Tafsir asas quran nota 9(302)288
(i) la hendaklah tidak bercanggah dengan makna ayat (yang asal).
(ii) Ia sendiri merupakan makna yang benar.
(iii)Terdapat pada lafaz ayat sesuatu isyarat yang menunjukkan kepadanya.
(iv) Pertalian di antara ma'na isyari dan makna asal ayat sangat rapat dan tidak boleh dipisahkan. Jika keempat-empat syarat ini ada, maka yang dibuat ssbagai tafsir isyari iłu akan elok.
Az-Zarqaani di dalam Manahilu al-Irfaan menulis:
"Sesungguhnya tafsir isyari itu tidak boleh diterima melainkan apabila ada lima syarat berikut:
(l) la hendaklah tidak bertentangan dan bercanggah dengan makna yang zahir daripada kalam Allah.
(2) la tidak dida'wa sebagai satu-satunya kehendak Allah selain daripada makna zahirnya.
(3) la tidak terhasil daripada ta'wilan yang jauh dan dangkal terhadap ayat-ayat al-Qur'an.
(4) la tidak bercanggah dengan dalil-dalil syar'i dan aqli.
(5) Terdapat bukti dan dalil serta sokongan daripada syara yang menyokongnya.
Penyelewengan Tafsir Al-Quran Di Kalangan Syi'ah
Golongan Syi'ah juga banyak melakukan penyelewengan dan pemesongan terhadap lafaz-lafaz dan al-Qur'an seperti golongan Batiniah. Mereka juga mempunyai banyak puak dan pecahan. Antara puak Syiah yang paling popular dan paling ramai pengikutnya hingga ke hari ini ialah puak Syi'ah Imam Dua Belas, puak Syiăah Ismailiah dan puak Syi'ah Zaidiah. Bagaimanpun yang mempunyai kitab-kitab paling banyak, khususnya dałam bidang tafsir ialah Puak Syiah Imam Dua Belas.
Oleh kerana Syi'ah imam dua belas itu lebih popular di zaman sekarang dan merekalah yang paling banyak melakukan penyelewengan terhadap al-Qur'an, sama ada penyelewengan pada perkataannya atau pada maknanya. Bahkan bukan sekadar itu sahaja, mereka malah mempercayai al-Qur'an yang ada di tangan umat Islam hari ini bukanlah al-Qur'an yang asli. la tidak lebih daripada al-Quran yang telah ditokok tambah kandungannya oleh para sahabat Nabi s.a.w.
Di bawah ini dikemukakan beberapa penyelewengan mereka terutamanya yang berkaitan dengan aqidah. Terlebih dahulu eloklah diketahui 'aqidah-'aqidah yang mendorong mereka memesongkan al-Qur•an supaya bersesuaian dengannya:
288
Tiada ulasan:
Catat Ulasan