Daurah tafsir 2019 sesi 25(76)nota 16(405-407)
076.Surah Al insan
Surah ini memberi gambaran jelas keadaan diakhirat.
Surah Al insan atau ad dahr
Tertib surah 76
Bilangan ayatnya 31
Bilangan rukuk 2
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 98
Bilangan paragrafnya ada 5
Paragraf 1ayat 1-4 Manusia dikurniakan kebebasan memilih
Paragraf 2 ayat 5-22 Ciri-ciri orang baik-baik dan orang yang bersyukur dan 15 kurniaan untuk mereka
Paragraf 3 ayat 23-26 Orang-orang yang benar-benar bersyukur tidak akan dapat patuh kepada kepimpinan yang berdosa dan tidak bersyukur.
Paragraf 4 ayat 27-28 sebab utama penolakan orang-orang kafir terhadap Islam ialah kecintaan kepada sesuatu yang segera dan tunai.
Paragraf 5 ayat 29-31 Akibat yang akan diterima oleh orang-orang yang bersyukur dan tidak bersyukur adalah berbeza.
Mesej utama
1.Manusia mempunyai kebebasan untuk memilih antara baik dan buruk, dia hendaklah menggunakan dengan betul kebebasan itu sebagai tanda seorang yang bersyukur.
2.Manusia hendaklah memilih السَّبيل, iaitu jalan Islam yang benar nescaya mereka akan mendapat pelbagai nikmat.
3.Dia hendaklah menjauhi dan tidak mentaati orang-orang yang tidak bersyukur dan buruk peribadinya.
Zaman Diturunkan
1.22 Ayat di permulaan Surah ad-Dahr diturunkan di peringkat awal kehidupan Rasulullah di Mekah antara tahun ke-1 hingga ke-3 Kenabian. Ketika itu seruan Islam disebarkan secara sulit dan senyap-senyap, di peringkat itu jugalah turun Surah al-Qiyaamah dan Surah an-Naba'. 6 Ayat di akhir Surah ad-Dahr pula berkemungkinan diturunkan pada tahun ke-4 Kenabian setelah da'wah secara terbuka
bermula. Antara kesalahan pemimpin-pemimpin Quraisy yang disebutkan di dalam surah ini ialah mereka adalah golongan ءَاثِم (berdosa); dan كَفُور (tidak bersyukur), masyarakat ditegah daripada mentaati pemimpin- pemimpin seperti itu وَلَا تُطِعْ مِنْهُمْ ءَاثِمًا أَوْ كَفُورًا Ayat: 24.
Al-Insan 76:24
فَٱصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ وَلَا تُطِعْ مِنْهُمْ ءَاثِمًا أَوْ كَفُورًا
Maka bersabarlah untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu, dan janganlah engkau ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka.
Antara sifat-sifat pemimpin yang ditegah orang ramai mengikuti mereka ialah mereka terlalu cintakan dunia dan lalai daripada hari kiamat(Ayat:27).
Al-Insan 76:27
إِنَّ هَٰٓؤُلَآءِ يُحِبُّونَ ٱلْعَاجِلَةَ وَيَذَرُونَ وَرَآءَهُمْ يَوْمًا ثَقِيلًا
27. Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan)untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa).
Antara Ciri Khusus Surah Ad-Dahr
1. Di dalam Surah ad-Dahr akibat buruk daripada kekufuran telah disebutkan dengan mengguna 3 perkataan secara umum sahaja, sedangkan berkenaan dengan ganjaran kerana bersyukur kepada Allah pula terdapat perincian dan penjelasan yang agak banyak.
2. Di dalam surah ini dikemukakan perbandingan di antara pemimpin yang baik dan pemimpin yang tidak baik, pemimpin yang baik ialah yang cintakan Allah dan takutkan hari akhirat, kerana itu ia memberi makan kepada orang-orang miskin, anak-anak yatim dan orang-orang tawanan. Sementara pemimpin yang فاسق, فاجر dan buruk pekertinya pula adalah yang cintakan dunia, mementingkan diri sendiri dan tidak percaya kepada hari kemudian.
Al-Insan 76:1
هَلْ أَتَىٰ عَلَى ٱلْإِنسَٰنِ حِينٌ مِّنَ ٱلدَّهْرِ لَمْ يَكُن شَيْـًٔا مَّذْكُورًا
Bukankah pernah datang kepada manusia waktu dari masa, yang ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?
Kelebihan Surah Ad-Dahr
Rasulullah s.a.w. membaca Surah as-Sajdah dan هَلْ أَتَىٰ عَلَى ٱلْإِنسَٰنِ dalam sembahyang Subuh hari Juma'at.
Shahih Muslim, Kitab Shalat Juma'at, hadits 2,068, riwayat daripada Ibnu 'Abbas.
