Sabtu, Jun 05, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 25(74)nota 16(399-401)s

Daurah tafsir 2019 sesi 25(74)nota 16(399-401)s

074.Surah Al mudasir
Maksud penting surah muzammil ialah kepentingan membaca quran untuk memahami tauhid atau untuk menguatkan aqidah tauhid atau memberi kekuatan dalaman.
Muzammil turun selepas muddasir.
Selepas iqra surah muddasir.
Baca diwaktu malam ,lebih berkesan.
Surah ini adalah perintah mentablighkan(menyampaikan) tauhid
Aqidah ajaran asas  bagi agama Islam
Aqidah betul,amal akan jadi baik begitu juga akhlak.

074.Surah Al mudasir
Surah Al Mudassir
Tertib surah 74
Bilangan ayatnya 56
Bilangan rukuk 2
Surah Makkiyah 
Tertib turunnya ke  2
Bilangan paragrafnya ada 7
Paragraf 1ayat 1-7  Serulah manusia kepada tauhid dan ancamlah mereka dengan hari qiamat serta berilah peringatan-peringatan yg lain.
Paragraf 2 ayat 8-10 Perintah memberi ancaman  kepada manusia tentang azab Allah  dihari  kiamat.
Paragraf 3 ayat 11-25 Teguran  keras terhadap  beberapa sikap  seorang pemuka quraisy yang tidak bersyukur.
Paragraf 4 ayat 26-29 Akibat buruk  diakhirat  untuk orang2 kafir  yang mengatakan  al quran itu sihir dan kalam manusia.
Paragraf 5 ayat 30-31  Bilangan 19 orang malaikat  yang menjaga neraka juga merupakan ujian Allah.
Paragraf 6 ayat 32-48 Kesaksian bulan, malam dan pagi 
Paragraf 7 ayat 49-56 Setiap orang tidak boleh dijadikan rasul.

Mesej utama:
1.Perkataan قُم فَأَنذِر 
Bangunlah  dan berilah ancaman !
Berilah penjelasan  kepada pemimpin-pemimpin Quraisy bahawa al-Quran adalah satu تذكره (nasihat), ia bukan sihir bukan juga kalam manusia.
2.Perkataan  أَصحاب اليمين akan masuk syurga  dan مُجرمين akan masuk neraka.

Zaman Diturunkan
1.7 Ayat di permulaan Surah al-Muddatstsir diturunkan selepas 5 ayat di permulaan Surah al-'Alaq. Ia merupakan wahyu kedua yang diturunkan kepada Rasulullah. Ketika Rasulullah s.a.w. berjalan-jalan, tiba-tiba Baginda mendengar satu suara dari langit, setelah mendongak ke atas Nabi s.a.w. nampak malaikat yang telah datang kepadanya di gua Hiraa' sebelum itu, lalu Baginda pulang segera ke rumah sambil berkata kepada orang-orang di rumahn  دَثِّرُوْنِي (selimutkan aku), pada ketika itulah turun 7 ayat di permulaan Surah al-Muddatstsir. Shahih Bukhari, Kitab Tafsir, Bab Tafsir Surah al-Muddatstsir,
hadits 4,638 daipada Jabir bin'Abdillah.

2. Ayat-ayat di tengah surah ini iaitu bermula dari ayat ke-8 hingga ke-25 diturunkan berkenaan ketua orang-orang kafir Quraisy yang bernama Walid bin al-Mughirah, setelah da'wah secara terbuka bermula. Ia diturunkan sekitar tahun ke-4 Kenabian, dialah orang yang mengatakan al-Qur'an sebagai sihir dan kalam manusia. Di dalam ayat ke-26 hingga ke-56 manusia diingatkan dengan hal ehwal di
hari akhirat, bahagian ini juga diturunkan di peringkat ke-2 kehidupan Rasulullah iaitu setelah da'wah secara terbuka dilancarkan.

Perkaitan Surah Al-Muddatstsir Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam ayat ke-19 Surah al-Muzzammil, al-Qur'an telah disebutkan sebagai nasihat (Ayat: 19).
Al-Muzzammil 73:19
إِنَّ هَٰذِهِۦ تَذْكِرَةٌۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ سَبِيلًا 
Sesungguhnya (keterangan-keterangarlyang mengandungi amaran) ini menjadi peringatan. Oleh itu  sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan taat).

