Tafsir asas quran nota 9(302)297
Sir Ahmad Khan dalam mempertahankan pendapatnya mengatakan , walaupun tidak ada perkataan في disitu, ia tetap boleh ditaqdirkan . Kerana perkataan ضرب disitu tetap boleh dipakai dengan erti pergi.
Dalam menolak tarsiran Sir Syed Alunad Khan itu para ulama' kita juga telah mengemukakan beberapa hujah lain.
Antaranya ialah perkataan ف pada فانفلق itu semestinya ditentukan sebagai ف apa? Bagi jumhur mufassirin, ف itu adalah فاء الفصيحة . Kalau mengikut tafsiran Sir Syed Ahmad khan, itu tidak jelas telah dipakai oleh beliau sebagai ف apa, Mari sekali lagi kita lihat bagaimana beliau menterjemahkannya: "Pergilah ke laut itu dengan membawa tongkatmu. Ia telah terbuka. Maksudnya ialah airnya sedang surut." (Tafsir Ahmadi m/s 152).
Jelas sekali ma'na ف diabaikan terus dalam terjemahan itu. Lihatlah bahagian yang bergaris pada terjemahan yang diberikan di atas. la seolah-olahnya menterjemahkan perkataan semata-mata tanpa ف .Padahal tentu sekali tidak sia-sia Allah meletakkan perkataan itu di permulaan perkataan إنفلق. Cuba lihat pula bagaimana terjemahan yang penulis kemukakan bagi ayat berkenaan:
"Lalu Kami wahyukan kepada (Nabi) Musa: "Pukullah laut itu dengan tongkatmu." (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu, lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar."
Air laut tidak terbelah dengan semata-mata Allah memerintah Musa supaya memukulnya, malah ia terbelah setelah dipukul oleh Musa yang menurut perintah Allah. Setelah dipukul oleh Musa, barulah ia terbelah. Ini menunjukkan keadaan terbelah itu berlaku atau terhasil daripada pukulan Musa yang menurut perintah Allah .
Itulah bererti yang ditunjuki perkataan فاء الفصيحة .Ini kerans فاء الفصية itu pada hakikatnya adalah فاء yang atfaf kepada sesuatu yang ditaqdirkan وتسمى الفاء العاطفة. .... ( على مقدر فاء الفصيحة). Dan ia berti dak menjelaskan kesan daripada apa yang ditaqdirkan. Dalam konteks firman Allah dalam ayat ke 63 Surah asy-Syu'araa' berkenaan, setelah Allah berfirman:
Ash-Shu'ara' 26:63
فَأَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱضْرِب بِّعَصَاكَ ٱلْبَحْرَۖ فَٱنفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ كَٱلطَّوْدِ ٱلْعَظِيمِ
Lalu Kami wahyukan kepada Musa, “Pukullah laut itu dengan tongkatmu.” Maka terbelahlah lautan itu, dan setiap belahan seperti gunung yang besar.
Sebenarnya terdapat satu fi' il yang mahzuf dan ditaqdirkan selepasnya. la ditaqdirkan sebelum perkataan فانفلق . Fi'il yang ditaqdirkan itu ialah فضرب lalu menyusul selepasnya perkataan فانفلق Jika dii'raab, maka dikatakan begini:
فضرب- الفاء عاطفة . ضرب معطوف على أوحينا .فانفلق. الفء فاء الفصيحة وهي عاطفة عللى ضرب المحذوف المقدر
297
Tiada ulasan:
Catat Ulasan