Perkaitan Surah Ad-Dahr Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Muddatstsir telah disebutkan sikap dan perangai negatif Walid bin al-Mughirah, didalam Surah al-Qiyaamah selepasnya pula disebutkan pendustaan oleh Abu Jahal dan di dalam Surah ad-Dahr ini pula masyarakat diperintahkan supaya tidak mentaati pemimpin-pemimpin yang berdosa, jahat dan tidak bersyukur.
2.Di dalam Surah al-Qiyaamah terdapat firman Allah ini (Ayat: 20-21):
كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ
Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 20
وَتَذَرُونَ الْآخِرَةَ
Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 21
Di dalam Surah ad-Dahr ini pula Allah berfirman (Ayat: 27):
Al-Insan 76:27
إِنَّ هَٰٓؤُلَآءِ يُحِبُّونَ ٱلْعَاجِلَةَ وَيَذَرُونَ وَرَآءَهُمْ يَوْمًا ثَقِيلًا
Sesungguhnya mereka (orang kafir) itu mencintai kehidupan (dunia) dan meninggalkan hari yang berat (hari akhirat) di belakangnya.
Kedua-dua surah menggambarkan betapa kecintaan kepada dunia dan tidak adanya kesedaran tentang
tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat nanti di kalangan pemimpin-pemimpin Quraisy.
3. Di dalam Surah al-Mursalaat selepas ini pula, dalil-dalil تاريخي، أنفسي dan آفاقي, diberikan supaya pemimpin- pemimpin materialistik yang tidak percaya kepada hari kiamat dapat menerima adanya hari kiamat itu.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Jalan Islam yang betul (سبيل).
Di dalam Surah ad-Dahr, perkataan سبيل ada tersebut di permulaannya dan di akhirnya. سَبِيلًا, ٱلسَّبِيلَ(Ayat: 3 dan 29). Melaluinya manusia diberikan hak kebebasan untuk memilih agama.
(a) Dikatakan kepada manusia bahawa mereka bebas memilih agama, sama ada mahu memilih kehidupan penuh dengan kesyukuran atau kehidupanyang tidak bersyukur (Ayat: 3).
Al-Insan 76:3
إِنَّا هَدَيْنَٰهُ ٱلسَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرًا وَإِمَّا كَفُورًا
Sungguh, Kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur.
(b) Perkara yang sama diulangi di akhir surah, inilah yang merupakan mesej utama surah sebenarnya dan ia dikemukakan oleh al-Qur'an dengan cara yang tersendiri (Ayat:29).
Al-Insan 76:29
إِنَّ هَٰذِهِۦ تَذْكِرَةٌۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ سَبِيلًا
Sungguh, (ayat-ayat) ini adalah peringatan, maka barangsiapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya) tentu dia mengambil jalan menuju kepada Tuhannya.
2. Di dalam Surah ad-Dahr, beberapa perkataan telah digunakan untuk orang-orang yang baik sepertiشاكر (orang yang bersyukur) (Ayat: 3), أبرار (orang-orang baik dan setia), عِبادُ الله (hamba-hamba Allah).
3. Beberapa perkataan untuk orang-orang yang jahat juga digunakan di dalam surah ini seperti كافر(orang yang tidak bersyukur) (Ayat: 3), كفور (sangat tidak bersyukur) (Ayat: 24), ظالمين (orang-orang yang zalim) (Ayat: 31).
Surah ini memberi Gambaran jelas keadaan diakhirat.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
هَلْ أَتَىٰ عَلَى الْإِنْسَانِ حِينٌ مِنَ الدَّهْرِ
لَمْ يَكُنْ شَيْئًا مَذْكُورًا
Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar),
sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut,
(maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?
-Sura Al-Insan, Ayah 1
إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ
مِنْ نُطْفَةٍ
أَمْشَاجٍ
نَبْتَلِيهِ
فَجَعَلْنَاهُ
سَمِيعًا بَصِيرًا
Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani
yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan),
serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan);
oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan
mendengar dan melihat.
-Sura Al-Insan, Ayah 2
إِنَّا هَدَيْنَاهُ السَّبِيلَ
إِمَّا شَاكِرًا
وَإِمَّا كَفُورًا
(Kerana keadaan itu tidak mencukupi), maka sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah;
maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat),
ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).
-Sura Al-Insan, Ayah 3
إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ سَلَاسِلَ
وَأَغْلَالًا
وَسَعِيرًا
(Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka):
beberapa rantai
dan belenggu
serta neraka yang menjulang-julang.
-Sura Al-Insan, Ayah 4
إِنَّ الْأَبْرَارَ يَشْرَبُونَ مِنْ كَأْسٍ كَانَ مِزَاجُهَا كَافُورًا
Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur", -
-Sura Al-Insan, Ayah 5
عَيْنًا يَشْرَبُ بِهَا عِبَادُ اللَّهِ
يُفَجِّرُونَهَا تَفْجِيرًا
Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.
-Sura Al-Insan, Ayah 6
يُوفُونَ بِالنَّذْرِ
وَيَخَافُونَ يَوْمًا
كَانَ شَرُّهُ مُسْتَطِيرًا
(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya),
serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.
