Tafsir asas quran nota 9(302)300
dan lemah sekali. Selain itu banyak lagi penyelewengan dan pemesongan yang telah dilakukan Muhamad Abu Zaid di dalam tafsir tersebut.
Penukis akan mengemukakan beberapa sahaja daripadanya sebagai contoh .
Ketika menafsirkan firman Allah di bawah ini:
An-Naml 27:38
قَالَ يَٰٓأَيُّهَا ٱلْمَلَؤُا۟ أَيُّكُمْ يَأْتِينِى بِعَرْشِهَا قَبْلَ أَن يَأْتُونِى مُسْلِمِينَ
An-Naml 27:39
قَالَ عِفْرِيتٌ مِّنَ ٱلْجِنِّ أَنَا۠ ءَاتِيكَ بِهِۦ قَبْلَ أَن تَقُومَ مِن مَّقَامِكَۖ وَإِنِّى عَلَيْهِ لَقَوِىٌّ أَمِينٌ
An-Naml 27:40
قَالَ ٱلَّذِى عِندَهُۥ عِلْمٌ مِّنَ ٱلْكِتَٰبِ أَنَا۠ ءَاتِيكَ بِهِۦ قَبْلَ أَن يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَۚ فَلَمَّا رَءَاهُ مُسْتَقِرًّا عِندَهُۥ قَالَ هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّى لِيَبْلُوَنِىٓ ءَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُۖ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِۦۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّى غَنِىٌّ كَرِيمٌ
Maksudnya: Berkata Sulaiman: "Hai pembesar-pembesar. siapakah di antara kamu sekalian yang sanggup membawa singgahsananya kepadaku sebelum mereka datang kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri?" (38)
Berkata 'İfrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat untuk membawanya, lagi amanah". (39)
Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itü terletak di sisinya. berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itü hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya. lagi Maha Pemurah. (40).
Ayat-ayat di atas jelas menyatakan salah satu mukjizat kurniaan Allah kepada Nabi Sulaiman a.s. Tetapi lihat bagaimana Muhammad Abu Zaid mentakwilkan firman Allah itü di dalam tafsirnya. Kata beliau:
—Maksud بعرشها (singgahsananya) ialah بملكها (kerajaannya). Tujuan Baginda (Sulaiman a.s. berkata begitu) ialah untuk membuat perancangan dan strategi perang terhadap negara-negara yang akan dimasuki dan diserangnya. Kerana itü Baginda meminta peta yang ada di dalamnya kerajaan Saba', dengan tujuan kemudiannya peta negara-negara yang akan diserangnya
300
Tiada ulasan:
Catat Ulasan