana otak belum matang dan belum penuh terbina ini amat fragile dan sedang menerima banyak input atau mesej baru berkenaan persekitarannya sama ada selamat, atau tidak selamat.


Rasa selamat ini membentuk RASA PERCAYA kepada penjaga utama yang SAMA setiap kali melayani keperluan asasinya iaitu susu, bersih, tidur, rasa selamat, rasa hangat dan aman.


Fasa belum usia 2 tahun dan mahu mencuba setiap apa dilakukan oleh orang dewasa terhampir adalah normal bagi setiap anak kecil.


Rasa percaya kepada penjaga utama ini seterusnya membentuk rasa percaya dan YAKIN DIRI bila bayi mula mahu meneroka alam sekitarnya (sekitar usia 4 bulan bila sudah meniarap) dan seterusnya menjulur, merangkak dan berjalan serta berlari.


Dia konfiden (yakin diri) aja makan sendiri dengan tangan, kan. Isunya kita beri ruang dan peluang tak?


Itulah mulanya pembentukan self esteem anak. Seawal sebelum lahir (yang telah terbentuk sehingga 25% otak neuronnya dalam kandungan) sehinggalah usia sekitar 5-6 tahun iaitu 90% otak orang dewasa!


Asas fasa pertamanya sewaktu bayi 0-2 tahun paling kritikal, disambung sehingga usia 6 itu! Bayangkan aja tapak asas bangunan yang kukuh. Itulah dasar kepercayaan diri dan yakin diri seorang manusia…


Fateh 8 tahun tiada pernah kekok gunakan pisau sebenar sebab pernah guna masa fasa 2-6 dulu!


Renungkan…


Jadi bayangkan jika anak masuk ke tadika atau prasekolah usia 4, bagaimana dia mahu berdikari dan mempercayai diri, dan mengalih kepercayaan dari ibubapa / pengasuh kepada guru di pusat prasekolah pula? Ia dari rasa yakin diri yang telah ada terbentuk sewaktu 0-2 dan berterusan sehingga 4 tahun itu.


Crucial sekali fasa ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan