Isnin, Jun 28, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 26(81)nota 16(416-417)s

Daurah tafsir 2019 sesi 26(81)nota 16(416-417)s

6peristiwa selepas tiupan sangkakala yg pertama dan
6peristiwa selepas tiupan sangkakala yg ke2.


Surah Al Takwir
Tertib surah 81
Bilangan ayatnya 29
Bilangan rukuk 1
Surah Makkiyah 
Tertib turunnya yg ke 7
Bilangan paragraf 5
Paragraf 1ayat 1-6 
Gambaran peringkat permulaan hari kiamat.
Paragraf 2 ayat 7-14 
Gambaran peringkat kedua hari kiamat.
Paragraf 3 ayat 15-21Quran bukan bisikan syaitan
Paragraf 4 ayat 22-25 Rasullah saw bukan gila
Paragraf 5 ayat 26-29 Quran adalah nasihat untuk sekelian alam, oleh itu kemana lagi kamu mahu pergi.Berimanlah kepadanya.

Mesej utama 
1.Mengancam manusia dengan huru hara yang akan berlaku dihari qiamat.
2.Seruan supaya bersedia untuk menghadapi hari kiamat.
3.Seruan supaya beriman kepada alquran.


Zaman Diturunkan
1. 14 Ayat di permulaan Surah at-Takwir diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. pada peringkat pertama kehidupan Baginda di Mekah di antara tahun 1 hingga 3 Kenabian. Ketika itu da'wah hanya berjalan secara sulit dan senyap-senyap.

At-Takwir 81:1إِذَا ٱلشَّمْسُ كُوِّرَتْ Apabila matahari digulung,
At-Takwir 81:2وَإِذَا ٱلنُّجُومُ ٱنكَدَرَتْ dan apabila bintang-bintang berjatuhan,
At-Takwir 81:3وَإِذَا ٱلْجِبَالُ سُيِّرَتْdan apabila gunung-gunung dihancurkan,
At-Takwir 81:4وَإِذَا ٱلْعِشَارُ عُطِّلَتْdan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak terurus),
At-Takwir 81:5وَإِذَا ٱلْوُحُوشُ حُشِرَتْ dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan,
At-Takwir 81:6وَإِذَا ٱلْبِحَارُ سُجِّرَتْdan apabila lautan dipanaskan,
At-Takwir 81:7وَإِذَا ٱلنُّفُوسُ زُوِّجَتْdan apabila roh-roh dipertemukan (dengan tubuh),
At-Takwir 81:8وَإِذَا ٱلْمَوْءُۥدَةُ سُئِلَتْ dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya,
At-Takwir 81:9بِأَىِّ ذَنۢبٍ قُتِلَتْkarena dosa apa dia dibunuh?
At-Takwir 81:10وَإِذَا ٱلصُّحُفُ نُشِرَتْ
Dan apabila lembaran-lembaran (catatan amal) telah dibuka lebar-lebar,
At-Takwir 81:11وَإِذَا ٱلسَّمَآءُ كُشِطَتْ dan apabila langit dilenyapkan,
At-Takwir 81:12وَإِذَا ٱلْجَحِيمُ سُعِّرَتْdan apabila neraka Jahim dinyalakan,
At-Takwir 81:13وَإِذَا ٱلْجَنَّةُ أُزْلِفَتْ dan apabila surga didekatkan,
At-Takwir 81:14عَلِمَتْ نَفْسٌ مَّآ أَحْضَرَتْ setiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya.


