Jumaat, Jun 25, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 26(80)nota 16(414-415)s

Daurah tafsir 2019 sesi 26(80)nota 16(414-415)s

080.Surah Abasa    
Wahyu mesti disampaikan sama rata,hak semua orang untuk diselamatkan dari api neraka.
Tiada pilih kasih dalam mentablighkan wahyu.
Jika tak belajar quran,tak tahu tentang tuhan dan akhirat juga cara nak beramal ,sebab semua itu dalam wahyu.
Cara Nabi berpaling dari orang yang ingin belajar dari Nabi ditegur oleh Allah.
Yang pertama adalah teguran dan kedua sebagai adab mesti diguna pakai sampai bila-bila.

Surah Abasa(dia berpaling)
Tertib surah 80
Bilangan ayatnya 42
Bilangan rukuk 1
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 24
Bilangan paragraf  7
Paragraf 1 ayat 1-10 Adab dakwah 
Paragraf 2 ayat 11-16 Quran adalah peringatan,buanglah sifat sombong  dan berimanlah
Paragraf 3 ayat 17- 21 Dalil2 أنفسي tentang adanya hari kemudian.
Paragraf 4 ayat 22-23 Seruan  beramal dengan perintah-perintah al quran 
Paragraf 5 ayat 24-32 Dalil-dalil akhirat daripada sifat rububiyah Allah.
Paragraf 6 ayat 33-37 Pemandangan hari kiamat.
Paragraf 7 ayat 38-42 Balasan untuk orang-orang mukmin yang soleh  dan kafir yang derhaka adalah tidak sama .

Mesej utama 
1.Hendaklah kamu beramal  soleh  setelah beriman  kepada hari kemudian yang diseru oleh alquran.
2.Orang-orang yang berasa dirinya cukup dan tidak memerlukan tuhan  adalah kafir dan fajir.

Zaman Diturunkan
Surah 'Abasa juga diturunkan kepada Rasulullah di peringkat kedua kehidupan Baginda di Mekah di
antara tahun ke-4 hingga ke-5 Kenabian setelah da'wah secara terbuka dilakukan. Ia diturunkan sehubungan sikap Rasulullah yang tidak mengendahkan 'Abdullah bin Ummi Maktum.

Perkaitan Surah 'Abasa Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah An-Naazi'aat terdapat perbandingan di antara golongan طَاغِين orang-orang yang takut kepada Allah, di dalam Surah 'Abasa ini pula disebutkan perbandingan di antara مؤمنين صالحين(orang-orang mu'min yang shaleh) dan  الكَفَرَةُ الفَجَرَةُ orang-orang kafir yang buruk pekertinya).

2. Di dalan Surah An-Naazi'aat terdapat perintah Allah kepada Nabi Musa supaya pergi berda'wah kepada Fir'aun untuk menyucikan dirinya. Di dalam Surah 'Abasa ini pula Rasulullah s.a.w. dipujuk dengan dikatakan jika pemimpin-pemimpin Quraisy menolak seruan Baginda untuk mereka membersihkan diri maka tidak menjadi apa-apa kesalahan kepada Baginda (Ayat: 7). Tetapi mungkin sekali kelayakan untuk menerima seruan tazkiah olehmu itu ada pada seorang buta! (Ayat: 3).

'Abasa 80:7
وَمَا عَلَيْكَ أَلَّا يَزَّكَّىٰ 
padahal tidak ada (cela) atasmu kalau dia tidak menyucikan diri (beriman).

'Abasa 80:3
وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُۥ يَزَّكَّىٰٓ 
Dan tahukah engkau (Muhammad) barangkali dia ingin menyucikan dirinya (dari dosa),



Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Melalui perkataan إِستِغناء di firman Allah مَنِ اسْتَغْنَى gambaran sikap dan perangai pemimpin-pemimpin
Quraisy dikemukakan. Betapa mereka tidak mempedulikan dan mengendahkan seruan Rasulullah s.a.w.

'Abasa 80:5
أَمَّا مَنِ ٱسْتَغْنَىٰ 
Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup (pembesar-pembesar Quraisy),


2. Firman Allah يَتَزَكَّى menyatakan setiap manusia perlu membersihkan dirinya sama ada dia seorang
pemerintah diktator seperti Fir'aun atau seorang sahabat yang buta seperti Ibnu Ummi Maktum.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan