Daurah tafsir 2019 sesi 26(77)nota 16(409)
Zaman Diturunkan
Surah al-Mursalaat adalah antara surah yang diturunkan di peringkat awal kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah antara tahun 1 hingga 3 Kenabian. Ketika itu da'wah hanya dijalankan secara sulit dan senyap-senyap. Menurut satu riwayat daripada 'Abdullah bin Mas'ud, beliau mengatakan ia turun didalam satu gua di Mina. Shahih Bukhari.
Kelebihan Surah Al-Mursalaat
Rasulullah s.a.w. bersabda:
شَيّبِتْنِي هُود وِالوَقِعَةُ وَٱلْمُرْسَلَٰتُ, و عَمَّ يَتَسَآءَلُونَ,و إِذَا ٱلشَّمْسُ كُوِّرَتْ
Maksudnya:
"Surah Hud, al-Waqi'ah, al-Mursalaat, عَمَّ يَتَسَآءَلُونَ (Surah an-Naba') dan إِذَا ٱلشَّمْسُ كُوِّرَتْ (Surah at-Takwir) telah membuatkan aku beruban (menjadi tua)" - Jami' At-Tirmizi, Kitab Tafsir, Bab Surah al-Waqi'ah,
Hadits ٢٢ 97 -Ia adalah satu hadits sahih.
At-Takwir 81:1
إِذَا ٱلشَّمْسُ كُوِّرَتْ
Apabila matahari digulung,
An-Naba' 78:1
عَمَّ يَتَسَآءَلُونَ
Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?
Al-Mursalat 77:1
وَٱلْمُرْسَلَٰتِ عُرْفًا
Demi (malaikat-malaikat) yang diutus untuk membawa kebaikan,
Perkaitan Surah Al-Mursalaat Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah ad-Dahr, keadaan pemimpin-pemimpin Quraisy yang berdosa dan tidak bersyukur, materialistik dan tidak percaya kepada hari akhirat dikemukakan melalui firman Allah (Ayat:27).
Al-Insan 76:27
إِنَّ هَٰٓؤُلَآءِ يُحِبُّونَ ٱلْعَاجِلَةَ وَيَذَرُونَ وَرَآءَهُمْ يَوْمًا ثَقِيلًا
Sesungguhnya mereka (orang kafir) itu mencintai kehidupan (dunia) dan meninggalkan hari yang berat (hari akhirat) di belakangnya.
Di dalam Surah al-Mursalaat ini pula dengan gaya bahasa sindiran perkara yang sama diulangi iaitu pemimpin- pemimpin yang tidak percayakan hari akhirat itu ialah penjenayah dan orang-orang yang bersalah (Ayat: 46).
Al-Mursalat 77:46
كُلُوا۟ وَتَمَتَّعُوا۟ قَلِيلًا إِنَّكُم مُّجْرِمُونَ
(Katakan kepada orang-orang kafir), “Makan dan bersenang-senanglah kamu (di dunia) sebentar, sesungguhnya kamu orang-orang durhaka!”
2. Di dalam Surah al-Mursalaat orang-orang محسنين، مؤمنين dan متقين. dibandingkan dengan orang-orang مكذّبين. dan مجرمين, sementara di dalam Surah an-Naba' selepas ini pula dibuat perbandingan di antara orang-orang متقين dan طاغين iaitu orang-orang yang derhaka dan tidak percaya kepada hari akhirat.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
Di dalam surah ini ada satu ayat yang diulangi sebanyak 10 kali, وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ. Ia adalah salah satu ayat tarji'. Orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat diseru supaya membenarkannya, pendustaan terhadapnya akan membawa kepada kebinasaan dan kemusnahan mereka, selain menambah kerosakan dan kerugian kepada mereka, itulah sebab ayat ini diulangi beberapa kali. Surah ini diakhiri dengan satu soalan فَبِأَىِّ حَدِيثٍۭ بَعْدَهُۥ يُؤْمِنُونَ ( kalau mereka tidak juga mahu beriman pada keterangan- keterangan yang tersebut) maka kepada perkataan yang mana lagi, sesudah itu, mereka mahu beriman?
(Ayat: 50). Setelah mengemukakan dalil-dalil تاريخي , آفاقي dan أنفسي, untuk menyempurnakan hujjah terhadap pemimpin-pemimpin Quraisy, mereka ditanya bahawa selain al-Qur'an yang penuh dengan mu'jizat ini jika mereka tidak percaya, maka kitab mana lagi yang dapat mereka percayai?
Al-Mursalat 77:15,19,24,28,34,37,40,45,47,49
وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ
Celakalah pada hari itu, bagi mereka yang mendustakan (kebenaran).
Al-Mursalat 77:50
فَبِأَىِّ حَدِيثٍۭ بَعْدَهُۥ يُؤْمِنُونَ
Maka kepada ajaran manakah (selain Al-Qur'an) ini mereka akan beriman?
409
Tiada ulasan:
Catat Ulasan