Di dalam Surah al-Muddatstsir ini juga perkara yang sama disebutkan tetapi dalam gaya bahasa yang lain (Ayat: 54).
Al-Muddaththir 74:54
كَلَّآ إِنَّهُۥ تَذْكِرَةٌ 
Al-Muddaththir 74:55
فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ 
54. Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);
55. Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.

Di dalam kedua-dua surah disebutkan bahawa manusia mempunyai kebebasan memilih agama, agama Islam tidak akan dipaksakan kepada sesiapa pun untuk menerimanya.

2. Di dalam Surah al-Muddatstsir dikatakan tentang pemimpin-pemimpin Quraisy yang banyak melakukan jenayah bahawa mereka akan mengaku di akhirat nanti bahawa mereka semasa di dunia dahulu tidak percaya kepada hari kemudian (Ayat: 46).

Al-Muddaththir 74:46
وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ ٱلدِّينِ 
"Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan

Di dalam Surah al-Qiyaamah selepas ini disebutkan bahawa kiamat pasti akan berlaku, dalil-dalil عقلي,نقلي dan ,أنفسي diberikan sebagai bukti adanya dan pasti akan berlakunya hari kiamat.

3. Surah al-Muddatstsir menggambarkan sikap pemimpin-pemimpin Quraisy yang degil dan sombong,
mereka bukan hendak menerima Rasulullah sebagai utusan Allah sebaliknya mahu kitab-kitab dari langit diturunkan kepada mereka dan mahu juga mereka dijadikan sebagai rasul (Ayat: 52).

Al-Muddaththir 74:52
بَلْ يُرِيدُ كُلُّ ٱمْرِئٍ مِّنْهُمْ أَن يُؤْتَىٰ صُحُفًا مُّنَشَّرَةً 
(Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri).

Di dalam surah ini tersebut beberapa sikap buruk Walid bin al-Mughirah yang merupakan salah seorang ketua orang-orang kafir Quraisy Mekah. Di dalam surah akan datang pula disebutkan beberapa sikap buruk Abu Jahal.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Rasulullah s.a.w. diperintahkan supaya memberi ancaman ( إنذار ) menggunakan al-Qur'an, قُمْ فَأَنذِر. Di dalam al-Qur'an terdapat perincian tentang azab neraka. Itu juga sebagai ancaman dan peringatan kepada manusia 
(Ayat: 36).

Al-Muddaththir 74:36
نَذِيرًا لِّلْبَشَرِ 
Yang menjadi amaran bagi umat manusia

Sebagai bantahan kepada tuduhan yang dibuat oleh Walid bin al-Mughirah terhadap al-Qur'an bahawa ia sihir atau hanya kalam manusia, al-Qur'an disebutkan di dalam surah ini sebagai نذكِرَة (nasihat).

2. Di dalam surah ini terdapat perbandingan di antara ahli syurga (أَصْحَٰبَ ٱلْيَمِينِ ) dan ahli neraka (مُجْرِمِينَ)
Al-Muddaththir 74:38
كُلُّ نَفْسٍۭ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ 
Al-Muddaththir 74:39
إِلَّآ أَصْحَٰبَ ٱلْيَمِينِ 
Al-Muddaththir 74:40
فِى جَنَّٰتٍ يَتَسَآءَلُونَ 
Al-Muddaththir 74:41
عَنِ ٱلْمُجْرِمِينَ 
38.Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,
39. Kecuali puak Kanan,
40. (Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh ni'mat), mereka bertanya-tanya,
41. Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 

يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ

Wahai orang yang berselimut!
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 1

قُمْ فَأَنْذِرْ
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 2

وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ
Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 3

وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ
Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 4

وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ
Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 5

وَلَا تَمْنُنْ تَسْتَكْثِرُ
Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 6

وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ
Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 7


فَإِذَا نُقِرَ فِي النَّاقُورِ
Kerana apabila telah ditiup sangkakala,
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 8

فَذَٰلِكَ يَوْمَئِذٍ يَوْمٌ عَسِيرٌ
Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar -
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 9

عَلَى الْكَافِرِينَ غَيْرُ يَسِيرٍ
Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya).
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 10

ذَرْنِي وَمَنْ خَلَقْتُ وَحِيدًا
(Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak),
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 11


وَجَعَلْتُ لَهُ مَالًا مَمْدُودًا
Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 12

وَبَنِينَ شُهُودًا
Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya.
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 13

وَمَهَّدْتُ لَهُ تَمْهِيدًا
Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 14

ثُمَّ يَطْمَعُ أَنْ أَزِيدَ
Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi;
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 15

كَلَّا ۖ إِنَّهُ كَانَ لِآيَاتِنَا عَنِيدًا
Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 16


سَأُرْهِقُهُ صَعُودًا
Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya.
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 17
إِنَّهُ فَكَّرَ وَقَدَّرَ
Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) -
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 18

فَقُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ
Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 19

ثُمَّ قُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ
Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 20
ثُمَّ نَظَرَ
Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 21

ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ
Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 22

ثُمَّ أَدْبَرَ وَاسْتَكْبَرَ
Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 23

فَقَالَ إِنْ هَٰذَا إِلَّا سِحْرٌ يُؤْثَرُ
Serta ia berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 24

إِنْ هَٰذَا إِلَّا قَوْلُ الْبَشَرِ
"Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!"
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 25

سَأُصْلِيهِ سَقَرَ
(Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar.
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 26

وَمَا أَدْرَاكَ مَا سَقَرُ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 27

لَا تُبْقِي وَلَا تَذَرُ
Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus)
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 28

لَوَّاحَةٌ لِلْبَشَرِ
Ia terus-menerus membakar kulit manusia!
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 29

عَلَيْهَا تِسْعَةَ عَشَرَ
Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 30



وَمَا جَعَلْنَا أَصْحَابَ النَّارِ إِلَّا مَلَائِكَةً ۙ 
وَمَا جَعَلْنَا عِدَّتَهُمْ إِلَّا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا 
لِيَسْتَيْقِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَيَزْدَادَ الَّذِينَ آمَنُوا إِيمَانًا ۙ 
وَلَا يَرْتَابَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَالْمُؤْمِنُونَ ۙ 
وَلِيَقُولَ الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ وَالْكَافِرُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلًا ۚ كَذَٰلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ ۚ وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ ۚ وَمَا هِيَ إِلَّا ذِكْرَىٰ لِلْبَشَرِ
Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat,
 (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); 
dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), 
dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; 
dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); 
dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: 
"Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?" 
Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), 
dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); 
dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 31

كَلَّا وَالْقَمَرِ
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 32


وَاللَّيْلِ إِذْ أَدْبَرَ
Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri,
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 33

وَالصُّبْحِ إِذَا أَسْفَرَ
Dan waktu subuh apabila ia terang-benderang,
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 34

إِنَّهَا لَإِحْدَى الْكُبَرِ
Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar,
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 35

نَذِيرًا لِلْبَشَرِ
Yang menjadi amaran bagi umat manusia,
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 36

لِمَنْ شَاءَ مِنْكُمْ أَنْ يَتَقَدَّمَ أَوْ يَتَأَخَّرَ
(Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya).
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 37

كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ
Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 38

إِلَّا أَصْحَابَ الْيَمِينِ
Kecuali puak Kanan,
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 39


فِي جَنَّاتٍ يَتَسَاءَلُونَ
(Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya,
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 40

عَنِ الْمُجْرِمِينَ
Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah,
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 41

مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ
(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 42

قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ
Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 43

وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ
"Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 44

وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الْخَائِضِينَ
"Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 45

وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ
"Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 46

حَتَّىٰ أَتَانَا الْيَقِينُ
"Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini".
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 47


فَمَا تَنْفَعُهُمْ شَفَاعَةُ الشَّافِعِينَ
Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 48


فَمَا لَهُمْ عَنِ التَّذْكِرَةِ مُعْرِضِينَ
(Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran) ?
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 49

كَأَنَّهُمْ حُمُرٌ مُسْتَنْفِرَةٌ
Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 50

فَرَّتْ مِنْ قَسْوَرَةٍ
Melarikan diri (ketakutan) dari singa!
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 51


بَلْ يُرِيدُ كُلُّ امْرِئٍ مِنْهُمْ أَنْ يُؤْتَىٰ صُحُفًا مُنَشَّرَةً
(Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri).
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 52


كَلَّا ۖ بَلْ لَا يَخَافُونَ الْآخِرَةَ
Sebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat.
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 53

كَلَّا إِنَّهُ تَذْكِرَةٌ
Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 54

فَمَنْ شَاءَ ذَكَرَهُ
Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 55

وَمَا يَذْكُرُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ ۚ 
هُوَ أَهْلُ التَّقْوَىٰ 
وَأَهْلُ الْمَغْفِرَةِ
Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; 
Dia lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya, 
dan Dia lah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat).
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 56

Tiada ulasan:

Catat Ulasan