Sabtu, Jun 12, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 25(76)nota 16(407)

Daurah tafsir 2019 sesi 25(76)nota 16(407)

Perkaitan Surah Ad-Dahr Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Muddatstsir telah disebutkan sikap dan perangai negatif Walid bin al-Mughirah, didalam Surah al-Qiyaamah selepasnya pula disebutkan pendustaan oleh Abu Jahal dan di dalam Surah ad-Dahr ini pula masyarakat diperintahkan supaya tidak mentaati pemimpin-pemimpin yang berdosa, jahat dan tidak bersyukur.

2.Di dalam Surah al-Qiyaamah terdapat firman Allah ini (Ayat: 20-21):
كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ
Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 20
وَتَذَرُونَ الْآخِرَةَ
Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 21

Di dalam Surah ad-Dahr ini pula Allah berfirman (Ayat: 27):
Al-Insan 76:27
إِنَّ هَٰٓؤُلَآءِ يُحِبُّونَ ٱلْعَاجِلَةَ وَيَذَرُونَ وَرَآءَهُمْ يَوْمًا ثَقِيلًا 
Sesungguhnya mereka (orang kafir) itu mencintai kehidupan (dunia) dan meninggalkan hari yang berat (hari akhirat) di belakangnya.

Kedua-dua surah menggambarkan betapa kecintaan kepada dunia dan tidak adanya kesedaran tentang
tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat nanti di kalangan pemimpin-pemimpin Quraisy.

3. Di dalam Surah al-Mursalaat selepas ini pula, dalil-dalil     تاريخي،   أنفسي  dan آفاقي,  diberikan supaya pemimpin-  pemimpin materialistik yang tidak percaya kepada hari kiamat dapat menerima adanya hari kiamat itu.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Jalan Islam yang betul (سبيل).
Di dalam Surah ad-Dahr, perkataan سبيل  ada tersebut di permulaannya dan di akhirnya. سَبِيلًا, ٱلسَّبِيلَ(Ayat: 3 dan 29). Melaluinya manusia diberikan hak kebebasan untuk memilih agama.
(a) Dikatakan kepada manusia bahawa mereka bebas memilih agama, sama ada mahu memilih kehidupan penuh dengan kesyukuran atau kehidupanyang tidak bersyukur (Ayat: 3).
Al-Insan 76:3
إِنَّا هَدَيْنَٰهُ ٱلسَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرًا وَإِمَّا كَفُورًا 
Sungguh, Kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur.


(b) Perkara yang sama diulangi di akhir surah, inilah yang merupakan mesej utama surah sebenarnya dan ia dikemukakan oleh al-Qur'an dengan cara yang tersendiri (Ayat:29).
Al-Insan 76:29
إِنَّ هَٰذِهِۦ تَذْكِرَةٌۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ سَبِيلًا 
Sungguh, (ayat-ayat) ini adalah peringatan, maka barangsiapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya) tentu dia mengambil jalan menuju kepada Tuhannya.

2. Di dalam Surah ad-Dahr, beberapa perkataan telah digunakan untuk orang-orang yang baik sepertiشاكر (orang yang bersyukur) (Ayat: 3), أبرار (orang-orang baik dan setia), عِبادُ الله (hamba-hamba Allah).

3. Beberapa perkataan untuk orang-orang yang jahat juga digunakan di dalam surah ini seperti كافر(orang yang tidak bersyukur) (Ayat: 3), كفور (sangat tidak bersyukur) (Ayat: 24), ظالمين (orang-orang yang zalim) (Ayat: 31).

407

Tiada ulasan:

Catat Ulasan