2. 15 Ayat terakhir di dalam surah ini diturunkan setelah da'wah secara terbuka dilancarkan, ketika mana tuduhan-tuduhan seperti مَجنُون Rasulullah dilemparkan.
At-Takwir 81:15فَلَآ أُقْسِمُ بِٱلْخُنَّسِ Aku bersumpah demi bintang-bintang,
At-Takwir 81:16 ٱلْجَوَارِ ٱلْكُنَّسِ yang beredar dan terbenam,
At-Takwir 81:17وَٱلَّيْلِ إِذَا عَسْعَسَ demi malam apabila telah larut,
At-Takwir 81:18وَٱلصُّبْحِ إِذَا تَنَفَّسَ dan demi subuh apabila fajar telah menyingsing,
At-Takwir 81:19 إِنَّهُۥ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ sesungguhnya (Al-Qur'an) itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril),
At-Takwir 81:20ذِى قُوَّةٍ عِندَ ذِى ٱلْعَرْشِ مَكِينٍ yang memiliki kekuatan, memiliki kedudukan tinggi di sisi (Allah) yang memiliki ‘Arsy,
At-Takwir 81:21مُّطَاعٍ ثَمَّ أَمِينٍyang di sana (di alam malaikat) ditaati dan dipercaya.
At-Takwir 81:22وَمَا صَاحِبُكُم بِمَجْنُونٍ Dan temanmu (Muhammad) itu bukanlah orang gila.
At-Takwir 81:23وَلَقَدْ رَءَاهُ بِٱلْأُفُقِ ٱلْمُبِينِ Dan sungguh, dia (Muhammad) telah melihatnya (Jibril) di ufuk yang terang.
At-Takwir 81:24وَمَا هُوَ عَلَى ٱلْغَيْبِ بِضَنِينٍ Dan dia (Muhammad) bukanlah seorang yang kikir (enggan) untuk menerangkan yang gaib.
At-Takwir 81:25وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَيْطَٰنٍ رَّجِيمٍ Dan (Al-Qur'an) itu bukanlah perkataan setan yang terkutuk,
At-Takwir 81:26فَأَيْنَ تَذْهَبُونَ maka ke manakah kamu akan pergi?
At-Takwir 81:27إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِّلْعَٰلَمِينَ (Al-Qur'an) itu tidak lain adalah peringatan bagi seluruh alam,
At-Takwir 81:28لِمَن شَآءَ مِنكُمْ أَن يَسْتَقِيمَ (yaitu) bagi siapa di antara kamu yang menghendaki menempuh jalan yang lurus.
At-Takwir 81:29وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلْعَٰلَمِينَ 
Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan seluruh alam.


Kelebihan Surah At-Takwir
1. Surah ini seperti Surah Hud, termasuk dalam beberapa surah yang telah membuatkan Rasulullah s.a.w. beruban. Rasulullah s.a.w. bersabda: 
    شَيّبِتْنِي هُود وِالوَقِعَةُ  وَٱلْمُرْسَلَٰتُ, و عَمَّ يَتَسَآءَلُونَ,و إِذَا ٱلشَّمْسُ كُوِّرَتْ
Maksudnya:
"Surah Hud, al-Waqi'ah, al-Mursalaat, عَمَّ يَتَسَآءَلُونَ (Surah an-Naba') dan إِذَا ٱلشَّمْسُ كُوِّرَتْ (Surah at-Takwir) telah membuatkan aku beruban (menjadi tua)" - Jami' At-Tirmizi, Kitab Tafsir, Bab Surah al-Waqi'ah,
Hadits ٢٢ 97 -Ia adalah satu hadits sahih.

2. Rasulullah s.a.w. bersabda 
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُ رَأْيُ عَيْنٍ فَلْيَقْرَأْ إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ وَإِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ وَإِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ 
Bermaksud: "sesiapa yang hendak melihat hari kiamat seolah-olahnya dengan mata kepalanya dia hendaklah membaca  إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ وَإِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ وَإِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ 
Hadits riwayat Tirmizi, Kitab Tafsir, Bab Surah at-Takwir, hadits 3,333, ini adalah hadits shahih.

Perkaitan Surah At-Takwir Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
Di dalam Surah 'Abasa sebelum ini telah pun dinyatakan bahawa al-Qur'an adalah sebuah nasihat yang tercatat dalam suhuf-suhuf yang mulia, dibawa oleh para malaikat yang mulia dan baik. Di dalam Surah at-Takwir ini pula dinyatakan bahawa ia adalah kata-kata Rasul yang mulia iaitu Jibril yang merupakan ketua para malaikat, Qur'an bukan percakapan orang-orang gila bahkan ia adalah kalam tuhan pencipta alam yang Maha Tinggi dan Agung dan ia diturunkan sebagai peringatan dan nasihat untuk sekalian
alam.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Al-Qur'an adalah nasihat dan peringatan untuk sekalian ذِكْرٌ لِّلْعَٰلَمِينَ; (Ayat 27), al-Qur'an adalah ucapan Jibril قَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ (Ayat: 19), al-Qur'an bukan kata-kata syaitan yang kena rejam )وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَيْطَٰنٍ رَّجِيمٍ (Ayat: 25), iabukan kata-kata orang gila وَمَا صَاحِبُكُم بِمَجْنُونٍ(Ayat: 22).

2. Surah ini menyeru setiap manusia supaya berfikir dan merenung apakah yang diusahakannya untuk
hari kiamat dan apakah yang telah dihantarkannya dahulu ke hadapan Allah. Manusia hendaklah berfikir
tentang apakah yang disediakan untuk dirinya di hari akhirat.مَّآ أَحْضَرَتْ (Ayat: 14).




Tiada ulasan:

Catat Ulasan