-Sura Al-Insan, Ayah 7
وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا
Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin
dan anak yatim serta orang tawanan,
-Sura Al-Insan, Ayah 8
إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنْكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا
(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata;
kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,
-Sura Al-Insan, Ayah 9
إِنَّا نَخَافُ مِنْ رَبِّنَا يَوْمًا عَبُوسًا قَمْطَرِيرًا
"Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab
hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut".
-Sura Al-Insan, Ayah 10
فَوَقَاهُمُ اللَّهُ شَرَّ ذَٰلِكَ الْيَوْمِ
وَلَقَّاهُمْ نَضْرَةً وَسُرُورًا
Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya,
serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati).
-Sura Al-Insan, Ayah 11
وَجَزَاهُمْ بِمَا صَبَرُوا جَنَّةً وَحَرِيرًا
Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.
-Sura Al-Insan, Ayah 12
مُتَّكِئِينَ فِيهَا عَلَى الْأَرَائِكِ ۖ لَا يَرَوْنَ فِيهَا شَمْسًا وَلَا زَمْهَرِيرًا
Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias),
mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya),
dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;
-Sura Al-Insan, Ayah 13
وَدَانِيَةً عَلَيْهِمْ ظِلَالُهَا وَذُلِّلَتْ قُطُوفُهَا تَذْلِيلًا
Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.
-Sura Al-Insan, Ayah 14
وَيُطَافُ عَلَيْهِمْ بِآنِيَةٍ مِنْ فِضَّةٍ وَأَكْوَابٍ كَانَتْ قَوَارِيرَا
Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) -
-Sura Al-Insan, Ayah 15
قَوَارِيرَ مِنْ فِضَّةٍ قَدَّرُوهَا تَقْدِيرًا
(Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.
-Sura Al-Insan, Ayah 16
وَيُسْقَوْنَ فِيهَا كَأْسًا كَانَ مِزَاجُهَا زَنْجَبِيلًا
Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum
sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil",
-Sura Al-Insan, Ayah 17
عَيْنًا فِيهَا تُسَمَّىٰ سَلْسَبِيلًا
Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil".
-Sura Al-Insan, Ayah 18
وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُخَلَّدُونَ إِذَا رَأَيْتَهُمْ حَسِبْتَهُمْ لُؤْلُؤًا مَنْثُورًا
Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.
-Sura Al-Insan, Ayah 19
و وَإِذَا رَأَيْتَ ثَمَّ رَأَيْتَ نَعِيمًا وَمُلْكًا كَبِيرًا
Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya).
-Sura Al-Insan, Ayah 20
عَالِيَهُمْ ثِيَابُ سُنْدُسٍ خُضْرٌ وَإِسْتَبْرَقٌ ۖ وَحُلُّوا أَسَاوِرَ مِنْ فِضَّةٍ
وَسَقَاهُمْ رَبُّهُمْ شَرَابًا طَهُورًا
Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.
-Sura Al-Insan, Ayah 21
إِنَّ هَٰذَا كَانَ لَكُمْ جَزَاءً
وَكَانَ سَعْيُكُمْ مَشْكُورًا
(Serta dikatakan kepada mereka): "Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)".
-Sura Al-Insan, Ayah 22
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ تَنْزِيلًا
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur.
-Sura Al-Insan, Ayah 23
فَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ وَلَا تُطِعْ مِنْهُمْ آثِمًا أَوْ كَفُورًا
Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu),
dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar.
-Sura Al-Insan, Ayah 24
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang),
pada waktu pagi dan petang;
-Sura Al-Insan, Ayah 25
وَمِنَ اللَّيْلِ فَاسْجُدْ لَهُ وَسَبِّحْهُ لَيْلًا طَوِيلًا
Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.
-Sura Al-Insan, Ayah 26
إِنَّ هَٰؤُلَاءِ يُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ وَيَذَرُونَ وَرَاءَهُمْ يَوْمًا ثَقِيلًا
Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya,
serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa).
-Sura Al-Insan, Ayah 27
نَحْنُ خَلَقْنَاهُمْ وَشَدَدْنَا أَسْرَهُمْ ۖ وَإِذَا شِئْنَا بَدَّلْنَا أَمْثَالَهُمْ تَبْدِيلًا
Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka)
dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya.
-Sura Al-Insan, Ayah 28
إِنَّ هَٰذِهِ تَذْكِرَةٌ ۖ فَمَنْ شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ سَبِيلًا
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan;
maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
-Sura Al-Insan, Ayah 29
وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
-Sura Al-Insan, Ayah 30
.
يُدْخِلُ مَنْ يَشَاءُ فِي رَحْمَتِهِ ۚ وَالظَّالِمِينَ أَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا
Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga);
dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
-Sura Al-Insan, Ayah 31
Tiada ulasan:
Catat Ulasan